4 Resepi Acar Limau (Masam, Manis dan Pedas)

Anda mencari resepi acar limau? Jangan risau kali ini kami akan kongsikan dengan anda resepi acar limau yang anda boleh buat sendiri dirumah. Ye lah sekarang ini agak susah untuk kita mencari orang yang menjual acar limau, kalau yang ada pun tidak kena dengan selera kita.

Jom baca!

1. Resepi Acar Limau Kasturi

Bahan-bahan

  • Limau
  • Air
  • Garam
  • Bawang merah dan bawang putih
  • Cili
  • Halia

Bahan sampingan

  • Buahan kering
  • Kismis

Cara buat Acar Limau Kasturi

  1. Limau di bersihkan rendam dalam air yang bercampur garam dalam 15 minit atau lebih.
  2. Toskan belah dua petah air nya simpan dalam balang ketepikan dulu potong bawang merah bawang putih sikit cili dikisar halus dan halia di hiris halus .
  3. Limau yang dibelah tadi rebus hingga empuk kulit nya.
  4. Tumis halia yang di mayang hingga naik bau angkat ketepikan, sisa minyaknya tumis bahan kisar tadi hingga naik bau.
  5. Curahkan limau yang direbus tadi gaul dan masak dengan api perlahan masukan bahan sampingan seperti buahan kering ,kismis dan lain lagi, di gaul sekejap jangan sampai hangus
  6. Masukankan secawan air perahan limau tadi dan perisakan dengan garam dan gula gaul rata hingga kelihatan agak sedikit lembab matikan api pastikan acar masak.
  7. Tabur halia di goreng tadi dan gaul rata, biarkan semalaman.

Sumber: Hadiza Sion dari Berkongsi Ilmu Kuih Muih & Masakan (BIKMM)

 

2. Resepi Acar Buah Limau

Bahan-bahan

  • Buah pala dadu
  • Buah salak madu dadu
  • Halia diracik
  • cili padi hijau
  • Buah kurma (masuk last sekali setelah acar sedia dimasak)
  • Ceri campur potong slice (saya buang biji)
  • Buah limau kasturi
  • Limau nipis
  • Betik potong dadu
  • Bawang putih dan bawang merah
  • Anggur kering/kismis
  • Lobak masin/manis potong dadu

Cara buat Acar Buah Limau

  1. Tumis cili yang dikisar sehingga garing. Seeloknya acar adalah kurangkan penggunaan air. Minyak tumisan adalah nisbah 2kg:1kg cili.
  2. Setelah cili garing, masukkan gula terlebih dahulu diikuti lobak masin,bawang putih dan merah serta halia.
  3. Masak api perlahan. Gunakan air lebihan dari jerukkan bawang,lobak,dan halia.
  4. Setelah itu, masukkan buah limau kasturi dan limau nipis. Setelah masak,tutup api dan biarkan.
  5. Bahan bahan tadi mesra dalam periuk selama 48 jam atau dua hari. Masuk hari ketiga ,mulakan masak semula acar dengan diikuti buah-buah yang lain.
  6. Last sekali baru masuk kurma, cili padi, anggur kering dan bijan.
  7. Proses memasak acar ini selalunya berlarutan sehingga seminggu kerana setelah masak. Api ditutup. Biarkan dan esoknya panaskan lagi sehingga berulang ke tahap 4 atau 5 kali dipanaskan.

Sumber: Bunga Zunika dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

3. Resepi Acar Buah Limau Mertuaku

Bahan-bahan

  • Limau nipis
  • Daun jambu
  • Cuka
  • Bawang besar
  • Bawang putih
  • Cili kering
  • Gula
  • Air
  • Kismis
  • Kurma

Cara buat Acar Buah Limau Mertuaku

  1. Limau nipis rendam air biasa hingga bertukar warna, kemudian rebus limau dengan daun jambu untuk hilangkan pahit, selepas itu rendam cuka semalaman.
  2. Untuk menumis bawang besar, bawang putih, cili kering tumis hingga pecah minyak.
  3. Setelah pecah minyak masukkan cuka, gula dan sedikit air.
  4. Dah mendidih masukkan bahan yang kita suka seperti kismis, kurma, bawang kecil dan baanwg putih (celur dahulu) serta boleh masukkan bahan lain yang sesuai dan perasakan dengan garam.

Sumber: Ema Fatinah dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

4. Resepi Acar Limau

Bahan-bahan

  • Jintan manis
  • Jintan putih
  • Biji rempah
  • Halia
  • Bawang putih/merah/besar
  • Cabai kering
  • Cuka
  • Gula
  • Garam
  • Gula melaka
  • Buah kurma
  • Kismis
  • Jeruk campur
  • Biji sawi
  • Bijan
  • Cabai melaka

Cara buat Acar Limau

  1. Goreng jintan dan biji rempah, blend semua bahan goreng dulu dan sejat.
  2. Selepas itu blend cabai kering, bawang besar dan halia.
  3. Tumis bahan itu semua sampai wangi, masukkan kurma.
  4. Masukkan gula dan garam secukup rasa.
  5. Masukkan cuka, jeruk buah dan buah limau.
  6. Biar sampai mendidih, jangan tambah air nak bagi pekat.
  7. Masukkan biji sawi dan bijan.
  8. Baru masukkan cili padi.
    *limau tu kena rebus salin air 3 kali, last rebus dengna aiskrim soda dan air gula, guna minyak yang banayk untuk acar tahan lebih lama.

Sumber: Yanie Hashim dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

Akhir kata

Semoga dengan perkongsian resepi kali ini dapat memberi sedikit idea untuk mencuba resepi baru di rumah nanti.

Jom lihat resepi Acar Timun Tumis pula.

1 thought on “4 Resepi Acar Limau (Masam, Manis dan Pedas)”

Leave a Comment