4 Resepi Wedges Ala KFC (Guna Air Fryer)

Wedges adalah salah satu menu makanan popular di KFC. Kentang yang digoreng dengan tepung rahsia mereka dan disalut dengan sos mayonis beserta cheese yang melimpah ruah cukup memikat hati sesiapa sahaja. Kami tahu anda dah terliur kan? Jom kami kongsikan resepi wedges ini.

Jom kita try!

1. Resepi Cheesy Wedges

Bahan-bahan

  • Ubi kentang
  • Tepung bestari
  • Wedges powder+ Mayonis

Cara buat Cheesy Wedges

  1. Kupas kulit ubi kentang.
  2. Rebus dahulu ubi tersebut.
  3. Selepas rebus gaulkan dengan tepung bestari.
  4. Panaskan minyak dan goreng sehingga masak.
  5. Hidangkan bersama sos wedges bersama mayonis.

Sumber: Qurratu Aini dari Berkongsi Ilmu Kuih Muih & Masakan (BIKMM)

 

2. Resepi Potato Wedges Ala KFC

Bahan-bahan

  • 1kg kentang — potong kecik & rebus empuk kemudian toskan air
  • 2sdt cukup rasa
  • 1 1/2 sdt garam
  • 1 1/2 sdt black pepper
  • 1 1/2 sdt pepper
  • 1 sdt mixed herbs
  • 2 sdb tpg jagung

Cara buat Potato Wedges Ala KFC

  1. Gaulkan semua seasoning pada kentang yang telah ditos kering.
  2. Set dlm chiller 25-30min kemudian boleh goreng.

Sumber: Bychepuan Sue dari Berkongsi Ilmu Kuih Muih & Masakan (BIKMM)

 

3. Resepi Wedges Mudah

Bahan-bahan

  • Kentang
  • Serbuk bestari
  • Instant cheese

Cara buat Wedges Mudah

  1. Kupas kentang kemudian potong wedges.
  2. Kemudian rebus separuh empuk nak empuk boleh tapi potongan jangan nipis.
  3. Kemudian tapis.
  4. Ambil serbuk bestari gaulkan, letak air sikit agak salut jangan terlalu cair.
  5. Dan goreng sampai garing.
  6. Ambil instant cheese sauce mix, bancuh dengan air sejuk, gaul rata kemudian masak atas api sampai mendidih.

Sumber: Nurleeazurah Othman dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

4. Resepi Cheesey Wedges Homemade (Air Fryer)

  •  Kentang
  • Tepung bestari (flavor Ori)
  • Tepung cheese nachos
  • Sedikit minyak untuk sapu masa menggoreng

Cara buat Cheesey Wedges Homemade (Air Fryer)

  1. Kupas kentang dan bersihkan.
  2. Potong bentuk “wedges” macam ala KFC tu.
  3. Bancuh tepung bestari dengan air dan celup kentang dalam bancuhan tu.
  4. Kalau nak efek rangup. Golek sekejap dalam tepung Bestari .
  5. Susun dalam tray air fryer goreng 15-20minit. Selepas 5minit goreng sapu sikit minyak elak kering sangat dan elak kentang melekat dekat tray.
  6. Sambil tunggu kentang masak buat bancuhan cheese tu. Mudah je bancuh nachos cheese dengan air suam bagi likat pekat kebabom mcm ala KFC.
  7. Kentang tu dah siap masak apa lagi cicah nachos cheese.

Sumber: Sabariah Sareh Saad dari Resepi Air Fryer (Malaysia)

 

Akhir kata

Inginkan lagi resepi berasaskan kentang? Jom baca resepi samosa goreng yang rangup ini.

Paling penting, jangan lupa cuba di rumah!

Selamat mencuba!

Leave a Comment