Tentang Kami

Bila kita cari resepi di Google, kadang-kadang timbul rasa ragu-ragu samada resepi masakan tersebut boleh dipercayai atau tidak. Kami di myresepi.com mengambil pendekatan yang berlainan.

Kami akan cari resepi yang sedap di media sosial seperti Facebook, Instagram dan TikTok yang banyak komen, banyak likes, banyak shares . Senang cerita, yang betul-betul banyak engagement.

Kami akan hubungi dan minta izin dari pemilik resepi terlebih dahulu untuk diterbitkan di sini. Jadi, resipi yang anda baca di sini semuanya resepi yang terpilih, terbaik dan dipercayai.

Cuma satu perkara kami ingin tekankan. Sedap itu subjektif. Banyak likes dan shares tidak bermakna sedap. Anda perlu cuba dulu, baru tahu!

Kami hanya berkongsi resepi sahaja, bukan status halal. Jika ingin tahu status halal di kedai-kedai tertentu, anda boleh check di halalspy.com

Apa pun, jika anda mahu berkongsi resepi anda, boleh hubungi kami.