4 Resepi Sup Makaroni (Sihat dan Penuh Khasiat)

Jika anda mencari menu diet yang sihat, jom cuba resepi sup makaroni yang cukup mudah nak buat. Bukan itu sahaja resepi ini cukup dengan semua khasiat yang diperlukan. Resepi ini juga pasti memikat selera anak-anak anda.

Jom kita try!

1. Resepi Sup Ayam Makaroni Tumis Darat

Bahan-bahan

  • Ayam
  • Makaroni
  • Kentang
  • Halia
  • Sup bunjut
  • Bawang merah, bawang putih
  • Air
  • Garam, bahan secukup rasa, dan ajinomoto

Cara buat Sup Ayam Makaroni Tumis Darat

  1. Mula-mula rebus ayam dalam air.
  2. Jangan lupa masuk kan halia, ikut lah nak banyak dan sup bunjut.
  3. Bila ayam dah separuh empuk, masuk kan makaroni, sukatan dalam dua genggam penumbuk.
  4. Bila makaroni dah separuh kembang, masukkan kentang dalam rebusan tadi, jangan lupa garam, bahan secukup rasa, dan ajinomoto.
  5. Rasa asli dari rebusan ayam, sudah memadai bahan secukup rasa tadi.
  6. Untuk tumis darat pulak, panaskan kuali dengan sedikit minyak, bila minyak dah panas, tumis lah 3 sekawan ini sampai naik bau.
  7. Kemudian masukkan bawang merah dan bawang putih tumis sehingga garing dan naik kekuningan.
  8. Then, masuk kan bahan penumis tadi ke dalam sup yang siap masak, pastikan kentang empuk dan makaroni dah kembang dan lembut.
  9. Ada daun bawang dan daun sup, lagi padu.

Sumber: Jumalia Johari dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

2. Resepi Sup Makaroni

Bahan-bahan

  • 1 bngkus macaroni rebus sampai lembut letak garam & sedikit minyak masak, kemudian angkat dan toskan
  • 1 labu bwg besar hiris dadu
  • 1 sdb serbuk lada hitam kasar
  • 1 ketul pati kiub ayam
  • 1 inci halia potong mancis
  • Daun sup / bawang
  • 3’4 ketul isi ayam..
  • 1 batang carrot, potong kecil
  • 3 biji ubi kentang, potong kecil
  • Putik jagung
  • 1 bungkus sup bunjut
  • Sedikit buah pelaga
  • Kulit kayu manis
  • Bunga lawang
  • Air secukupnya
  • Bahan hiasan
  • Daun sup
  • Cili kicap
  • Bawang goreng

Cara buat Sup Makaroni

  1. Panaskan kuali letak sedikit minyak, kemudian tumis bawang, halia kacau sekejap dan masukkan sup bunjut dan bunga lawang, kulit kayu manis, buah pelaga, kacau sampai agak keperangan masukkan air secukupnya di ikuti ayam.
  2. Reneh sampai ayam agak lembut, isi ayam angkat toskan, kemudian carik isinya ketepikan.. Dalam sup masukkan ubi, pati kiub ayam, serbuk lada hitam reneh sekejap.
  3. Kemudian masuk carrot, garam dan sedikit gula utk seimbangkan rasa. Reneh sampai masak last sekali tabur sedikit daun bawang dan daun sup okey dah siap.

Sumber: Qasih Jue Aisya dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

3. Resepi Makaroni Sup Mamayana

Bahan-bahan

  • Makaroni
  • Bawang putih *ketuk dan cincang*
  • Bawang Holland (pilihan nak letak ke tak) *potong dadu*
  • Halia *mayang*
  • Sup bunjut
  • Dada ayam
  • Crab stick *potong ikut suka nak panjang mana*
  • Telur 3 biji  *dipukul*
  • Cendawan butang *cincang*
  • Carrot *potong dadu*
  • Ubi kentang *potong dadu*
  • Jagung whole kernel
  • Capsicum kalerful *potong dadu*
  • Serbuk Lada sulah dan lada hitam
  • Tepung jagung (optional)

Cara buat Makaroni Sup Mamayana

  1. Tumis bawang dan halia dengan sedikit minyak sahaja – sehingga kekuningan.
  2. Masukkan air secukupnya bersama sup bunjut dan dada ayam.
  3. Perisakan dengan garam, gula, lada sulah dan lada hitam. Kalau nak lagi umphhh boleh lah masukkan kiub pati ayam maggi 2 ketul.
  4. Asingkan dada ayam , dicarik dengan garfu supaya halus.
  5. Masukkan makaroni, rebus sampai kembang.
  6. Masukkan ubi kentang, cendawan, carrot, capsicum ,jagung, crabstick dan isi ayam yang telah dicarik.
  7. Biarkan sehingga mendidih.
  8. Masukkan telur sambil dikacau dengan cepat.
  9. Kalau suka nak pekat bolehla campurkan dengan tepung jagung (bancuh dengan air),

Sumber: Hazmah Hanafi dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

4. Resepi Sup Makaroni Sedap

Bahan-bahan

  • 200gm macaroni yang sudah direbus separuh masak
  • 1 bawang besar, potong dadu
  • 3 ulas bawang putih, cincang
  • 2 sudu rempah sup
  • Sedikit isi ayam dipotong kecil
  • 1 biji kentang dipotong dadu
  • 1 batang lobak merah dipotong dadu
  • Sedikit daun sup
  • 1/2 kiub pati ayam knorr
  • Garam secukup rasa

Cara buat Sup Makaroni Sedap

  1. Tumis bawang hingga layu.
  2. Masukkan rempah sup yang dicampur sedikit air(jadikan paste) untuk elak dari rempah cepat hangit
  3. Masak sehingga garing.
  4. Masukkan ayam dan kentang.
  5. Masak sehingga air ayam hampir kering.
  6. Masukkan air dan masukkan lobak merah.
  7. Bila kuah dah mendidih, masukkan macaroni dan taburkan daun sup.
  8. Tutup api dan tutup tudung periuk.
  9. Biarkan dalam 5 minit. Sedia untuk disantap.

Sumber: Nurul Sensitra dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

Akhir kata

Kalau anda merancang nak diet dan mencari menu makanan sihat, jangan lupa cuba resepi mudah ini.

Nakkan lagi resepi makaroni yang lain? Cuba resepi makaroni goreng ini pula. Kalau rajin, boleh tambah hidangan mushroom soup juga.

Selamat mencuba!

Leave a Comment