3 Resepi Bubur Jagung (Rasa Lemak Manis, Cara Buat Yang Simple)

Bubur jagung merupakan pencuci mulut yang paling mudah untuk dibuat. Sebut sahaja bubur jagung terus tergambar keenakan bubur jagung yang manis berlemak, paling menarik jika dimakan ketika bubur masih sejuk. Terliur kan?. Kami ingin kongsikan beberapa resepi bubur jagung untuk anda peminat jagung!
Guna jagung yang betul-betul jagung boleh, guna jagung dalam tin pun boleh.

Jom kita try!

1. Resepi Bubur Jagung Mudah

Bahan-bahan

  • 3 batang jagung di hiris
  • 2 sudu besar sagu biji
  • Gula garam secukup rasa
  • 2 cawan santan

Cara buat Bubur Jagung Mudah

  1. Rebus jagung dengan sagu sampai sagu jernih.
  2. Dah siap boleh masukkan garam gula dan santan, didihkan sekejap.
  3. Siap

Sumber: Nazarina Che Man dari Berkongsi Ilmu Kuih Muih & Masakan (BIKMM)

 

2. Resepi Bubur Jagung Sagu

Bahan-bahan

  • 2@3 cawan isi jagung
  • 1/2 cawan gula pasir
  • 1 ketul kecik gula melaka (cincangkan sikit)
  • 1 sdk garam
  • 1 cawan santan pekat
  • 2 cawan santan cair
  • 3 sdb biji sagu (bersihkn, rendam skejap)
  • 2 helai daun pandan, simpul kan

Cara buat Bubur Jagung Sagu

  1. Masukkan isi jagung bersama santan cair dan daun pandan ke dlm periuk.
  2. Masak atas api perlahan sehingga sedikit mendidih dan jagung sdikit lembut (empuk).
  3. Masukkan gula pasir, gula melaka, biji sagu, garam dan santan pekat. Kacau perlahan  sehingga bubur mndidih dan biji sagu nampak jernih (jika rasa nak lebih manisboleh tambah gula)
  4.  Siap.

Sumber: Har Ryea dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

3. Resepi Bubur Jagung Sedap Lemak Manis

Bahan-bahan

  • Jagung
  • Santan
  • Gula nisan (3 keping)
  • Garam

Cara buat Bubur Jagung Sedap Lemak Manis

  1. Buang kulit jagung, basuh, dan hiris. Hiris agak-agak jangan tebal sangat jangan halus sangat.
  2. Masukkan hirisan jagung tadi dalam periuk dan air tinggi dari paras jagung
  3. Lebih kurang dua senduk jagung, air sikit dan kisar sampai hancur. Tujuan dia kita nak bagi kuah tu ada rasa jagung jugak.
  4. Selepas itu  tuang dalam periuk tadi.
  5. Dan rebuslah semuanya sampai jagung empuk. Anggaran dalam 15 minit.
  6. Bila jagung dah empuk masukkan :
    Santan
    Nisan 3 keping
    Garam sikit
  7. Kacau sampai nisan hancur.
  8. Jangan sampai bubur jagung pecah minyak nanti tak cantik.
  9. Masukkan jugak susu pekat dalam 3 sudu besar dan kacau. Kemudian ambil letak dalam piring sikit kalau kurang manis boleh tambah nisan atau susu pekat, ikut citarasa masing-masing.

Sumber: Nur Hazwani Abu Bakar dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

Akhir kata

Mudah kan resepi bubur jagung yang enak ini? Pasti jadi jika anda cuba dirumah.

Jemput baca pula resepi puding jagung yang bahan-bahannya lebih kurang sama.

Selamat mencuba!

Leave a Comment