4 Resepi Pau Goreng (Paling Mudah Guna BreadMaker)

Apakata untuk juadah minum petang kami bagi idea kepada anda, pau goreng bersama secawan teh? Menarik juga kan kombinasi tersebut. Selalu makan pau kukus jom ubah selera anda kepada pau goreng pula. Kami akan kongsikan dengan anda resepi pau goreng kali ini.

Jom kita try!

1. Resepi Pau Goreng Inti Kacang Merah

Bahan-bahan

  • 2 cwn tpg gandum @ tepung high protein
  • 1/2 Sudu B yis
  • 1 Sudu B gula
  • 1 Sudu B susu tpg (toptional)
  • 2 sudu B marjerin
  • 1/2 Sudu k pelembut roti @ 1/2 sudu k baking powder- pilih salah satu
  • Secubit garam
  • 1 biji kuning telur
  • 1/2 cwn air sejuk peti ais (untuk yang uli guna breadmaker) -sekiranya doh masih keras boleh tambah air

Cara buat pau goreng inti kacang merah

  1. Masukkan semua bahan cecair ke dalam breadmaker diikuti bahan-bahan kering.
  2. Uli selama 20 -25 min.
  3. Siap uli rounding hingga habis selepas itu isikan inti.
  4. Biarkan doh kembang lebih kurang 35-40 min bergantung pada keadaan.
  5. Goreng & siap.

Sumber: Rahmah Rosmin dari Berkongsi Ilmu Kuih Muih & Masakan (BIKMM)

 

2. Resepi Pau Goreng Kelapa Gebu Gebas

Bahan-bahan

  • 1/2 cwn air/susu segar
  • 2sb gula
  • 1sb yis
  • 1sk baking Powder
  • 2cwn tepung gandum
  • Sedikit garam
  • 1bj telur
  • 2sb butter

Cara buat pau goreng kelapa

  1. Gaul dan uli semua sampai doh nampak licin tak berketul dan rasa lembut.
  2. Boleh bentukkan dan biar kembang rasa ringan.
  3. Api kecil goreng sebelah hingga masak baru terbalikkan sebelah lagi.

Sumber: Cyda Shukur dari Berkongsi Ilmu Kuih Muih & Masakan (BIKMM)

 

3. Resepi Burger Malaysia/Pau Goreng

Dapat dalam anggaran 36-40 biji

Bahan-bahan

  • 750gm tepung gandum cap ros
  • 400ml air sejuk + telur sebiji
  • 150gm gula ising
  • 40gm susu tepung
  • 1/2sdb bread improver
  • 1/2pack yis (6gm)
  • 100gm marjerin
  • 1sdk garam

Cara buat burger malaysia/pau goreng

  1. Masukkan semua bahan dlm BM(breadmaker)  uli 30min.
  2. Perap doh 30min/lebih sehingga doh naik 1@2kali ganda.
  3. Tumbuk doh keluarkan angin dan timbang doh 40gm setiap satu.
  4. Biarkan 10 min dan boleh digoreng dengan api paling perlahan. Balik kan setiap bahagian sekali sahaja.
  5. Angkat dan belah tengah boleh letak sambal bilis & timun.

Sumber: Fatimah Saari dari Berkongsi Ilmu Kuih Muih & Masakan (BIKMM)

 

4. Resepi Pau Goreng Frozen

Bahan-bahan

  • 250 gram tepung gandum(Fia guna Cap R0s)
  • 5 gram yis segera
  • 20 gram shortening
  • 1/2 sudu teh garam
  • 1 sudu teh baking powder
  • 40 gram gula halus
  • 1 sudu besar susu pekat manis
  • 110 gram air biasa yang dituang secara sedikit-sedikit

Cara buat pau goreng frozen

  1. Pertama- masukkan tepung gandum, yis, shortening, gula dan garam. Uli sedikit demi sedikit dengan dimasukkan air secara berperingkat dan uli selama 15 minit.
  2. Kedua- bentukkan doh menjadi bulat dalam anggaran berat 40 gram sebiji doh pau goreng ini. Simpan doh selama 10 minit dan selepas itu, ambilkan doh, tepekkan sehingga menjadi bulat dan leper.
  3. Ketiga- masukkan inti kacang merah dan gentelkan menjadi bulat doh pau. Simpan selama sejam. Panaskan minyak pada api sederhana dan goreng sehingga kekuningan  Untuk frozenkan, hanya goreng suku masak sahaja untuk biarkan yis mati dan simpan di dalam freezer. Bila hendak digoreng barulah dikeluarkan dan digoreng sepenuhnya.

Sumber: Alfia Ismail dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

Akhir kata

Semoga perkongsian resepi kali ini dapat memberi anda sedikit idea untuk mencuba resepi yang baru.

Nak lagi resepi untuk juadah minum petang? Jom baca resepi resepi kuih kaswi pula.

Selamat mencuba!

Leave a Comment