4 Resepi Biskut Kelapa Dulu-Dulu (Memang Legend!)

Siapa sahaja tidak kenal dengan biskut kelapa atau biskut legend ini. Lagi menarik ketika membakar biskut ini semerbak harum bau kelapa yang keluar. Tesktur rangup dan lembut bila dimakan menjadikannya biskut yang diminati ramai. Kali ini kami kongsikan resepi biskut kelapa legend ini untuk anda.

Jom try!

1. Resepi Biskut Kelapa

Bahan-bahan

  • 1 cawan merjerin
  • 1 cawan gula aising
  • 1 cawan tepung gandum
  • 3 cawan tepung jagung
  • 2 cawan kelapa yang telah di sangai
  • Esen vanila satu sudu teh
  • Sebiji kuning telur

Cara buat Biskut Kelapa

  1. Pukul telur, merjerin dan gula aising sampi kembang.
  2. Baru masukkan semua tepung dan kelapa yang telah di sangai tadi.
  3. Bakar dalam suhu 160°..(25 minit)

Sumber: Aroha Roha dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

2. Resepi Biskut Kelapa Sangai

Bahan-bahan

  • 1 ketul butter (250gm)
  • 1 cawan gula kastor
  • 2 1/2 cawan tepung ubi
  • 1 1/2 cawan tepung gandum
  • 2 1/2 cawan kelapa parut (sangai dalam kuali hingga agak kekuningan)
  • 1 biji telur
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • Secubit garam

Cara buat Biskut Kelapa Sangai

  1. Pukul gula dan butter hingga sebati.
  2. Masukkan telur dan esen vanilla.
  3. Masukkan kelapa sangai tadi.
  4. Masukkan tepung dan uli hingga jadi doh yang boleh di terap.
  5. Bakar suhu 160 c selama 25 min
    * kalau adunan agak lembik boleh tambahkan tepung gandum sedikit.

Sumber: Mazliza Ahmad dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

3. Resepi Bangkit Kelapa Asli

Bahan-bahan

  • 1 cwn gula kastor
  • 1 cwn majerin pelangi
  • 1 cwn tepung gandum
  • 1 cwn kelapa sagai ( kalau nak tukar bijan / Oreo / cheese / santan pun boleh )
  • 3 cwn tpong ubi kayu
  • 1 camca (sudu kfc) baking powder
  • 1 biji telor

Cara buat Bangkit Kelapa Asli

  1. Gula + majerin putar hingga kembang.
  2. Masukan telur. Putar kejap.
  3. Masukan baking powder. Putar kejap.
  4. Masukan tepu dengan ubi kayu + tepung gandum + kelapa sangai.
  5. Kaup balikkan guna tangan gaul. Uli sebati.
  6. Dah sebati bagi biar sejam. Baru cetak.
  7. Bakar suhu 40minit 150° ikut oven ya.

Sumber: Afwa Azalan dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

4. Resepi Biskut Tintan Kelapa

Bahan-bahan

  • 1 cwn butter
  • 1 cwn gula halus
  • 1 biji kuning telur
  • 1 sudu besar esen vanila
  • 1 cwn tpung gndum
  • 1 cwn tpung beras
  • 1 cwn tpung ubi
  • 1 sudu besar penaik
  • 1 cawan kelapa kering

Cara buat Biskut Tintan Kelapa

  1. Pukul butter gula dan telur sampai sebati.
  2. Masukan esen vanila dan gaul sebati.
  3. Kemudian masukan kelapa kering dan tepung.
  4. Uli sampai jadi doh canai dan terap.
  5. Bakar 20-25 minit bergantung pada oven selamat mencuba.

Sumber: Noor Lela dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

Akhir kata

Semoga dengan perkongsian resepi ini dapat memberi sedikit manfaat untuk anda.

Jom semak resepi biskut nestum yang sedap ini.

Selamat mencuba!

1 thought on “4 Resepi Biskut Kelapa Dulu-Dulu (Memang Legend!)”

Leave a Comment