3 Resepi Nasi Tumpang (Sarapan Popular Di Kelantan)


Nasi tumpang cukup sinonim dengan Negeri Cik Siti Wan Kembang. Jika anda datang ke sana, nasi tumpang ini selalu dimakan ketika waktu pagi. Walaupun cara pembuatan yang agak leceh tetapi nasi tumpang ini mempunyai peminat tersendiri. Kali ini kami ingin kongsikan beberapa resepi nasi tumpang untuk anda.

1. Resepi Nasi Tumpang Tradisi Kelantan

Bahan-bahan

  • ½ kg beras
  • 1000ml air
  • 6 helai daun pisang

Bahan Gulai Ikan+udang

  • 500gm ikan tongkol (rebus dgn garam dan asam keping)
  • 300gm udang
  • 2.5cm kunyit hidup – dikisar halus
  • 2.5cm lengkuas – dikisar halus
  • 6 ulas bawang merah – dikisar halus
  • 4 biji cili kering – dikisar halus
  • 500ml santan pekat
  • Gula secukup rasa
  • Garam secukup rasa

Bahan Telur Dadar

  • 5 biji telur ayam
  • 1 biji bawang besar – dimayang
  • 50gm daun bawang – dimayang
  • 1 biji cili merah – dimayang
  • Garam secukup rasa

Serunding/Sambal Ikan

  • Isi ikan rebus (buang tulang dan tumbuk).
  • Bawang putih, bawang merah ,halia, cili kering kisar. Asam keping, santan.
  • Garam dan gula secukup rasa.
  • Minyak untuk menumis.

 

Cara buat nasi tumpang tradisi Kelantan

  1. Nasi: Cuci beras hingga bersih dan masak bersama 1000ml air sehingga nasi itu lembut (seperti nasi himpit) kemudian biarkan ia suam. Ketepikan.
  2. Gulai: Semua bahan yang dikisar dicampurkan dengan santan, masak sehingga mendidih. Kemudian masukkan ikan & udang biarkan masak.
  3. Perasakan dengan gula dan garam secukup rasa. Kacau rata sehingga kuahnya pekat. Ketepikan.
  4. Telur dadar: Pecahkan telur dan campurkan bahan yang dimayang dan garam secukup rasa. Pukul sebati. Panaskan kuali dan goreng sehingga masak. Angkat dan ketepikan.
  5. Serunding ikan: Panaskan minyak dan tumiskan bahan kisar sampai masak. Masukkan santan, garam dan gula melaka dan asam keping. Masukkan isi ikan dan kacau sehingga kering dengan mengunakan api yang sederhana besar.
  6. Untuk membungkus nasi tumpang: Kelongsongkan daun pisang kemudian masukkan sambal ikan pastu nasi lembik 1/3 kelongsong tadi dan tekan hingga padat.
  7. Kemudian masukkan hirisan telur dadar. Masukkan satu lapis lagi tekan sehingga padat dan masukkan lagi lauk gulai ikan & udang
  8. Masukkan pula nasi ke atas lauk tadi dan bungkuskan. Sedia untuk dihidangkan.

Sumber: Wan Muhammad Hafiz Satar dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

2. Resepi Nasi Tumpang Air Tangan Menantu Kelantan

Bahan-bahan

  • ½ kg beras
  • 1 liter air
  • 6 helai daun pisang

Bahan Gulai Ikan

  • 4 ikan kembung
  • ½ kunyit hidup – dikisar halus
  • 1 inci lengkuas – dikisar halus
  • 6 biji bawang merah – dikisar halus
  • 4 tangkai cili kering – dikisar halus
  • 2 cawan santan pekat
  • Asam keping sekeping
  • Gula secukup rasa
  • Garam secukup rasa

Bahan Sambal Udang

  • Setengah kilo udang sederhana
  • 7 biji bawang merah – dikisar halus
  • 3 ulas bawang putih – dikisar halus
  • 7 tangkai cili kering – dikisar halus
  • Air asam jawa 3 sudu
  • Gula secukup rasa
  • Garam secukup rasa

Bahan Telur Dadar

  • 5 biji telur ayam
  • 1 biji bawang besar – dimayang
  • 2 tangkai daun bawang – dimayang
  • 1 biji cili merah – dimayang
  • Garam secukup rasa

 

