Resepi Kek Marble Sukatan Cawan (3 Cara Buat Simple & Moist)

Selain kek batik, kek marble ini dikatakan antara hidangan yang memang evergreen, samada di kampung atau pun di bandar. Boleh dikatakan kek ini mempunyai ramai peminat tak kira usia. Sedap dimakan semasa minum petang atau pun sarapan pagi. Resepi kek marble memang mempunyai banyak variasi, di sini kami kongsikan beberapa resipi untuk anda.

Jom tengok resepi kek marble mudah untuk anda.

1. Resepi Kek Marble Sukatan Cawan

Resepi kek marble sukatan cawan

Bahan-bahan kek marble

  • 1 cawan gula kastor
  • 250g butter (pakai pure butter untuk rasa yang wangi dan lebih sedap)
  • 4 biji telur gred A
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 sk baking powder
  • Esen vanila
  • Serbuk koko

Cara buat kek marble sukatan cawan

  1. Mix butter dan gula sampai menjadi putih gebu. Masukkan esen vanila.
  2. Masukkan telur sebiji dan mix. Masukkan tepung sedikit dan mix.
  3. Ulang langkah 2 sehingga telur dan tepung habis.
  4. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian.
  5. Tuangkan serbuk koko pada 1 bahagian.
  6. Sendukkan adunan berselang-seli secara bertindih.
  7. Lorekkan bahagian atas dan hentakkan sedikit loyang.
  8. Gunakan loyang 7×7 inci dan bakar pada suhu 150 selama 50 minit.
  9. Tunggu sejuk baru terbalikkan kek dan potong. Siap!

Sumber: Erma Nur Shadila dari Masak Apa Hari Ni

 

2. Resepi Kek Marble Red Velvet

Resepi kek marble red velvet

Bahan-bahan kek marble

  • 5 biji telur gred A
  • 200g tepung gandum
  • 170g tepung kastor
  • 1 sk baking powder
  • 40ml susu segar
  • 1 sb ovelette
  • 1 sk esen vanila
  • 1 sb emulco red velvet
  • 130g marjerin (cairkan dahulu)

Cara buat kek marble Red Velvet

  1. Campurkan semua bahan kecuali marjerin.
  2. Mix sampai gebu putih.
  3. Masukkan marjerin dan mix sehingga sebati.
  4. Bahagikan pada 2 adunan, letakkan emulco red velvet pada satu adunan.
  5. Tuang adunan ke dalam loyang 8 inci.
  6. Bakar pada suhu 160 selama 90 minit api atas dan bawah.

Nota: suhu bergantung pada oven masing-masing. Resepi di atas menggunakan oven Khind 25 liter.

Sumber: Khairunnisa Mohammad dari Masak Apa Hari Ni

 

3. Resepi Kek Marble Moist dan Gebu

Resepi kek marble moist

Bahan-bahan kek marble

  • 5 biji telur Gred A*
  • 1 cawan gula halus*
  • 1 sk ovellet*
  • 1 1/2 cawan tepung naik sendiri
  • 1/2 cawan tepung sponge cake (ada jual di bakery)
  • 1 sk serbuk penaik
  • 1  sdk esen vanila/perisa pandan
  • 1 cawan susu pekat manis (boleh kurangkan jika tak suka manis)
  • 1 cawan butter yang dicairkan (boleh digantikan dengan minyak)

Cara buat kek marble moist & gebu

  1. Mix bahan bertanda * sehingga kembang. Masukkan susu dan mix sehingga sebati.
  2. Masukkan tepung yang telah diayak (mix dengan betul, perlahankan kelajuan sekejap dan kaup supaya rata)
  3. Masukkan minyak, mix secara perlahan dalam 3 pusingan kemudian berhentikan, hanya kaup sahaja. Jangan terlalu lama takut adunan menjadi cair.
  4. Tuangkan ke loyang 8 inci, bakar pada suhu 150 ke 180 dalam 40 minit sehingga masak.

Sumber: Aliah Rose dari Masak Apa Hari Ni

 

Akhir kata

Semoga resepi yang kami kongsikan ini boleh dijadikan panduan untuk anda. Jemput tengok resepi kek-kek lain seperti kek butterscotch dan kek mentega. Nak cuba donat gebu pun boleh juga.

Selamat mencuba!

Leave a Comment