3 Resepi Sup Telur (Cara Buat & Masak Yang Simple)

Kebiasaanya makan paling ringkas, itulah paling sedap untuk dimakan. Bila cakap tentang sup telur, nama menu pun dah cukup mudah. Apabila dimakan sekali bersama nasi panas, cukup membangkitkan selera. Resepi sup telur temasuk Chinese style ini juga senang untuk dibuat dan bahan-bahan yang digunakan juga amat mudah didapati.

Izinkan kami berkongsi resepi sup telur yang mudah ini.

1. Resepi Sup Telur Mudah

Bahan-bahan

  • Bawang merah
  • Bawang putih
  • Cili besar
  • Air
  • 1 Cube ayam knorr
  • Telur ( ikut berapa biji telur yang anda suka)
  • Garam
  • Suhun
  • Daun bawang

 

Cara buat sup telur mudah

  1. Tumis bawang merah, bwg putih dan cili besar potong.
  2. Masukkan air.
  3. Masukkan 1 cube ayam knorr.
  4. Bila mendidih pecahkan telur sebiji sebiji.
  5. Masukkan garam dan adjust rasa.
  6. Bila telur masak, masukkan suhun (rendam dulu 10 minit).
  7. Masukkan daun bawang.
  8. Tutup api.
  9. Siap.

Sumber: Zuriani Mat Arshad dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

2. Resepi Sup Telur Chinese Style

Bahan-bahan

  • Bawang putih (cincang halus)
  • Halia (cincang halus)
  •  Kiub pati ayam (tiada MSG)
  •  Filamen ketam (dihiris nipis)
  • Telur ayam (dibancuh)
  • Tepung jagung (dibancuh)

 

Cara buat sup telur Chinese style

  1. Panaskan air di dalam periuk; masukkan kiub pati ayam, bawang dan halia. Biarkan sehingga mendidih.
  2. Setelah air rebusan mendidih, isi filamen ketam dan biarkan masak.
  3. Kemudian, tuangkan bancuhan tepung jagung sedikit demi sedikit sehingga sup menjadi pekat.
  4. Kacau sup secara pusingan dan tuangkan bancuhan telur secara perlahan supaya telur tidak bergumpal.
  5. Tambahan perasa; secubit garam, sesudu kecil cuka, dan sesudu kecil kicap pekat.
  6. Sedia dihidang/dimakan bersama daun bawang & minyak bijan.

Sumber: Zurina Zulkefli dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

3. Resepi Sup Tauhu Telur Chinese Style

Bahan-bahan

  • Tauhu telur
  • Tepung jagung
  • Bawang putih -4 ulas
  • Lada hitam – 1/2 sk
  • Minyak bijan
  • Carrot
  • 1 Kiub pati ayam
  • Telur
  • Garam
  • Daun bawang/ketumbar

 

Cara buat sup tauhu telur chinese style

  1. Tauhu telur goreng dengan tepung jagung, salut kering dan terus goreng smpai keperangan.
  2. Bawang putih ditumbuk halus dan lada hitam tumbuk kasar.
  3. Tumis dengan 1 sudu kecil minyak bijan, dah naik bau masukkan air 1 1/2 cawan dan terus campak carrot dan 1 kiub pati ayam.
  4. Apabila dah mendidih masukkan telur yang dah dikocak 2 biji dan cepat-cepat  gaul, selepas itu masuk tepung jgung 1 sudu (bancuh dengan air sikit)
  5. Dah dapat kepekatan yang kita nak,  tutup api baru masukkan tauhu telur.
  6. Last,  tabur  sikit minyk bijan dan daun bawang/ketumbar.

Sumber: Nurul Jannah dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

Akhir kata

Walaupun cukup mudah ringkas tapi cukup berselera bila dimakan.

Untuk makanan Chinese style yang lain, jemput cuba dumpling, dim sum halal, mee wantan dan juga sup ketam.

Nak resepi berasaskan sup lagi? Jom baca pelbagai resepi sup yang kami kongsikan untuk anda ini.

Selamat mencuba!

Leave a Comment