4 Resepi Dalca Ayam (Penuh Dengan Rasa Rempah)

Jika sebelum ini kami ada kongsikan resepi dalca sayur, kali ini kami akan kongsikan dengan anda resepi dalca ayam pula. Bahan yang sama cuma resepi ini ditambahkan dengan ayam sahaja. Enak dimakan bersama roti atau nasi putih.

Jom baca sampai habis!

1. Resepi Dalca Ayam

Bahan-bahan

  • Sebelah ayam- dipotong sedang atau kecil
  • 1 cawan santan
  • 2 genggam kacang dal – rebus hingga empuk
  • 1 biji cili hijau – potong 1 inci
  • 1 biji kentang – belah 12
  • 1 biji karot- potong mancis
  • 3 biji kacang panjang – potong 1 1/2 inci
  • 1 biji terung bulat – belah 6
  • 1 biji tomato – belah 4
  • 3 sudu makan rempah kari daging
  • 1 bunga lawang
  • 3 biji buah pelaga
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 2 tangkai daun kari
  • 2 keping asam gelugor

Bahan tumbuk

  • 1 biji bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci halia

Cara buat Dalca Ayam

  1. Tumis bunga lawang, buah pelaga dan kulit kayu manis.
  2. Masukkan bahan tumbuk, tumis hingga wangi.
  3. Masukkan rempah kari daging, daun kari, cili hijau dan sedikit air. Tumis hingga rempah masak dan terbit minyak.
  4. Masukkan isi ayam. Tumis sebentar dan masukkan kacang dal, santan, asam gelugor, kentang dan sedikit air. Masak hingga ayam dan kentang empuk.
  5. Masukkan semua sayur-sayuran. Masak hingga sayur masak. Masukkan garam dan serbuk perasa.
  6. Tutup api. Sedia untuk dihidangkan.

Sumber: Kasih Nadirah dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

2. Resepi Dalca Ayam Tumis Darat

Bahan-bahan

  • Bawang besar sebijik
  • Bawang putih 3ulas
  • Halia sebesar ibu jari
  • Sedikit jintan putih
  • Rempah daging babas satu peket
  • Satu sudu besar serbuk cili babas

Cara buat Dalca Ayam Tumis Darat

  1. Blender semua bahan di atas dengan sedikit air.
  2. Masukan bahan blend kedalam periuk besama kacang dal yang telah direndam satu jam. Masukan setangkai daun kari.
  3. Bila kacang dal dah emput..Masukan ayam yg telah di gaul dgan serbuk kunyit dan sedikit cili blend
  4. Bila ayam dah masak masukkan, garam, sedikit gula, dan satu kiub pati ayam, kemudian masukkan sayur carot dan ubi kentang.
  5. Bila agak kentang dah lembut boleh masukkan sayuran lain seperti, kacang panjang, terong, bendi, dan sebijik buah mangga muda.
  6. Bila sayur dah masak, tutup api.
  7. Goreng bawang besaq, bawang putih.
  8. Cili kering, daun kari, daun pandan.
  9. Sedikit daun pudina, bila dah garing kautkan dan masukan kedalam dalca taid bersama dengan minyak yang digoreng dengan bawang tadi, dah siap.

Sumber: Nazatulshima Hashim dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

3. Resepi Dalca Ayam Buah Mempelam

Bahan-bahan

  • Kacang dal
  • Bawang merah
  • Bawang putih
  • Halia
  • Jintan manis dan putih
  • Daun kari
  • Rempah dua sekawan
  • Rempah kari daging
  • Santan
  • Cili padi
  • Tomato
  • Garam/gula

Cara buat Dalca Ayam Buah Mempelam

  1. Kacang dal rendam dan rebus sampai lembut.
  2. Tumis bawang merah bawang, bawang putih, halia, jintan manis dan putih, daun kari serta rempah 2 sekawan.
  3. Masuk rempah kari daging sikit, dan masuk ayam.
  4. Selepas itu, masuk air sikit dan masuk kacang dal, kentang terung dan mempelam masak sampai lembut.
  5. Then masuk santan dan letak cili hijau dan tomato.
  6. Rasakan garam gula sikit.
  7. Siap.

Sumber: Neza Mastura dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

4. Resepi Dalca Ayam Pakistan

Bahan-bahan

  • Bawang besar hiris2
  • Bawang putih (tumbuk)
  • Halia (tumbuk)
  • Rempah sekawan
  • Rempah kari
  • Daun kari
  • Tomato
  • Terung bulat
  • Kacang panjang
  • Lobak
  • Lada besar
  • Potongan ayam
  • Santan
  • Dalca yang dah direbus empuk

Cara buat Dalca Ayam Pakistan

  1. Tumis bawang putih & halia.
  2. Masuk bawang besar
  3. Masuk rempah kari
  4. Masuk ayam
  5. Masuk air dan biar mendidih.
  6. Masuk sayuran dan dalca
  7. Masuk santan
  8. Perasa garam.

Sumber: Fairuz Mazwa Harizal dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

Akhir kata

Semoga perkongsian resepi kali ini dapat memberi sedikit idea untuk mencuba sendiri nanti.

Jom semak resepi roti canai yang boleh dimakan bersama resepi ini.

Selamat mencuba!

Leave a Comment