4 Resepi Nasi Telur Terengganu (Menu Zaman Silam Istana Terengganu)


Resepi kali ini cukup jarang kita dengar, hanya boleh didapati di Terengganu sahaja. Resepi Nasi Telur Terengganu ini juga dikatakan berasal dari zaman silam istana Terengganu, dan boleh jumpa ketika pada hari raya sahaja.

Jom lihat bersama resepi unik ini.

1. Resepi Nasi Telur Terengganu

Bahan-bahan

  • Nasi putih
  • Hati lembu
  • Serbuk kunyit
  • Ikan masin
  • Udang kering
  • Telur

Cara buat Nasi Telur Terengganu

  1. Nasi putih dimasak macam biasa, terpulang nak guna beras basmati atau tidak.
  2. Hati lembu dan sedikit daging (boleh tukar hati pedal ayam daging) dikerat dadu kecil digaul dengan garam serta serbuk kunyit dan digoreng dengan sedikit minyak hingga kering dan garing.
  3. Ikan masin*
    -Udang kering*
    * digoreng garing dan ditumbuk/dikisar halus
  4. Telur sarang, goreng garing siap boleh ramas sikit untuk di gaul bersama nasi.
  5. Bila semua bahan dah siap (hati, ikan masin, udang kering dan telur) gaul semua itu ke dalam nasi putih.
  6. Jangan letak garam dahulu, sebab pada hati, ikan masin dan udang tu dah ada rasa masin. Selepas sebati semua bahan baru rasa kemasinan nasi.
  7. Siap untuk dihidang..
  8. Boleh dimakan/dihidang dengan kerutuk,gulai atau masak merah.

Sumber: Ahli Fiqhir dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

2. Resepi Nasi Telur Terengganu

Bahan-bahan

  • Beras Basmati 5 pot ( 10 – 12 org makan).
  • Garam
  • Pewarna kuning telur

Lapisan Telur

  • 10 biji Telur Ayam
  • Kicap pekat manis 1 sudu kecil
  • Garam

Lapisan Daging

  • 1/2 kg daging lembut (seeloknya batang pinang)
  • 1 labu bawang besar dimayang kecil
  • 1 inci kulit kayu manis
  • 3 bunga cengkih
  • 1/4 cawan Minyak masak
  • 1 sudu kecil gula
  • Garam

Bawang goreng

  • 20 ulas bawang merah kecil dihiris halus
  • 3 sudu besar minyak sapi (ghee)
  • 1/2 cawan minyak masak

Cara buat Nasi Telur Terengganu

  1. Telur digoreng mcm buatscramble egg & campur sesudu kecil kicap pekat manis & sedikit garam.
  2. Daging potong kecil. Rebus daging dengan air, kulit kayu manis & bunga cengkih. Bila air kering, masukkan bawang besar & minyak masak. Tambah gula & garam. Goreng sekejap sahaja.
  3. Campurkan minyak sapi & minyak masak untuk goreng bawang merah. Asingkan lebihan minyak bila siap goreng bawang.
  4. 5 pot beras dimasak guna 10 pot air. Masukkan secubit garam.
  5. Bila air nasi dah hampir kering titiskan pewarna kuning. Kemudian biarkan nasi masak.
  6. Dalam periuk besar, lapiskan nasi yg masih panas dgn daging, bawang goreng. Kemudian lapisan nasi, scramble egg, bawang goreng. Ulang sampai habis.
  7. Panaskan balik nasi yang dgn api kecil. Siram atas nasi minyak goreng bawang tadi. Panaskan nasi dalam 1/2 jam.

