7 Resepi Nasi Daging Utara (Simple & Sedap)

Sejak kebelakangan ini resepi nasi daging telah menjadi viral, ini kerana ada yang mencipta resepi yang sungguh mudah iaitu hanya menggunakan tin kurma daging dan di masak bersama nasi di dalam rice cooker. Sangat mudah dan mejimatkan masa. Kali ini kami akan bantu anda untuk dapatkan resepi nasi daging dengan pelbagai cara untuk cuba sendiri.

Jom kita try!

1. Resepi Nasi Daging Utara Simple

Bahan-bahan

  • Daging
  • 3 pot beras Basmathi
  • 2 sudu minyak sapi + 2 sudu minyak masak
  • 2 biji bawang besar*
  • 6 ulas bawang putih*
  • 3 inci halia*
  • 4 sekawan
  • 2 sudu rempah kurma
  • 2 helai daun pandan
  • 2 biji tomato
  • 3/4 tin susu cair
  • 3/4 sudu penuh garam
  • Cukup rasa
  • Air rebusan daging
  • Daun ketumbar

Cara buat nasi daging

  1. Rebus daging sehingga empuk dan ketepikan.
  2. Rendam beras selama 30 minit.
  3. Mayang halus bahan bertanda *.
  4. Panaskan minyak. Tumis 4 sekawan, bahan mayang sehingga garing. Masukkan daun pandan dan rempah kurma.
  5. Tambahkan 4 1/2 cawan air rebusan dan susu cair. Didikan sebentar dan masukkan garam, perasa dan tomato.
  6. Toskan beras Basmathi ke periuk nasi dan masukkan tumisan dan daging yang sudah direbus.
  7. Apabila nasi dah masak, masukkan daun ketumbar.

Sumber: Norzy Yusuff dari Masak Apa Hari Ni

 

2. Resepi Nasi Daging Lengkap

Bahan-bahan sup

  • 1kg daging (rebus dan potong)
  • Sup
  • Ekor lembu dan daging harimau menangis
  • Akar daun sup, daun bawang dan daun ketumbar
  • 7 biji bawang kecil
  • 7 ulas bawang putih
  • 1  inci halia
  • 2 perencah sup adabi
  • 2 sup bunjut

Cara buat sup

  1. Tumis semua bahan-bahan sup.
  2. Tambahkan air dan masukkan daging.
  3. Rebus sehingga empuk. Sup ini juga akan digunakan untuk memasak nasi.

Bahan-bahan nasi

  • 1kg beras Basmathi
  • Bunga cengkih, bunga lawang, kulit kayu manis, buah pelaga
  • 2 sudu besar minyak sapi
  • Minyak masak
  • 1/2 tin susu cair
  • 1 helai daun pandan
  • 3 sudu besar rempah nasi daging
  • 1 pek kecil rempah kurma
  • 1 pek kecil rempah sup
  • 7 biji bawang merah
  • 7 ulas bawang putih
  • 1 inci halia

Cara buat nasi daging

  1. Hiris bawang merah, bawang putih dan halia.
  2. Panaskan minyak sapi dan minyak. Tumis rempah 4 sekawan dan bahan hirisan sehingga naik bau.
  3. Masukkan rempah nasi daging dan kacau rata. Tambahkan air dan kacau lagi.
  4. Masak sehingga pecah minyak, masukkan beras yang telah dibersihkan dan ditos dan kacau rata.
  5. Masukkan daging, air rebusan dan susu cair.
  6. Pindahkan ke dalam periuk nasi dan masak seperti biasa.

Bahan-bahan air asam

  • 10 tangkai cili merah*
  • 10 tangkai cili padi merah dan hijau*
  • Belacan (dibakar)*
  • Garam*
  • 2 sudu besar gula*
  • 3 biji buah tomato kurang masak
  • 10 biji bawang kecil
  • 2 sudu kerisik
  • Asam jawa

Cara buat air asam kerisik

  1. Kisar bahan bertanda *.
  2. Hiris nipis tomato dan bawang kecil.
  3. Campur semua bahan dan masukkan air asam jawa.
  4. Gaul semua bagi sekata.

Sumber: Muhamad Ismail Mohd Ali dari Masak Apa Hari Ni

 

3. Resepi Nasi Daging Utara Simple dan Sedap

Bahan-bahan

  • 1kg daging (potong kecil dan rebus sehingga empuk)
  • 1kg / 6 pot beras (basuh dan toskan)
  • Air (1 beras, 1.5 air / ikut kesesuaian beras)
  • Bunga cengkih, bunga lawang, julit kayu manis, buah pelaga
  • 1 sudu besar minyak sapi
  • 2 sudu besar minyak masak
  • 1/2 tin susu cair
  • 1 helai daun pandan
  • 3 sudu besar rempah kurma
  • 1 biji bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci halia

Cara buat nasi daging

  1. Panaskan minyak sapi dan minyak. Tumis rempah 4 sekawan dan bahan hirisan hingga naik bau.
  2. Masukkan rempah dan kacau rata. Tambahkan sedikit air dan kacau lagi. Tumis sehingga pecah minyak.
  3. Masukkan beras yang sudah dibasuh dan kacau rata bersama daun pandan.
  4. Masukkan daging, air rebusan daging dan susu cair. Boleh masukkan tomato jika suka.
  5. Pindahkan nasi ke dalam periuk nasi dan masak seperti biasa.

