4 Resepi Nutella Cheese Tart (Gebu dan Sangat Moist)

Siapa sahaja yang tak suka kan dengan Nutella, rasa kacang dan coklat yang cukup berlemak ini menjadi kegemaran kanak-kanak. Baru-baru ini kebanyakan resepi biskut, tart dan juga roti mesti mempunyai filling Nutella.

Jom kami kongsikan resepi Nutella cheese tart untuk anda.

1. Resepi Nutella Cheese Tart

Resepi untuk loyang 6inch

Bahan-bahan

Resepi kulit tart 

  • 125g mentega (sejukkan dlm peti ais dlu)
  • 60g gula icing
  • 250g tepung gandum
  • 1 sudu teh tepung jagung (optional)
  • 1 sudu esen vanila
  • 1 biji telur

Resepi inti cheese 

  • 125g Cream cheese
  • 1/2 cup non-dairy Whipping Cream
  • 4 sudu besar susu pekat
  • 1 sudu teh esen vanila
  • Secubit garam
  • Nutella ntk topping

Cara buat Nutella Cheese Tart

Cara buat crust 

  1.  Putar mentega + gula hingga sebati.
  2.  Masukkan telur & putar hingga sebati.
  3. Masukkan tepung gandum & putar hingga jadi doh.
  4. Wrap doh tersebut dengan wrapper dan sejukkan dalam peti ais selama 1/2 jam – 1 jam.
  5.  Lepas dah sejuk, gelekkn dengan kayu penggelek & bentukkan dlm acuan. Cucuk dengan garfu supaya tidak menggelembung ketika dibakar.
  6. Sejukkan dalam peti ais selama 1/2 jam sebelum dibakar.
  7. Lepas tu, bakar selama 15-20min dengan suhu 160c hingga keperangan, suhu bgantung pada oven masing.

Cara buat filing cheese 

  1. Putar cream cheese hingga kembang.
  2. Kemudian masukkan kesemua bahan lain & putar hingga kembang.
  3. Lepas crust dah siap dibakar, sejukkan supaya mudah untuk dikeluarkan. Isi filling cheese tadd. Paipkan nutella di atasnya dan siap!

Sumber: Fafa Farhana Ibrahim dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

2. Resepi Mudah Nutella Cheese Tart Montok

Bahan-bahan

Resepi crust 

  • 250gram butter
  • 3/4 cawan gula kastor
  • 1 biji telur gred B
  • 1 sdt esen vanila
  • 5 cawan tepung gandum yang telah diayak

Cheese tart

  • 500gram cheese
  • 6sudu besar telur gred B
  • 1sdt esen vanila
  • 100gram gula kastor

Cara buat Nutella Cheese Tart Montok

Resepi crust 

  1. Gaul sebati butter & gula sehingga tak nampak gula.
  2. Masukkan tepung gandum & Uli doh sehingga tak melekat pada tangan. Jangan terlalu lama uli.
  3. Masukkan doh dalam acuan 4.5cm & kemaskan.
  4. Bakar dalam oven pada suhu 150 c masa 20minit.
  5. Jangan lupa cucuk pada tengah shell.

Cheese tart

  1. Pukul cream cheese dan gula hingga kembang & bertanduk.
  2. Masukkan esen vanila & telur. Kacau sebati.
  3. Acukan dalam shell. Bakar pada suhu 170c masa 7-8 minit. Kalau sentuh permukaan cheese tak melekat pada tangan masak dah tu.

