3 Resepi Donut Gebu (Donat Lembut, Cara Buat Pun Simple)

Sebut sahaja donut, siapa sahaja akan tolak? Dari jualan di ceruk-ceruk kampung, sehingga ke bandar besar pasti akan ada donut lembut dan gebu. Sama ada dihasilkan mengikut resepi donut asli dan rupa asal; mahupun dimodenkan dengan pelbagai topping yang menarik seperti donut Big Apple, donat pasti menjadi pilihan ramai.

Jom kita try!

1. Resepi Donut Gebu

Bahan-bahan Donut Gebu

Bahan A

  • Yis Mauripan 1 paket
  • Susu Pekat 2 sudu
  • Air suam
  • Sedikit garam

Bahan B

  • Tepung Gandum 850g
  • Marjerin 4 sb

Cara buat Donut Gebu

  1. Bancuh yis mauripan dengan air suam setengah gelas tambah susu pekat 2 sudu besar
  2. Masukkan sedikit garam. Tunggu shingga yis naik & berbuih
  3. Tepung gandum digaul bersama marjerin, jangan terlebih agak-agak sahaja
  4. Masukkan bahan A, tambah sdikit air sehingga jadi doh
  5. Tunggu sehingga doh naik, dan buat bentuk bulat-bulat atau guna acuan donut
  6. Rehatkan sekejap doh yang sudah di bentuk
  7. Goreng dan toskan minyak kemudian letakkan topping mengikut citarasa sendiri

Tips:

  1. Bancuhan yis jangan guna air panas sangat nanti yis tak naik
  2. Topping cadangan: Gula castor/chocolate/chocolate rice/Nutella

Sumber: Eti Nur Syafiraa dari Masak Apa Hari Ni

 

2. Resepi Donut Lembut

Bahan-bahan Donut Lembut

Bahan A

  • 1 paket yis kering mauripan
  • 2 sb susu pekat
  • anggaran 1 cawan air suam
  • 2 sudu gula
    (Campur semua bahan A dan biarkan sehingga berbuih)

Bahan B

  • 4 cawan tepung gandum
  • 2 sudu besar marjerin
  • 2 sudu teh baking powder
  • 1 sudu teh garam
    (Ramas semua bahan hingga jadi seperti serbuk roti)

Bahan C

  • Setengah cawan susu Full Cream/Fresh Milk

Cara buat Donut Lembut

  1. Campurkan bahan A+B+C dan uli (kalau guna Breadmaker uli selama 30 minit)
  2. Bentukkan doh bulat-bulat dan buat lubang
  3. Apabila doh sudang mengembang dalam 2 kali ganda saiz asal, boleh mula menggoreng dengan api sederhana (pastikan minyak betul-betul panas)

Sumber: Nur Shuhada’ dari Masak Apa Hari Ni

 

3. Resepi Donut Simple

Bahan-bahan Donut Simple

  • 1/2 kg tepung gandum
  • 1/2 peket yis 11gm
  • 1 sb Ovallette/ kuning telur
  • 1 biji kuning telur
  • 1 sb gula
  • 1 sb planta/minyak
  • Secubit garam
  • Air dalam 1 cawan

Cara buat Donut Simple

  1. Larutkan 1 cawan air suam, yis, gula dan biarkan seketika
  2. Tepung gandum, planta, telur, garam dan Ovallette digaul sebati
  3. Masukkan larutan yis tadi. Uli sampai doh tak melekat di tangan. Kalau doh masih keras boleh tambah air sedikit demi sedikit
  4. Terus canai bentuk donut (tak perlu perap). Boleh guna acuan donut, atau tekap guna mulut cawan. Lubang tengah boleh guna penutup botol mineral atau penutup botol minyak besar
  5. Tabur tepung di talam supaya doh tidak melekat selepas kembang
  6. Selepas siap canai, biarkan kembang seketika dalam 10 ke 15 minit dan goreng

Sumber: Mar Che dari Masak Apa Hari Ni

 

Akhir kata

Mudahkan cara buat donut ni? Bahan-bahan juga mudah didapati entah-entah memang sudah ada di dapur.

Jika ingin mencuba kek-kek pula, boleh cuba resepi kek marble dan resepi kek batik

Selamat mencuba!

Leave a Comment