Bahan-bahan air asam kerisik

  • 2 biji tomato (hiris nipis)
  • 2 biji bawang besar (hiris nipis)
  • 10 tangkai cili merah
  • 10 tangkai cili padi hijau dan merah
  • 1/4 ketul belacan
  • Garam
  • 2 sudu besar gula
  • Sedikit kerisik
  • 1 cawan air rebusan daging
  • 1 sudu besar pes asam jawa
  • Sos tomato
  • Sos cili

Cara buat air asam kerisik

  1. Kisar cili merah, cili padi, belacan, garam dan gula.
  2. Campurkan bahan kisar dengan bahan hiris. Gaul sebati.
  3. Masukkan asam jawa yang dibancuh dengan air rebusan daging.
  4. Masukkan kerisik, sos cili dan sos tomato. Sesuaikan rasa.
  5. Kacau semua sehingga sebati dan siap.

Sumber: Nursyahida Al-Hashimy dari Masak Apa Hari Ni

 

4. Resepi Nasi Daging Senang

Bahan-bahan

  • 5 pot beras Basmathi
  • 1/2 – 1kg daging
  • 1 bungkus rempah sup bunjut
  • 1 sudu besar rempah kurma
  • 1 sudu besar rempah kari
  • 2 bawang besar  dan bawang putih (dihiris)
  • 1 inci halia (dihiris)
  • 3-4 biji rempah 4 sekawan
  • 1 biji kecil tomato
  • 4 pot air rebusan daging
  • Garam & pati kiub ayam
  • 3 helai daun pandan
  • Minyak sapi / marjerin

Cara buat nasi daging

  1. Rebus daging bersama rempah sup bunjut, rempah kurma dan sedikit garam sehingga daging empuk.
  2. Basuh beras dan toskan.
  3. Panaskan minyak di dalam periuk nasi. Tumis halia, 4 sekawan serta bahan hiris sehingga naik bau.
  4. Masukkan beras dan kacau sebentar.
  5. Tambahkan air rebusan daging dan susu cair. Masukkan daging, perasakan dengan garam.
  6. Tutup periuk dan tunggu sehingga nasi masak.

Bahan-bahan air asam kerisik

  • Cili merah
  • Cili padi
  • Tomato dan bawang (separuh kisar, separuh hiris)
  • Belacan
  • Sedikit air
  • Gula dan garam
  • Air perahan limau nipis
  • Kerisik

Cara buat air asam kerisik

  1. Kisar cili merah, cili padi, tomato, baawang, belacan dengan sedikit air.
  2. Campurkan bahan kisar dengan hirisan bawang dan tomato.
  3. Tambahkan bahan-bahan lain dan gaul sebati.

Sumber: Shai Anne Ahemed dari Masak Apa Hari Ni

 

5. Resepi Nasi Kurma Daging PKP

Bahan-bahan

  • 1 sd bsr butter
  • 1@2 batang kulit kayu manis
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 3 kuntum bunga cengkih
  • 1 biji buah pelaga..
  • 1@2 labu bawang besar
  • 2 tin kari daging adabi
  • 4 cwn air
  • Akar daun ketumbar
  • 3 cwn berasmati ( di rendam 30 minit)

Cara buat Nasi Kurma Daging PKP

  1. Campurkan kesemua bahan dalam periuk nasi.
  2. Sedikit garam ini yang tambah.
  3. Menu tambahan boleh juga di makan bersama daging rebus bersama air asam..

Sumber: Suriyati Zainun dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

6. Resepi Nasi Daging Ayaq Asam Paling Simple

Bahan-bahan

  • Beras 2 pot basuh tapis
  • Daging setengah kilo rebus siap-siap
  • Bawang merah hiris nipis
  • Bawang putih 3 ulas hiris nipis
  • Halia 2 inci hiris nipis
  • 4 sekawan
  • Daun pandan
  • Serbuk kurma dalam 3 sudu
  • Santan pekat 3 sudu

Air Asam

  • Tomoto potong kecik
  • Bawang merah potong kecik
  • Kerisik sikit
  • Belacan bakar sikit
  • Air asam jawa
  • Cili hidup potong nipis
  • Cili padi tumbuk
  • Susu cair sikit jika ada

Cara buat Nasi Daging Ayaq Asam Paling Simple

  1. Tumis bawang-bawang tadi dengan 4 sekawan sampai naik bau, tambah serbuk kurma dan daun pandan.
  2. Kemudian masukkan air rebus daging dan beras mengikut periuk masing-masing.
  3. Masukkan juga garam gula dan chicken stock sikit.
  4. Last sekali bubuh santan dan masak nasi seperti biasa

Air Asam

  1. Gaul semua sekali bagi sebati dan masukkan garam gula sikit*
  2. Siap!

Sumber: Nani Habib dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

7. Resepi Nasi Goreng Daging

Bahan-bahan

  • Nasi sejuk
  • Daging
  • Bwg putih 7ulas,belacan, cili padi segenggam,garam (tumbuk pakai lesung batu)
  • Sedap rasa knor
  • Sos tiram
  • Sos ikan
  • Carrot
  • Kcg pjg
  • Bwg holen

Cara buat Nasi Goreng Daging

  1. Tumis bahan tumbuk sampai garing.
  2. Masuk daging.
  3. Sos tiram.
  4. Masuk nasi
  5. Letak garam & sedap rasa knor.
  6. Sayur carrot, kacang panjang dan bawang holland.
  7. Last sekali letak sos ikan, goreng nasi sampai berasap baru sedap.

Sumber: Suraya Ariessa dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

Akhir kata

Mudah sahaja kan buat hidangan ini? Ikut sahaja resepi nasi daging viral yang kami kongsikan ini.

Kalau teringin nak nak makan nasi lain berasaskan beras Basmathi, mungkin boleh cuba nasi minyak atau nasi briyani.

Apa-apa pun, bab beras ini adalah atas pilihan masing-masing. Tak perlu gaduh-gaduh. Beras biasa boleh, beras Basmathi pun boleh. Yang penting, kenyang.

Selamat mencuba!

Leave a Comment