4 Resepi Badak Berendam (Cukup Rasa, Pelbagai Cara Mudah)

Susah betul sekarang nak jumpa kuih badak berendam. Kalau jumpa, kadang-kadang tak sedap pula. Jadi, kami kongsikan resepi badak berendam untuk buat sendiri di rumah. Selepas ini, boleh buat sendiri kalau teringin nak makan.

1. Resepi Badak Berendam Inti Kelapa

Bahan-bahan Inti Kelapa

  • 1 biji kelapa
  • Gula merah
  • Gula pasir
  • 1 cawan air
  • Daun pandan
  • Sedikit garam

Cara buat inti kelapa

  1. Masak semua bahan di atas dan masukkan sedikit tepung gandum untuk bagi melekat.
  2. Bulatkan siap-siap inti kelapa.

Bahan-bahan tepung

  • 1 mangkuk tepung pulut
  • 1/4 mangkuk tepung ubi
  • Pewarna dan perasa pandan
  • Air secukupnya

Cara buat bancuhan tepung

  1. Bancuh semua bahan di atas dan biarkan sekejap.
  2. Buatkan bentuk bulat dan masukan inti kelapa ke dalamnya.
  3. Masak air hingga mendidih, dan masukkan kuih ke dalam air mendidih tadi.
  4. Masak sehingga kuih timbul dan letakkan ke dalam kuah putih.

Bahan-bahan kuih putih

  • 1/2 kotak santan kelapa
  • 1 cawan air
  • Daun pandan
  • Garam secukup rasa
  • 2 sudu bancuhan tepung jagung (untuk pekatkan kuah)

Sumber: Nurulaini Ismail dari Masak Apa Hari Ni

 

2. Resepi Badak Berendam Labu

Bahan-bahan doh

  • 1 1/2 cawan labu (direbus & dilecek)
  • 2 cawan tepung pulut

Cara buat doh

  1. Campurkan bahan-bahan di atas.
  2. Uli sehingga bahan menjadi doh. Jika terlalu lembik boleh tambahkan tepung.

Bahan-bahan inti kelapa

  • Gula merah
  • Gula putih
  • Garam
  • Air
  • 1 sudu tepung jagung
  • Daun pandan

Cara buat inti kelapa

  1. Masak semua bahan di atas sehingga kering.
  2. Sejukkan dan bulat-bulatkan.

Bahan-bahan kuah

  • 3 cawan santan
  • 2-3 sb tepung gandum
  • Gula putih
  • Secubit garam
  • Daun pandan

Sumber: Mazaliza Mahayudin dari Masak Apa Hari Ni

 

3. Resepi Badak Berendam

Bahan-bahan doh

  • 2 1/2 cawan tepung pulut
  • 1 1/2 cawan air daun pandan
  • Sedikit pewarna hijau
  • 1/2 sudu kecil garam halus (kisar bersama daun pandan)
  • Inti kelapa secukupnya

Bahan-bahan kuah

  • 2 cawan santan (1 kotak santan, 1 kotak air biasa)
  • 2 sudu besar tepung beras
  • 1/2 sudu kecil garam halus
  • 2 1/2 sudu besar gula
  • 2 helai daun pandan

Cara buat Badak Berendam

  1. Masukkan tepung pulut ke dalam bekas.
  2. Tambahkan air daun pandan sedikit demi sedikit, jangan tuang sekaligus untuk mengelakkan doh lembik.
  3. Uli sehingga tepung tidak melekat di tangan.
  4. Bentukkan doh menjadi bulat.
  5. Leperkan doh dan masukkan inti. Ulang sehingga doh habis.
  6. Didihkan air, masukkan doh yang sudah siap digentel. Tunggu sehingga doh timbul, angkat dan masukkan ke dalam air sejuk.
  7. Untuk kuah,  campurkan kesemua bahan dan kacau sehingga sebati.
  8. Hidupkan api paling perlahan, masakkan kuah dan kacau sentiasa sehingga pekat.

Sumber: Wirawati Negara dari Masak Apa Hari Ni

 

4. Resepi Badak Berendam

Bahan-bahan tepung

  • 2 1/2 cawan tepung pulut
  • 1 cawan air pandan (kisar daun pandan 5 helai)
  • 1/2 sudu kecil garam
  • Pewarna hijau

Cara buat Badak Berendam

  1. Campur semua bahan dan uli menjadi doh.
  2. Ambil sedikit doh, tekan sehingga leper dan masukkan inti. Bulatkan.
  3. Rebuskan doh sehingga timbul baru angkat.

Bahan-bahan inti

  • 1/2 biji kelapa parut
  • 2 sudu gula pasir
  • 5 sudu gula merah
  • 1/2 sudu kecil garam
  • Daun pandan simpul
  • 1/4 cawan air
  • 1/2 sudu besar tepung gandum

Cara buat inti Badak Berendam

  1. Campur semua bahan di atas kecuali tepung gandum, masak dengan api sederhana dan kacau hingga kering.
  2. Masukkan tepung gandum dan kacau sekata, tutup api.
  3. Sejukkan dan bulatkan inti untuk masukkan ke dalam tepung.

Bahan-bahan kuah santan

  • 3 cawan santan
  • 3 sudu besar tepung beras (bancuh guna air biasa)
  • 1 sudu kecil garam
  • Daun pandan simpul

Cara buat kuah santan

  1. Campurkan semua bahan dan masak guna api sederhana. Kacau sentiasa sehingga pekat, tutupkan api.
  2. Tuangkan bancuhan santan ke atas doh yang sudah dimasak.

Sumber: Nora Zi dari Masak Apa Hari Ni

 

Akhir kata

Sekian beberapa resepi badak berendam yang kami kongsikan untuk anda cuba. Selepas ini, tidak perlu susah untuk cari di luar.

Boleh juga cuba resepi seri muka jika anda suka!

Leave a Comment