Hantar Resepi (Kongsi Resipi Sedap, Mudah & Simple)

“Wahai admin, saya ada resepi yang gerenti sedap. Nak hantar resepi boleh? Kalau boleh, saya nak share dengan orang lain. Boleh ke?”

Ya, boleh.

Di alu-alukan.

Kalau resipi tersebut memang dah ada di blog, Facebook, Instagram atau Tik Tok, hanya perlu kongsikan link sahaja.

Tak perlu nak tulis balik.

 

Kenapa nak kongsi & hantar resepi di MyResepi?

Ya, bijak soalan itu.

Kami bukan nama besar pun.

Tapi ramai yang jumpa resepi yang kami kongsi melalui Google.

Bukan nak sombong, tapi ratus-ratus ribu jugalah sebulan.

Dalam masa 1-2 tahun, kami jangka boleh sampai juta-juta pembaca sebulan.

Doakan kami.

 

Tak nak lah, saya ada blog resepi sendiri!

Terpulang.

Blogger sepatutnya selalu update.

Tapi kalau blog resipi anda sudah bersawang, sah-sah tak ada orang nak lawat kan?

Bahasa yang agak kasar, blog sendu memang begitu.

Jadi, kalau anda kongsikan dengan kami, kami akan link semula ke blog anda.

Manalah tahu tiba-tiba trafik naik semula.

Masing-masing untung.

Win-win gitu!

 

Sama cuma kongsi resepi di Facebook

Pun tak ada masalah.

Memang kebanyakan yang berkongsi resepi dengan kami memang letak resipi mereka di Facebook.

Banyak juga kisah manis mereka.

Daripada tak ada follower, tiba-tiba naik mencanak.

Daripada sendu, tiba-tiba ada orang PM tanya itu ini.

Bangga juga rasa dihargai.

Tak sangka ada orang yang suka resepi mereka.

 

Macam mana nak hantar resepi?

Senang sahaja, cuma isi borang di bawah ini:

Andai kata tak boleh isi borang ini, sila hubungi kami.