Cara buat nasi tumpang

  1. Nasi: Cuci beras hingga bersih dan masak bersama 1 liter air sehingga nasi itu lembut (seperti nasi himpit) kemudian biarkan ia suam. Ketepikan.
  2. Gulai ikan: Semua bahan yang dikisar dicampurkan dengan santan, masak sehingga mendidih. Kemudian masukkan ikan biarkan masak. Perasakan dengan gula, garam secukup rasa & asam keping sekeping. Kacau rata sehingga kuahnya pekat. Ketepikan.
  3. Sambal udang: Tumis garing bawang dan lada. Masukkan air asam jawa 3 sudu. Masak sambal betul2 garing pecah minyak. Masukkan udang. Perasakan garam & gula. Ketepikan.
  4. Telur dadar: Pecahkan telur dan campurkan bahan yang dimayang dan garam secukup rasa. Pukul sebati. Panaskan kuali dan goreng sehingga masak. Angkat dan ketepikan.
  5. Untuk membungkus nasi tumpang: Kelongsongkan daun pisang kemudian masukkan nasi lembik 1/3 kelongsong tadi dan tekan hingga padat.
  6. Kemudian masukkan hirisan telur dadar. Masukkan satu lapis lagi nasi, tekan sehingga padat dan masukkan lagi lauk gulai ikan. Masukkan nasi tekan padat. Masukkan pula sambal udang. Masukkan nasi tekan padat. Masukkan pula serunding ikan kelantan atau serunding daging kelantan.
  7. Masukkan pula nasi ke atas lauk2 tadi dan bungkuskan. Sedia untuk dihidangkan.

Nota : Nasi tumpang Kelantan wajib ada serunding ikan/serunding daging.

Sumber: Siti Mazlyn dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

3. Resepi Nasi Tumpang / Nasi Tupe

Bahan-bahan

  • Nasi lembik
  • ½ kg beras
  • 1000ml air
  • 6 helai daun pisang(dilayur api) dan siap buat kelongsong.
  • Serunding daging

Bahan Gulai Ikan

  • 200gm ikan tingkol
  • 4cm kunyit hidup – dikisar halus
  • 5cm lengkuas – dikisar halus
  • 10 ulas bawang merah – dikisar halus
  • 8 biji cili kering – dikisar halus
  • 2 kotak santan pekat(saya guna santan kotak m&s)
  • Gula melaka secukup rasa
  • Garam secukup rasa
  • Sedikit perasa

Bahan gulai udang

  • ⅓ drpd bumbu tuk gulai ikan tadi kita simpan untuk gulai udang.

 

Cara buat nasi tupe

  1. 1. Nasi: Cuci beras hingga bersih dan masak bersama 1000ml air sehingga nasi itu lembut (seperti nasi himpit) bila menggelegak kacau sehingga nasi hancur. Kalau kurang boleh tambah sedikit air, kemudian biarkan ia suam. Ketepikan.
  2. Gulai ikan: ⅔ bahan yang dikisar ditumis sampai garing dan dimasukkan santan, masak sehingga mendidih. Kemudian masukkan ikan biarkan masak (ikan perlu direbus terlebih dahulu, rujuk dibawah cara merebus ikan)
  3. Masukkan sedikit air rebusan ikan tadi.
  4. Perasakan dengan gula dan garam secukup rasa.
  5. Kacau rata sehingga sebati. P/s : ikan rebus – susun asam keping dalam 7-8 keping dalam periuk, masukkan ikan tonggkol (1 ekor besar dipotong ) , masukkan 2 sudu garam, sebesar ibu jari gula melaka, 2 sudu besar cuka dan sedikit air..masak dgn api perlahan dan tutup.
  6. Gulai udang ⅓ bumbu tadi ditumis sehingga garing
  7. Masukkan santan sehingga menggelegak
  8. Masukkan udang, gula melaka, garam dan perasa. Siap.
  9. Untuk membungkus nasi tumpang: Kelongsongkan daun pisang kemudian masukkan nasi lembik 1 sudu ke dalam kelongsong tadi dan tekan hingga padat (picit sampai bawah).
  10. Kemudian masukkan ikan tongkol dan sedikit kuah. Masukkan satu lapis lagi tekan sehingga padat dan masukkan serunding daging dan masukkan nasi dan lauk gulai udang.
  11. Masukkan pula nasi ke atas lauk tadi (berselang seli ) dan bungkuskan. Guna pencungkil gigi tuk mencucuk atas kelongsong tadi. Sedia untuk dihidangkan.

Sumber: Sue Haiza dari share resepi dan petua berguna

 

Akhir kata

Jika anda ikuti kesemua langkah diatas mesti jadi nasi tumpang anda. Anda peminat makanan dari Negeri Pantai Timur? Jemput baca resepi laksam ini.

Selamat mencuba!

Leave a Comment