4 Resepi Coleslaw Ala KFC

Kalau order set ayam goreng KFC mesti ada hidangan sampingan iaitu coleslaw. Mesti ramai tertanya-tanya bagaimana ingin membuat coleslaw yang rasa sejuk di tekak bila dimakan. Kali ini kami kongsikan dengan resepi coleslaw yang cukup mudah ini. Mana tahu bolej jadi idea jualan kan?

Jom try!

1. Resepi Coleslaw Ala KFC Simple

Bahan-bahan

  • 1/4 kobis (buang bahagian keras dan hiris jadi dadu)
  • 1 Lobak merah (sagat kemudian hiris bagi dadu)
  • 1/2 cawan susu segar
  • 5 sudu besar mayonis kesukaan anda
  • 1 sudu besar gula
  • 1 sudu kecil garam

Cara buat Coleslaw Ala KFC Simple

  1. Gaul sebati kobis dihiris dadu dengan lobak merah dihiris dadu.
  2. Masukkan setengah cawan susu segar.
  3. Masukkan 5 sudu besar mayonis, nak lebih boleh ikut taste anda.
  4. Masukkan 1 sudu besar gula.
  5. Masukkan 1 sudu teh garam.
  6. Simpan dalam peti sejuk sebab kalau sejuk lagi sedap lagi bila campuran dah bersatu.

Sumber: Mamapapa Rea dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

2. Resepi KFC Coleslaw

Bahan-bahan

  • 1 biji kubis potong dadu
  • 1 btg carrot potong dadu
  • 2 sb bawang holland potong dadu
  • ½ cawan mayonis
  • ⅓ cawan gula pasir
  • ¼ cawan susu full cream (dutch lady)
  • ¼ cawan buttermilk
  • 2 ½ sb perahan lemon
  • 1 ½ sb cuka
  • ½ sk garam
  • ⅛ sk serbuk lada hitam

Cara buat KFC Coleslaw

  1. Kubis dan lobak merah potong dadu. Ketepikan.
  2. Di mangkuk yang lain, masukkan bawang, mayonis, gula pasir, susu, buttermilk, perahan lemon, cuka, garam, dan blackpepper. Kacau rata.
  3. Satukan kubis, lobak merah dan bahan di no 2.
  4. Kacau sehingga sebati. Nak lebih sedap, perapkan selama semalaman.

Sumber: Afrina Zulqarnaen dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

3. Resepi Coleslaw Mudah dan Senang

Bahan-bahan

untuk makan 15-20 orang

Bahan A

  • 3 biji kobis
  • 3 biji carrot
    *Potong besar, masukkan ke dalam food processor.

Bahan B

  • 1 botol mayonis
  • 2 1/4 cawan susu segar
  • 3/4 cawan cooking cream (optional)
  • 4 sudu kecil cuka
  • 1/2 biji jus lemon
  • 1 1/2 sudu kecil garam
  • 2 1/5 cawan gula pasir
  • 2 sudu kecil lada sulah
  • 1 biji bawang besar dicincang halus

Cara buat Coleslaw Mudah dan Senang

  1. Kacaukan semua bahan sehingga sebati dan gula mencair. Lagi cantik guna pemukul telur selama 5 minit.
  2. Sediakan mangkuk besar, masukkan bahan A dan B. Gaul rata dan simpan semalaman di dalam bekas bertutup ke dalam peti ais supaya kobis dan carrot lebih sebati dan jadi agak sedikit berkuah.
  3. Esoknya makan sejuk-sejuk dengan steak atau chicken chop.

Sumber: Suzana Yaakub dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

4. Resepi Coleslaw Kentang

Bahan-Bahan

  • 3 biji kentang
  • 6 sudu besar Mayonis
  • 1 sudu besar gula
  • 3/4 sudu besar serbuk lada hitam halus (nak guna yang kasar pun boleh)
  • 1/2 ketul Kiub Pati Ayam (hancurkan)
  • Sedikit daun sup (dihiris halus)
  • Air secukupnya untuk merebus

Cara buat Coleslaw Kentang

  1. Kentang dikupas kulitnya dan dipotong dadu. Bersihkan dan rebus kentang dengan air hingga empuk. Angkat, toskan dan sejukkan.
  2. Sediakan bekas. Satukan semua bahan iaitu kentang yg dipotong dadu, Mayonis, gula, serbuk lada hitam kasar, Kiub Pati Ayam dan daun sup. Gaul hingga sebati.
  3. Boleh terus dihidangkan atau sejukkan dulu di dalam peti sejuk. Sedap dimakan sejuk-sejuk.

Sumber: Hamidah HA dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

Akhir kata

Mudah kan resepi coleslaw ini. Selepas ini kalau craving tak perlu pergi KFC buat sendiri lagi jimat.

Jom baca resepi wedges ala KFC ini.

Selamat mencuba!

Leave a Comment