5 Resepi Udang Masak Merah (Ada Rasa Manis & Pedas)

Kebiasaanya udang memang sesuai dimasak dengan pelbagai jenis lauk. Selain udang buttermilk dan udang goreng kunyit, resepi udang masak merah juga sentiasa menjadi rujukan untuk hidangan kegemaran sekeluarga.

Jom kita try!

1. Resepi Udang Masak Merah Madu

  • 500g udang (saiz sederhana)
  • 1 biji bawang besar (dipotong bulat)
  • 1 sb kismis
  • 2 sb madu
  • 1 sb gula putih
  • 2 sb sos tomato
  • 2 sb sos cili
  • 1 sb sos tiram
  • Serbuk perasa @ garam

Bahan kisar

  • 10-15 batang cili kering (direbus atau direndam dalam air panas, toskan)
  • 1 biji bawang besar
  • 3 ulas bwang putih
  • 2 cm halia
  • 2 batang serai

Cara masak Udang Masak Merah Madu

  1. Kisar bahan-bahan di atas.
  2. Panaskan minyak, masukkan udang dan goreng sehingga masak. Angkat dan ketepikan.
  3. Gunakan minyak yang sama, tumis bahan kisar sehingga pecah minyak.
  4. Masukkan sos tomato, sos cili, sos tiram, kismis, madu dan gula.
  5. Gaulkan semuanya dan biarkan masak seketika.
  6. Masukkan bawang besar dan udang yang sudah digoreng. Gaulkan dan sedia untuk dihidang.

Sumber: Nurul Ateekah dari Masak Apa Hari Ni

 

2. Resepi Udang Masak Merah Bersantan

Bahan-bahan

  • Bawang merah*
  • Bawang putih*
  • Cili kering*
  • Halia*
  • Tomato*
  • Serai (diketuk)
  • Sos cili
  • Santan pekat
  • Garam @ serbuk perasa
  • Gula
  • Daun sup
  • Bawang holland

Cara buat Udang Masak Merah Bersantan

  1. Kisar bahan-bahan bertanda * sehingga lumat.
  2. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar bersama serai sehingga pecah minyak.
  3. Taburkan garam, serbuk perasa dan gula.
  4. Masukkan sos dan kacau. Masukkan santan sedikit.
  5. Masak sehingga pecah minyak dan masukkan udang. Tuangkan air sedikit.
  6. Bila udang hampir masak, masukkan daun sup dan bawang holland. Siap.

Sumber: CT Nazura dari Masak Apa Hari Ni

 

3. Resepi Udang Masak Merah Simple Mak Mertua

Bahan-bahan

  • Udang
  • 1 biji bawang besar*
  • 7 batang cili hidup*
  • 5 batang cili vietnam (jika suka pedas)*
  • Halia
  • 1/2 labu bawang putih*
  • 3 sb sos cili
  • 2 sb sos tiram
  • Garam dan gula

Cara buat Udang Masak Merah Simple Mak Mertua

  1. Kisar bahan bertanda *.
  2. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sehingga pecah minyak.
  3. Masukkan sos cili dan sos tiram. Gaulkan.
  4. Taburkan gula, garam dan perasa.
  5. Masukkan udang dan kacau sehingga masak. Siap.

Sumber: Lily Petunia dari Masak Apa Hari Ni

 

4. Resepi Udang Masak Berempah

Bahan-bahan

  • Udang setengah kg.
  • 2sudu besar rempah kari babas ayam/ikan.
  • 2sudu besar serbuk cili.
  • 2sudu besar sos cili.
  •  1sudu besar sos tiram.
  • 1sudu besar kicap ABC.
  • 1sudu kecik lada hitam.
  • Sedikit garam&perencah secukup rasa.
  • Daun kari 1@2 pelepah.
  • Bawang putih&bawang merah potong.
  • Sedikit air kosong.
  • Minyak untuk menumis

Cara buat Udang Masak Berempah

  1. Panaskan minyak dan masuk semua bahan-bahan rempah dan sos di atas, masak sampi pecah minyak dan tambah air sikit.
  2. Bila dah pecah minyak, baru masuk udang.
  3. Letak garam dan serbuk secukup rasa. Masak sampai kering sikit & tutup api.
    *Kalau suka kuah boleh tambah lebih air.

Sumber: Natasha Qalisya dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

5. Resepi Udang Goreng Sos

Bahan-bahan

  • Udang
  • Garam
  • Kunyit
  • Bawang merah/bawang putih/bawang besar
  • 2 sudu sos cili
  • 3 sudu sos tomato
  • Garam

Cara buat Udang Goreng Sos

  1. Udang lumurkan garam kunyit.
  2. Perap dalm 30minit.
  3. Goreng dalam minyak.
  4. Nama pk udang dah masak,masukkan bawabg merah, bawang putih dan bawang besar.
  5. Agak bawang dah layu, masukkan 2 sudu sos cili, dan 3 sudu sos tomato.
  6. Perasakan dengan garam sikit.
  7. Goreng sampai agak pecah minyak,dan siap.

Sumber: Nik Nuraien dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

 

Akhir kata

Selepas ini, anda boleh mencuba resepi udang masak merah yang pelbagai ini.

Jangan lupa cuba resepi udang masak lemak cili api juga.

Jika ada udang galah, boleh cuba resepi udang galah ini juga.

Selamat mencuba!

Leave a Comment