Sumber: Md Mx dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

3. Resepi Nasi Telur Terengganu

Bahan-bahan

  • Nasi putih
  • Hati lembu
  • Serbuk kunyit
  • Ikan masin
  • Udang kering
  • Telur ayam

Cara buat Nasi Telur Terengganu

  1. Nasi putih dimasak macam biasa, terpulang nak guna beras basmati ke apa ke.
  2. Hati lembu dan sedikit daging (boleh tukar hati pedal ayam) dikerat dadu kecil digaul dengan garam serta serbuk kunyit dan digoreng dengan sedikit minyak hingga kering dan garing. Kalau tak nak nasi jadi kuning boleh skip letak serbuk kunyit.
  3. Kalau guna hati ayam rebus dulu untuk buang rasa maung darah hati tu
    Ikan masin (saya guna isi ikan talang, senang dah tak payah buang tulang)
    Udang kering
    Telur ayam untuk dibuat kerak telur, kalau kat utara panggil telur sarang yang dimakan dengan laksa utara
  4. Bahan tanda * digoreng garing dan ditumbuk/dikisar halus.
  5. Bila semua bahan dah siap (hati, ikan masin, udang kering dan telur)gaul semua tu ke dalam nasi putih jangan letak gaream dahulu sebab kat hati,ikan masin dan udang tu dh ada rasa masin,lepas sebati semua bahan baru rasa kemasinan nasi.
  6. Boleh dimakan/dihidang dengan kerutuk,gulai atau masak merah.

Sumber: Qu Imah Mohamad dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

4. Resepi Nasi Telur

Bahan-bahan

Bahan nasi

  • Halia (tumbuk)
  • Bawang merah (mayang)
  • Garam (optional)
  • Majerin – untuk ditumis
  • Telur-2 bij (hancurkan dan goreng hingga garing pakai tapisan dalam minyak banyak)
  • Hati dan pedal- goreng garing (goreng kunyit)

Bahan kuah (ayam masak merah)

  • AYAM ( GORENG )Ayam goreng
  • Rempah kasar 3 sekawan
  • Bawang merah (mayang)
  • Lada giling
  • Bawang kisar
  • Sos tomato
  • Sos cili
  • Air asam jawa/asam keping
  • Gula
  • Garam

Bahan untuk acar (acar nenas)

  • Nenas
  • Lada giling
  • Air
  • Air asam jawa
  • Gula melaka/nisam
  • Garam (optional)

Cara buat Nasi Telur

  1. Untuk nasi tumis halia & bawang dengan majerin, letak garam sikit lepas tu tanak macam biasa.
  2. Sambil tunggu nasi masak, goreng hati & pedal hingga garing. Lepas tu goreng telur (ni bahan utama ) sebab tu dia kita panggil nasi telur.
  3. Hancurkan lepas tu masa nak goreng tu pakai tapisan. Minyak kena panas & banyak. Tunggu hingga dia jadi warna perang & rangup.
  4. Lepas siap goreng hati /pedal & telur. Potong kecik-kecik hati/ pedal tu. Tunggu nasi masak, kemudian gaul semua dalam nasi. Nasi siap.
  5. Kuah pulak, buat ayam masak merah macam biasa. Tapi resepi ummi, mmg akan letak rempah kasar 3 sekawan tu untuk nasi telur.
  6. Tumis rempah kasar & bawang. Masukkan lada giling. Tunggu hingga pecah minyak baru masukkan bawang.
  7. Selepas itu baru masukkan asam jawa, sos tomato & sos cili. Masukkan ayam. Perasakan gula garam, siap.
  8. Untuk acar, potong nenas. Ketepikan. Masak atas dapur, air( sikit jangan banyak sangat )  lada giling. Masukkan air asam jawa. Kacau. Masukkan nenas yang siap dipotong tadi. Masukkan gula melaka.
  9. Kemudian garam. Siap.

Sumber: Syazwina Nuzuamry dariMasak Apa Hari Ni (MAHN)

 

Akhir kata

Rare kan resepi kali ini. Memang jarang nak jumpa, hanya di Terengganu sahaja.

Jom lihat resepi dari Kelantan pula iaitu resepi Nasi Tumpang

Leave a Comment