4 Resepi Donut Big Apple (Confirm Gebu dan Pelbagai Topping)

Siapa sahaja yang tidak gemar dengan donut dari Big Apple, terkenal dengan kelembutan serta pelbagai variasi topping yang ada. Anda mencari resepi donut big apple? Jom kami kongsikan dengan ada. Selepas ini tak perlu lagi nak beratur untuk beli donut jenama Big Apple ini.

Jom baca sampai habis.

1. Resepi Donut Ala-Ala Big Apple

Bahan-bahan

Bahan Doh

  • 250ml air sejuk (air yg dah disejukkan dalam peti ais)
  • 500g tepung gandum
  • ½ cawan marjerin @ ½ cawan minyak masak (boleh guna salah satu)
  • ½ cawan gula
  • ½ sudu makan ovalit
  • 2 sudu makan susu tepung
  • 6g yis kering

Filling & toppings

  • Filling & topping donut boleh dapatkan yang ready made dikedai bakeri.

Cara-cara (menggunakan Breadmaker Noxxa)

  1. Masukkan semua bahan diatas dimulakan dengan cecair dan diakhiri dengan yis kering ke dalam bowl breadmaker.
  2. Sekatakan dahulu bahan-bahan dan masukkan bowl kedalam mesin breadmaker dan tekan funtion doh.
  3. Biarkan mesin mengadun selama 30minit.
  4.  Selepas mesin berhenti, keluarkan doh dari bowl dan mula timbang doh ikut berat yang korang nak. (Berat yang diguna adalah 35g)
  5. Rounding kesemua doh sehingga licin permukaan atas doh.
  6. Biarkan doh kembang selama lebih kurang 30minit.
  7. Panaskan minyak.
  8. Bila minyak dah panas, baru lubangkan doh donut (lubangkan doh donut bila doh dah kembang @ beberapa minit sebelum digoreng).
  9. Goreng donut sehingga kekuningan dan angkat.
  10. *Kalau korang adun menggunakan tangan, masukkan bahan-bahan kering dahulu, gaul sekata semua bahan baru masukkan air sedikit demi sedikit sampai jadi doh.
    *Untuk dapatkan doh yg lembut, disarankan uli selama 45minit.tak sampai 45minit.

Cara-cara hias

  1. Jika filling donut beku, double boiler beberapa minit sehingga filling cair.
  2. Donut yg dah goreng tadi, celupkan separuh bahagian kedlm filling donut.
  3. Angkat dan hias ikut citarasa korang.
  4. Boleh guna topping badam, kuaci, coklat rice, sugar rice dan lain-lain ikut citarasa.

Tips:

  • Satu adunan blh dapat lebih kurang 20biji kalau korang timbng 35g.
  • Donut lembut gebussss macam big apple donut.

Sumber: Nurul Akma dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

2. Resepi Donut Ala Ala Big Apple(Topping)

Bahan-bahan

  • 800gm tepung roti
  • 200gm tepung gandum
  • 20gm garam
  • 120gm gula halus
  • 20gm yis
  • 2bj telur
  • 2sb susu pekat
  • 480ml air + ais ketul
  • 15gm improver
  • 80gm marjerin
  • 70gm shortening

Topping

  • 300gm Milk coklat beryls @ white choc beryls
  • 2sudu Cocoa butter @ shortening @ marjerin

Cara buat donut big apple

  1. Masukkan kesemua bahan kering kecuali garam dan putar sederhana.
  2. Kemudian masukkan telur berselang seli dengan susu dan air.
  3. Apabila dah jadi doh masukkan garam, shortening dan marjerin. Putar doh hingga licin selama 25 minit.
  4. Rehat 5 minit.
  5. Timbang doh 45gm, bulatkan doh dan rehatkan doh sekali ganda naik kemudian tekan lubang di tengah. Goreng dgn api sederhana. Biarkan sejuk dan sedia untuk dihias.

Cara buat topping

  1.  Cairkan coklat dan masukkan butter ikut kepekatan yang kita nak. Boleh hiaskan ikut kreativiti masing.

Sumber: Nurul Ashila Ahmad Sobri dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

3. Resepi Donut Big Apple(Tanpa Topping)

Bahan-bahan

  • 500gm tpg roti @ gandum
  • 65gm gula caster
  • 8gm yis
  • 7gm garam
  • 5gm cream super  (pilihan)
  • 3gm baking powder
  • 2 kuning telur
  • 60gm marjerin
  • 220ml air sejuk

Cara buat donut tanpa topping

  1. Campur semua masuk air uli hingga elastik.
  2. Perap doh hingga kembang dah kembang tumbuk buang angin.
  3. Bahagikan beberapa bulatkan canai leper, amik nozel tebuk tengah donut buat lubang.
  4. Dah bentuk biar naik 2x ganda baru digoreng, donut dibalikkn 2x saje mase mengoreng utk dapatkan ring kat donut.

Sumber: Sofia Abdul Halil dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

4. Resepi Donut Coklat

Bahan-bahan

  • 2 + 1/2 cawan air panas
  • 5 sudu besar gula
  • 5 sudu besar susu manis
  • 2 paket yis mauripan
  • 1 kg tepung gandum
  • 5 sudu planta
  • 2 sudu besar baking powder
  • 2 sudu kecil garam halus
  • minyak masak secukupnya

Chocolate sos

  • 1 cawan susu manis (kalau suka manis tambah lagi 3 sudu)
  • 1 cawan minyak
  • 3/4 cwn susu cair
  • 3/4 cwn serbuk koko

Cara buat donut coklat

  1. Bancuh air suam dengan gula & susu. Kacau sampai gula larut. Jangan panas jgn sejuk. Pastikan suam. Tambah 2 paket yis dan kacau. Peram sampai berbuih.
  2. Sementara tu, satukan tepung, baking powder, garam dan planta. Kacau guna hujung jari sampai jady mcm serbuk roti/breadcrumbs.
  3. Buat lubang tengah. Tuang adunan yis yang dah mengembang. Kacau sampai sebati.
  4. Uli sampai semua dah sebati. Tutup dengan tudung periuk atau tuala bersih yang lembab. Biar naik 2xganda selama 30 minit atau sejam.
  5. Tumbuk doh untuk keluarkan angin. Uli sikit dalam 10 minit. Bulatkan kecik dan buat lubang tengh. Susun jarak atas loyang yang dah disapu minyak. Biar naik 2xganda dalam 20 minit.
  6. Panaskan minyak. Slowkan api. Goreng sampai golden brown.

Cara buat chocolate sos

  1. Satukan semua dalam periuk. Kacau sampai sebati. Letak atas api slow dan kacau sampai pekat. Tutup api. Sejukkan.
  2. Celup donut dalam sos coklat. Hias ikut suka.

Sumber: Nur Fakhira Mohd Rosli dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

Akhir kata

Jangan lupa untuk cuba resepi ini dirumah. Pasti anak-anak suka dan jatuh hati.

Jom cuba pelbagai resepi donut yang ini pula. Kalau tidak pun, cubalah lain-lain resepi western yang anak-anak suka seperti aglio olio dan sup makaroni.

Selamat mencuba.

Leave a Comment