4 Resepi Egg Roll (Ada Tekniknya, Mudah Sahaja)

Resepi egg roll ini sangat menarik, ia boleh dijadikan sarapan, lauk untuk makan tengah hari dan juga makan malam. Cara nak buat egg roll ini juga sebenarnya mudah walaupun anda kena menggunakan teknik yang betul. Jangan risau, kami kongsikan caranya.

Jom kita try!

1. Resepi Egg Roll Chicken Floss Bread

Bahan-bahan

  • 200g air
  • 1 biji telur  gred B
  • 80g gula
  • 1 sudu kecil garam
  • 10g krim pelembut doh
  • 30g marjerin
  • 30g shortening
  • 11g / 1 paket yis mauripan
  • 500g tepung high protein

Cara buat egg roll

  1. Masukkan semua bahan ke dalam breadmaker dan tunggu 30 minit.
  2. Timbang doh dan bahagi kepada 250g setiap doh.
  3. Menggunakan loyang 9×11, buat teknik rounding. Letakkan di atas tangan, buat titik tengah dan bunjutkan ke tengah.
  4. Sebahagian lagi 250g buat teknik pusingan ke dalam. Tak perlu rehatkan doh.
  5. Minyakkan loyang, leperkan doh tadi sebesar size loyang sehingga rata.
  6. Cucuk doh menggunakan garpu untuk buang angin. Tunggu doh naik kemudian sapukan telur dan letak sayuran dan cili.
  7. Lalukan lagi sekali dengan telur kemudian taburkan bijan hitam dan putih.
  8. Bakar pada suhu 160°c selama 12 minit.
  9. Lapik baking paper, sapu rata mayonis dan susu pekat di bahagian dalam.
  10. Letakkan chicken floss dan sedia untuk digulung.

Sumber: Kak Miza dari Berkongsi Ilmu Kuih Muih & Masakan

 

2. Resepi Egg Roll Gyeranmari

Bahan-bahan

  • 4 biji telur
  • Lobak merah (dicincang halus)
  • Daun bawang (dipotong nipis)
  • Garam
  • Boleh diletakkan cheese atau seaweed

Cara buat egg roll

  1. Gaulkan semua bahan dan kacau rata.
  2. Panaskan kuali non-stick (kalau ada bentuk 4 segi lagi bagus) dengan api kecil.
  3. Tuangkan telur sedikit dan goyangkan kuali sehingga menutupi permukaan.
  4. Biarkan telur masak dan gulung. Tolak sambil gulung telur hingga ke hujung kuali.
  5. Masukkan pula sedikit telur dan masak seperti tadi tanpa mengangkat telur gulung pertama.
  6. Setelah telur masak, gulungkan lagi telur pertama ke dalam telur kedua, ulang sehingga telur habis.
  7. Potong mengikut citarasa anda dan sedia untuk dihidang.

Sumber: Azliana Abd Rahaman dari Masak Apa Hari Ni

 

3. Resepi Egg Roll

Bahan-bahan

  • 4 biji telur
  • Lobak merah (diparut)
  • Daun bawang / kacang panjang
  • Cili (dihiris halus)
  • Bawang merah (dihiris halus)
  • Garam
  • Lada hitam

Cara buat egg roll

  1. Pukul telur dan masukkan semua bahan-bahan lain.
  2. Panaskan minyak/mentega ke dalam flat pan. Tuangkan telur dan ratakan.
  3. Biarkan telur masak dan gulungkan. Tinggalkan di hujung dan tuang lagi baki telur dan gulung sekali dengan telur yang sudah dimasak. Ulang sehingga telur habis.
  4. Hiris dan sedia untuk dihidang.

Sumber: Khairunnisa Mohammad dari Masak Apa Hari Ni

 

4. Resepi Swiss Egg Roll

Bahan-bahan

  • Roll-up wrap Gardenia
  • 4 biji telur
  • Sosej/isi ayam/daging cincang
  • Bawang merah (dihiris halus)
  • Mayonis
  • Sos
  • Garam

Cara buat egg roll

  1. Pecahkan telur dan kacau.
  2. Panaskan minyak dan tuangkan telur di dalam kuali.
  3. Letakkan sosej dan bawang.
  4. Letak wrap di atas dan biar masak seketika.
  5. Angkat dan terbalikkan untuk masak lagi sebelah.
  6. Angkat dan letakkan sos dan mayo, gulungkan. Sedia untuk dimakan.

Sumber: Kartini Saari dari Masak Apa Hari Ni

 

Akhir kata

Sedap dan menyelerakan resepi egg roll ni, selepas ini boleh buat pula!

Bagi penggemar masakan telur, kami juga ada kongsikan resepi sup telur, resepi egg tofu dan resepi telur masak kicap.

Selamat mencuba!

Leave a Comment