4 Resepi Laksa Lemak Kelantan (Hanya Di Kelantan Sahaja)

Anda dah biasa dengar laksa Sarawak dan laksa Johor kan, kali ini kami kongsikan dengan resepi special berasal dari Kelantan iaitu resepi Laksa Lemak Kelantan. Apa yang membezakan resepi ini dari lain ialah kuah lemak putih yang digunakan didalam hidangan ini.

Jom kita try!

1. Resepi Laksa Kelantan

Bahan-bahan

  • Laksa Kelantan 1 kg

Bahan kuah

  • Ikan selayang /sardin 1 kg
  • Santan 1 kg
  • Air secukupnya
  • Bawang besar 3 biji
  • Bawang putih 5 ulas
  • Halia 2 inci
  • Lada hitam 1 sudu kecil ditumbuk
  • Asam keping secukupnya
  • Garam kasar
  • Ajinamoto
  • Gula

Bahan ulam

  • Timun
  • Daun salam / serai kayu
  • Kacang panjang
  • Limau nipia dibelah
  • Taugeh (saya tak letak kali ni)
  • Belacan (boleh letak jika suka)
  • Bahan sambal:
  • Cili padi merah
  • Cuka
  • Gula
  • Garam

Cara buat Laksa Kelantan

  1. Rebus ikan bersama asam keping dan garam kasar.
  2. Ambil isi ikan, kisar halus bersama-sama bawang besar, bawang putih, halia, santan dan air rebusan tadi.
  3. Sekiranya mahu, boleh kisar asing tulang ikan, dan tapis. Air kisar boleh dicampur sekali bersama kuah yang sudah dikisar tadi.
  4. Masukkan garam kasar, ajinamoto, gula dan lada hitam yang ditumbuk tadi. Sesuaikan rasa.
  5. Pastikan kacau kuah sentiasa, seeloknya guna kaedah ceduk dan curah. Ini bagi mengelakkan kuah daripada meruap dan berketul.
  6. Jika kuah berketul, blend semula kuah sekaligus. Tambah sedikit air jika terlalu pekat. Boleh ikut selera masing-masing bagi tahap kepekatan kuah.
  7. Jika sudah berpuas hati dengan tekstur dan rasa, boleh padamkan api.

Bahan ulam

  1. Kisar semua bahan sambal

Cara hidang

  1. Masukkan laksa ke dalam pinggan.
  2. Tuang kuah ke atas laksa.
  3.  Tabur ulam dan sambal.
  4.  Jemput makan.

Sumber: Nurjuwaini Aziz dari Berkongsi Ilmu Kuih Muih & Masakan (BIKMM)

 

2. Resepi Laksa Kuah Lemak

Bahan-bahan

  • 2.1 biji kelapa – ambil santan @ 1 kotak santan 200ml
    *7 ekor ikan sardin @ selayang rebus
    *2 ulas bawang merah
    *1 sudu teh lada hitam
  • 1 keping asam keping
  • Garam

Bahan ulam

  • Kacang panjang
  • Timun
  • Kobis
  • Taugeh
  • Bunga kantan
  • Sambal cili (blend cili kering dengan sedikit garam)

Cara buat Laksa Kuah Lemak

  1. Blend bahan yang bertanda *. Masukkan dalam periuk bersama santan.
  2. Masukkan bahan lain yang di atas, kacau sampai mendidih, jangan tinggal nanti berketul.
  3. Kemudian perasakan dgn garam..

Sumber: Zainab Abu Bakar dari Berkongsi Ilmu Kuih Muih & Masakan (BIKMM)

 

3. Resepi Laksa Kelantan

Bahan-bahan

Kuah

  • 1kg ikan direbus bersama garam, asam keping, sedikit belacan dan sedikit gula melaka.
    Bila dah siap masak, kisar isi ikan sehingga hancur.
  • 3 cawan santan
  • Bawang merah (dikisar)
  • Bawang putih (dikisar)
  • Halia (dikisar)
  • Sedikit serbuk lada hitam
  • Asam keping
  • Garam

Sambal lada (sambal mentah)

  • Cili kering yang direbus dan ditumbuk hancur
  • Sedikit garam
  • Sedikit belacan

Ulam-ulaman

  • Timun batang
  • Kacang panjang
  • Tauge
  • Daun kesom

Cara buat Laksa Kelantan

Kuah

  1. Satukan kesemua bahan ke dalam periuk.
  2. Masakkan di atas api yang sederhana panas.
  3. Kacau perlahan-lahan sehingga mendidih dan pekat. Jangan biarkan nanti kuah jadi berketul ketul.

Ulam-ulaman

  1. Kesemua ulam dipotong halus kecuali tauge.

Sumber: Zainoor Aliza Ali dari Berkongsi Ilmu Kuih Muih & Masakan (BIKMM)

 

4. Resepi Laksa Kuah Lemak Putih

Bahan-bahan

  • 1 paket laksa kecik kering

Kuah

  • 5 ekor ikan kembung
  • 2 asam keping
  • 1 biji bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 ketul kecik halia
  • ½ sudu makan lada hitam
  • 1 sudu teh garam
  • 1 ½ kotak santan
  • 2 cawan air

Ulam

  • 1 ikat daun selom
  • 5 batang kacang panjang
  • 1 ikat daun kesum
  • 1 kuntum bunga kantan
  • 1 mangkuk taugeh
    *** Semua ulam dihiris halus

Sambal Belacan

  • 2 cili merah
  • 10 cili padi
  • ½ sudu teh garam
  • 1 sudu teh belacan
  • 1 limau nipis
    ** Tumbuk semua bahan kecuali limau.
  • Bila semua bahan tumbuk lumat dan perah limau

Cara buat  Laksa Kuah Lemak Putih

  1. Rebus ikan letak garam & asam keping, asingkan isi dan tulang kemudian diblend dengan 2 cawan air rebusan ikan dan tapis ambil airnya. Isi ikan juga diblend dengan air tulang ikan tadi.
  2. Blend bawang besar, halia, bawang putih dan lada hitam.
  3. Dalam periuk campur isi ikan, bahan blend, asam,santan ,air, garam dan asam keping.
  4. Masak dan kacau selalu hingga mendidih perlahan dan kuah pekat. Sesuaikan rasa garam gula.

Sumber: Roselinda Jd dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

Akhir kata

Jika dah mahir buat resepi ini, tak perlu lagi dah nak ke Kelantan jika teringin.

Jom baca resepi Laksa Sarawak ini.

 

Leave a Comment