4 Resepi Kek Mentega (Butter Cake Moist, Ikut Sukatan Cawan)

Resepi kek mentega ini memang banyak di internet. Tetapi kadang-kadang resepi yang dicuba tidak menjadi. Jadi, kami kongsikan resepi yang mudah sahaja untuk anda. Ada tips sebenarnya untuk elak kek bentat!

Jom kita tengok.

1. Resepi Kek Mentega Sukatan Cawan

Bahan-bahan

  • 1 cawan mentega/marjerin
  • 3/4 cawan gula halus
  • 4 biji telur
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • 1 sudu makan ovalette
  • 2 sudu makan susu pekat
  • 2 cawan tepung kek naik sendiri
  • Pewarna

Cara buat kek mentega

  1. Kacau gula dan mentega menggunakan mixer sehingga halus. Masukkan telur sebiji demi sebiji, pukul sebati.
  2. Tambahkan esen vanila, ovalette dan susu pekat. Pukul sebentar.
  3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan kacau sebati setiap kali masuk.
  4. Bahagikan adunan kek kepada beberapa bahagian yang anda mahukan. Masukkan pewarna mengikut selera.
  5. Menggunakan loyang 7 atau 8 inci, gris loyang dan lapik dengan baking paper. Panaskan oven selama 10 minit dan bakar pada suhu 140-150c menggunakan api atas bawah atau mengikut kesesuaian oven.

Sumber: Hidayu SherZada dari Masak Apa Hari Ni

 

2. Resepi Kek Mentega Premium

Bahan-bahan

  • 2 cawan (240g) tepung kek
  • 2 sudu teh baking powder
  • 1/2 sudu teh garam
  • 1 cawan (230g) Goldenchurn  pada suhu bilik
  • 3/4 cawan (150g) gula putih
  • 1/2 cawan (100g) gula perang
  • 2 biji telur gred A
  • 4 biji telur kuning gred A
  • 1 sudu makan (15ml) ekstrak Vanila
  • 2/3 cawan (160ml) susu segar dicampur dengan 1 sudu makan cuka, dibiarkan selama 5 minit untuk menghasilkan buttermilk

Cara buat kek mentega

  1. Panaskan oven pada suhu 177°c. Sapukan 9 inci loyang dengan marjerin, letakkan parchment paper dan tinggalkan sebentar.
  2. Ayak tepung kek bersama baking powder dan garam dalam satu bekas. Biar sebentar.
  3. Pukul butter dalam kelajuan yang tinggi hingga berkrim dalam 1 minit.
  4. Masukkan gula putih dan gula perang, pukul selama 3-4 minit.
  5. Masukkan telur satu persatu, kemudian kuning telur dan esen vanila. Pukul dengan kelajuan sederhana hingga sebati.
  6. Perlahankan kelajuan mixer, masukkan tepung dan buttermilk berselang seli sehingga semua sebati.
  7. Bakar pada suhu 177°c selama 1 jam. Jika tidak masak sepenuhnya, tambah lagi 15-30 minit.

Sumber: Noraini Jaafar dari Masak Apa Hari Ni

 

3. Resepi Kek Mentega Oren

Bahan-bahan

  • 1/2 cawan mentega
  • 1/2 cawan marjerin
  • 2 cawan tepung naik sendiri
  • 3/4 cawan gula halus
  • 4 biji telur gred A
  • 1 sudu besar tepung jagung
  • 1/2 biji lemon zest
  • 3 sudu besar jus oren
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • 1 ketul kiub ais
  • Sedikit perwarna kuning

Cara buat kek mentega

  1. Pukul mentega, marjerin dan gula sehingga kembang. Masukkan telur satu persatu.
  2. Tuangkan lemon zest, masukkan tepung, jus oren, pewarna dan ais. Adun sehingga sebati.
  3. Bakar dengan api atas bawah berkipas pada suhu 180°c selama 40-45 minit.

Sumber: Dayangnorzanah Harun dari Masak Apa Hari Ni

 

4. Resepi Kek Mentega Marble

Bahan-bahan

  • 300g mentega
  • 250g gula halus
  • 6 biji telur gred B
  • 260g tepung gandum
  • 1 sudu kecil serbuk penaik
  • Sedikit coklat emulco
  • Sedikit strawberi emulco
  • Sedikit pewarna pink

Cara buat kek mentega

  1. Pukul mentega dan gula halus sehingga kembang.
  2. Masukkan telur satu persatu dan kacau sebati.
  3. Ayak tepung dan serbuk penaik. Masukkan tepung sedikit demi sedikit serta serbuk penaik. Putar sebati.
  4. Bahagikan adunan pada 3 bahagian dan letakkan pewarna.
  5. Bakar pada suhu 160°c selama lebih kurang 35-40 minit.

Tips: Ayak tepung banyak kali untuk mengelakkan kek jadi bentat.

Sumber: Fauziah Miskon dari Masak Apa Hari Ni

 

Akhir kata

Sekian perkongsian resepi kek mentega dari kami. Selain kek mentega, kami juga ada kongsikan resepi kek marble untuk anda.

Selamat mencuba!

Leave a Comment