Sumber: Asikin Abrani dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

3. Resepi Nutella Cheese Tart Gebu Gebas

Bahan-bahan

Shell tart

  • 125gm majerin/butter
  • 150gm gula kastor
  • 1 biji telur saiz B
  • 400gm tepung gandum
  • Satu sudu kecil Esen Vanilla

Filling cheese

  • 500gm cream cheese dari peti sejuk
  • 100gm gula kastor
  • 6 sdb telur yang telah dipukul sedikit
  • 2 sdb butter
  • 1 sudu kecil Esen Vanilla atau 2 sudu kecil perahan lemon

Cara buat Nutella Cheese Tart Gebu Gebas

Shell tart

  1. Dalam bekas masukkan majerin dan gula. Sebatikan.
  2. Masukkan telur dan vanilla yang dipukul sedikit. Gaul sebati.
  3. Akhir masukkan tepung sedikit demi sedikit dan ramas dengan tangan hingga sebati dan membentuk doh. Tidak perlu uli lama sangat. Cukup setakat jadi doh.
  4. Bulatkan sebesar guli masukkan dalam bekas tart. Tekankan dengan jari hingga cantik dan kemaskan lebihannya.
  5. Cucuk sedikit dengan garfu. Bakar suhu 170c hingga cantik perang. Masa atas oven masing.
  6. Setelah masak. Keluarkan dari oven. Biar sebentar dan keluarkan dari shell. Sejukkan atas redai.
  7. Shell boleh dijadikan stok dengan menyimpannya dalam bekas kedap udara.

Filling cheese

  1. Masukkan semua bahan kecuali vanilla dalam bekas.
  2. Mix hingga berkrim dan gebu tapi masih kental.
  3. Masukkan vanilla mix sebati. Masukkan dalam piping bag.
  4. Picitkan sedikit filling dalam shell. Paipkan cheese ke dalam shell.
  5. Untuk dapat filling yang tinggi. Caranya paip ditengah hingga penuh tanpa gerak piping bila penuh tarik naik perlahan sambil picit dengan muncung piping masih dalam cheese hingga tinggi yang nak baru berhenti picit dan tarik keluar piping.
  6. Jika ada sedikit cacat atau bertanduk. Celup jari dalam air masak dan betulkan sedikit.
  7. Lukis permukaan jika suka mengguna filling atau cheese yang diwarnakan.
  8. Bakar suhu 170c lebih kurang 7-8 min. Sekadar bila sentuh cheese tidak lekat dijari. Untuk hasil yang cantik. Cheese masih moist tidak kering atau retak.
  9. Sebaik masak keluarkan. Sejukkan atas redai.
  10. Simpan dalam bekas dan simpan dlam chiller agar shell tidak lemau dan cheese set dan lebih enak dinikmati.

TIPS

  • Untuk shell yang elok rangup jangan terlebih uli. Cukup sekadar menjadi doh yg elok.
  • Cheese mesti yang sejuk untuk hasil yang cantik.
  • Montok cantik atas cara piping filling.

Sumber: Khairun Nisa dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

4. Resepi Nutella Cheese Tart

Untuk crust tart 80-100 biji

Bahan-bahan

  • Tepung Gandum 500 gm
  • Gula Icing 125 gm
  • Butter 250 gm
  • Telur B 2 biji
  • Esen Vanilla 1 sudu kecil

Fillings

  • Cream cheese
  • Icing sugar
  • Whipping cream

Cara buat Nutella Cheese Tart

  1. Tak perlu guna mixer hanya pakai senduk kayu.
  2. Butter dan gula kacau sebati.
  3. Masuk telur, esen vanila dan kacau.
  4. Masuk tepung dan uli guna tangan sehingga sebati jadi doh.
  5. Wrap dengan plastik dan simpan dalam peti sejuk seharian.
  6. Uli balik doh dan acukan dalam acuan tart,  cucukkan dengan garfu pada tart yang telah siap di acu pada acuan.
  7. Bakar pada suhu 180’C 25min.

Fillings

  1. Kesemua bahan di atas mix bersama (guna mixer) sampai gebu dan sebati.
    📌tart crust
    📌cream cheese  masukkan dlm piping bag)
    📌nutella (masukkan dlm piping bag)
    📌almond slice
  2.  Pipe kan cream cheese dalam tart crust dan  nutella, letak almond slice dan simpan dalam peti sejuk, siap!!!

Sumber: Syazana Rustan dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

Akhir kata

Semoga dengan perkongsian resepi kali ini dapat memberi sedikit idea untuk anda.

Jom baca resepi cheese tart yang lain. Kami ada kongsikan di sini 

Leave a Comment