4 Resepi Jantung Pisang (Enak Makan Bersama Nasi Panas)

Jika anda penggemar jantung pisang, resepi yang kami ingin kongsikan ini khas untuk anda. Pelbagai resepi jantung pisang yang ada untuk anda cuba sendiri dirumah. Enak dimakan bersama nasi panas cukup menyelerakan menu lauk kampung ini.

Jom kita try!

 

1. Resepi Jantung Pisang Goreng Belacan

Bahan-bahan

  • 1/2 biji jantung pisang
  • 1 sb sos tiram
  • Sedikit serbuk cukup rasa

 

Bahan-bahan tumbuk 

  • 5-10 biji cili padi merah dan hijau
  • 2 ulas bawang putih
  • 5 biji bawang merah
  • 1/2 inci belacan

Cara buat Jantung Pisang Goreng Belacan

  1. Hiris jantung pisang dan celur sehingga empuk. Angkat dan toskan.
  2. Panaskan minyak, tumis bahan tumbuk hingga naik bau.
  3. Masukkan sos tiram dan serbuk cukup rasa (opt.) Kacau.
  4. Akhir sekali, masukkan jantung pisang tadi. Sebelum masukkan, ramas jantung pisang celur tadi buang airnya. Gaul rata dengan rencah tadi. Siap!

NOTA 

  • Tak letak garam sebab sos tiram dan belacan dah masin.
  • Jika suka boleh masukkan udang segar.

Sumber: Tiesha Abdul Rahman dari Berkongsi Ilmu Kuih Muih & Masakan (BIKMM)

 

2. Resepi Teresek Jantung Pisang

Bahan-bahan

  • Ayam dipotong kecil -ambil bahagian kaki, leher, hati, pedal
  • 1 biji jantung pisang dipotong nipis dan direndam air garam sekejap
  • Santan pekat
  • *3 biji cili besar
  • *5 biji bawang merah
  • *3 biji bawang putih
  • *5 biji cili kering
  • *Sedikit halia
  • *Sedikit lengkuas
  • Kisar semua bahan *
  • Serbuk kari
  • Kerisik
  • 1 keping nise/gula melaka
  • Garam/gula secukup rasa

Cara buat Teresek Jantung Pisang

  1. Tumis semua bahan kisar dan serbuk kari hingga pecah minyak,
  2. Masukkan ayam, bila ayam dah masak masukan santan, jantung pisang dan cili besar serta kerisik.
  3. Renehkan sehingga masak dan pekat. Perasakan, biar manis sikit baru sedap.

Sumber: Abby Razzy dari Berkongsi Ilmu Kuih Muih & Masakan (BIKMM)

 

3. Resepi Kerabu Jantung Pisang

Bahan-bahan

  • 2 biji jantung pisang (buang kulit keras dan tinggalkan yang lembut saja).
  • Saya belah 2 dan rebus sampai lembut. Saya masukkan sedikit garam dalam air rebusan. Dah lembut, angkat, bilas sikit untuk  buangkan rasa kelat.
  • Ketepikan.

Sediakan bahan lain

  • Ikan rebus ( saya guna 2 ekor ikan kembung, ambil  isinya saja) Tak perlu tumbuk.
  • Kelapa parut
  • Cili ikut pedas

Cara buat Kerabu Jantung Pisang

  1. Saya tambah sikit lada hitam.
  2. Tumbuk cili dulu. Saya guna 2 biji cili besar merah dan 2 biji cili kecik warna merah. Tumbuk dulu, dah hancur, masukkan 1/2 cwn kelapa parut . Masukkan 1sdm lada hitam ikut banyak mana kita nak.
  3. Tumbuk hingga halus. Selepas itu, masukkan dalam satu bekas besar untuk menggaul kerabu nanti. Masukkan isi ikan sekali.
  4. Masukkan 2sdm kerisik dalam bekas yang sama. Hiris bawang besar. Saya guna sebiji bawang besar size sederhana. Gaul semua sekali. Masukkan air asam jawa, garam dan gula secukup rasa.
  5. Tambah sedikit air untuk memberi kesan lembap pada kerabu nanti. Saya tak guna santan dah sebab saya dah tumbuk kelapa parut tadi.
  6. Ambik jantung pisang, hiris halus-halus, buang lebihan air (saya ramas sedikit) dan masukkan semua sekali dan gaul sebati. Rasa asam garam gulanya sesedap mulut kita, dah siap boleh makan.

Sumber: Nor Hayati Bakar dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

4. Resepi Jantung Pisang Goreng Cili Pedas

Bahan-bahan

  • 2 biji jantung pisang direbus
  • Dihiris kecik dan diperah sampai tiada air
  • Bawang besar
  • Bawang putih
  • Cili padi
  • Ikan bilis
  • Belacan
  • Blend kasar

Cara buat Jantung Pisang Goreng Cili Pedas

  1. Tumis sampai garing.
  2. Selepas itu gaul rata.
  3. Makan dengan nasi panas-panas.

Sumber: Syazlin Mansor dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

Akhir kata

Sungguh menyelerakan betul resepi ini, rugi jika anda tidak cuba dirumah.

Inginkan resepi lauk kampung lagi, jom baca resepi Ikan Singgang yang cukup mudah ini.

Leave a Comment