4 Resepi Honey Butter Cornflakes (Mudah Nak Buat dan Rangup)

Bila tiba Hari Raya, antara biskut raya yang wajib buat ialah honey butter cornflakes. Bila ada atas meja confirm habis dalam waktu yang cepat. Kali ini kami ingin kongsikan resepi honey butter cornflakes yang mudah untuk anda cuba dirumah.

Jom kita try!

1. Resepi Cornflakes Madu

Bahan-bahan

  • 800gram cornflakes
  • 1 ketul butter cup
  • 1 cawan madu
  • 1 cawan gula kastor/perang
  • Paper cup
  • Colour rice sebagai hiasan

Cara buat Cornflakes Madu

  1. Cairkn butter di dalam kuali apabila sudah cair masukkan gula dan madu.
  2. Ramas kasar cornflakes agar mudah di masukkan ke dalam paper cup nanti. Masukkan cornflakes ke dalam kuali kacau hingga sebati dan sekata.
  3. Boleh lah di masukkan dalam paper cup dengan menggunakn sudu dan dihiasi dengan colour rice, panaskan oven selama 10 minit.
  4. Masukkn cornflakes madu ke dalam oven dan dibakar selama 10 minit hingga 15 minit, suhu 150 darjah celcius.

Sumber: Mia Zareef Afiq dari Berkongsi Ilmu Kuih Muih & Masakan (BIKMM)

 

2. Resepi Cornflakes Madu Mudah

Bahan-bahan

  • 2kotak cornflakes
  • 1 1/2 cwn butter
  • 1 1/2 cwn madu
  • 3Sb gula
  • 1 bekas buah ceri sebagai hiasan

Cara buat Cornflakes Madu Mudah

  1. Panaskan butter masukkan madu gula mendidih dan kacau.
  2. Masukkan cornflakes yang di ramas sikit supaya mudah masuk dalam cup masukkan ceri kismis pun boleh.
  3. Gaul rata, mati api terus boleh masukkan dalam cup, bakar dalam oven suhu 160° dalam berapa minit untuk bagi melekat bersama.

Sumber: Cahaya Kasih Firdausi dari Berkongsi Ilmu Kuih Muih & Masakan (BIKMM)

 

3. Resepi Honey Butter Cornflakes

Bahan-bahan

  • 250g Butter Cup
  • 1/2 cup gula halus
  • 3 sudu madu
  • 3 sudu susu pekat manis
  • 1 biji telur kuning
  • 500grm conflakes (1kotak besar)

Cara buat Honey Butter Cornflakes

  1. Mixer or pukul butter dan gula sampai kembang.
  2. Apabila dah kembang,  masukkan bahan lain seperti telur+susu pekat +madu.
  3. Then pukul lagi sampai sebati.
  4. Gaulkan bersama conflakes.
  5. Selepas itu hiaskan kuih dengan manik.
  6. Bakar kuih ikut kepanasan oven masing. Oven saya 170’c selama 10-15mins.

Sumber:Syafiqah Ahmat dari Berkongsi Ilmu Kuih Muih & Masakan (BIKMM)

 

4. Resepi Cornflakes Madu 4 Bahan

Bahan-bahan

  • 1kotak (275g) Cornflakes
  • 250g Marjerin/Butter
  • 1 cawan gula
  • 1 cawan madu

Cara buat Cornflakes Madu 4 Bahan

  1. Cairkan butter dan gula, masukkan madu, dah sebati, gaulkan cornflakes.
  2. Tabur hiasan.
  3. Bakar 5-10mnt, 160-180’c atau bergantung pada oven masing-masing.

Sumber: Yati Nurhayati dari Berkongsi Ilmu Kuih Muih & Masakan (BIKMM)

 

Akhir kata

Rugi jika anda tidak mencuba resepi yang cukup mudah ini.

Mungkin anda suka dengan resepi  nutella cheese tart ini.

Selamat mencuba!

Leave a Comment