4 Resepi Dumpling Ayam (Simple, Mudah & Sedap: Chinese Style)

Anda peminat dumpling ayam? Susah nak cari dumpling ayam yang betul-betul kena dengan selera anda di luar? Kali ini kami akan kongsikan dengan anda resepi dumpling ayam untuk anda cuba sendiri dirumah. Jimat poket anda!

Jom kita try!

1. Resepi Dumpling Ayam Rebus

Bahan-bahan

Doh

  • Tepung pulut dan Tepung gandum
  • Garam

Inti

  • Isi ayam
  • Bawang merah
  • Bawang putih
  • Bawang besar
  • Halia
  • Cili merah
  • Carrot
  • Daun selasih
  • Kiub pati ayam
  • Garam/gula
  • Secukup rasa

Sos kicap

  • Cili kering
  • Bawang merah
  • Bawang putih
  • Cili api

Cara nak buat dumpling ayam rebus

Untuk Doh 

  1. Tepung pulut dan tepung gandum (kuantiti saya lebihkan tepung pulut dari tepung gandum, dlm nisbah 2:1).
  2. Sedikit garam kemudian diadun bersama air panas sedikit demi sedikit, diuli smpai sebati dan kental sehingga mnjadi doh.
  3. Rehatkan doh dalam 10 minit atau sehingga doh sejuk untuk dibentuk.

Untuk Inti

  1. Isi ayam, bawang merah, bawang putih, bawang besar, halia, cili merah, Carrot, daun selasih (option), kube pati ayam, garam dan gula secukup rasa.
  2. Semua bahan diatas dikisar sehingga hancur.
  3. Masukkan hirisan daun kucai (option), boleh ganti dengan daun sup.

Sos kicap

  1. Cili kering, bawang merah, bawang putih, cili api, smua bahan digoreng kasar sehingga layu terkulai.
  2. Kemudian kisar, dan ditumis dengan minyak dan tambah sedikit air.
  3. Kemudian perasakan dengan kicap, gula, dan garam ikut citarasa tekak masing.

Sumber: Nazeerath Nsr  dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

2. Resepi Dumpling Ayam dan Sos Chinese Style

Bahan-bahan

  • Kulit Dumpling sis beli kat tesco je
  • Isi Ayam
  • Carrot cincang
  • Daun sup cincang
  • Bawang holland cincang
  • Garam secukup rasa
  • Minyak bijan
  • Lada sulah

Sos Chinese Style

  • Cili kering sangai dan kisar kering
  • Bijan
  • Bawang putih cincang
  • Garam

Cara buat dumpling ayam dan sos chinese style

Dumpling ayam

  1. Bahan semua tidak perlu masak hanya gaul sebati sahaja.
  2. Steam sahaja dumpling tersebut.

Sos Chinese Style

  1. Masukkan dalam satu mangkuk, panas kan minyak dalam kuali dan minyak panas  curah dalam mangkuk.

Sumber: Nurshahrina Ahmad Tarmizi dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

3. Resepi Sup Dumpling Ayam

Bahan-bahan

Inti dumpling

  • 2 cwn isi ayam
  • Bawang putih
  • Mix vege frozen
  • Daun bawang
  • Blackpepper
  • Garam

Sup

  • 1 genggam ikan bilis – rebus tapis, ambil air
  • 5 ulas bawang putih – tumbuk
  • 2 inci halia – tumbuk
  • 2 sb minyak untuk menumis
  • Garam

Chili Oil

  • 2 sb Minyak masak
  • 1 sb minyak bijan
  • 3 sb soy sauce
  • 3 ulas bawang putih – cincang
  • Chili flakes – guna yang nandos
  • Garam sikit

Cara buat sup dumpling ayam

Inti dumpling

  1. Mix je semua dalam processor. Kalau takde, tumbuk sikit bagi hancur.
  2. Kulit dia beli siap.

Sup

  1. Tumis bawang putih & halia. Masuk air rebusan ikan bilis tadi, tambah air kalau tak cukup.
  2. Dah mendidih masuk dumpling. Sampai dia timbul. Boleh masuk sawi sekali kalau suka.
  3. Last sekali masuk garam ikut tekak masing. Siap.

Chili Oil

  1. Tumis bawang putih bagi naik bau, masuk bahan lain. Tutup api.
  2. Siap.

Sumber: Sharinaz Redwan dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

4. Resepi Dumpling Ayam Goreng dan Sos Thai Homemade

Bahan-bahan

  • Carrot
  • Ubi kentang
  • Daun bawang dan daun sup
  • Ayam fresh kisar jadi halus
  • Dumpling pastri beli di pasaraya

Sos Thai Homemade

  • segengam cili kering
  •  5 / 6 ulas bawang putih
  •  2sudu sos ikan
  •  1cawan tepung jagung yang siap dibancah dgn air
  •  2sudu cuka masakan
  •  Air

Cara buat dumpling ayam

  1. Gaul semua bahan, tambah sedikit garam atau cukup rasa.
  2. Isikan dalam kulit dumpling, lipat dan terus goreng dengan api sederhana.

Sos Thai Homemade

  1. Rebus cili kering, dah siap rebus blend kan dgn bawang putih.
  2. Masak seketika atas api selepas itu masukkan sos ikan dan cuka, masukkan gula, garam dan secukup rasa.
  3. Selepas itu masukkan tepung jagung ikut pekat mana yg kita nak dan siap.

Sumber: Eyka Nahar dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

Akhir kata

Jangan lupa cuba resepi ini jika anda memang peminat dumpling ayam. Tak perlu cari lagi dah dekat kedai.

Yang minat makanan Cina atau Chinese style, bolehlah cuba dim sum, mee wantan dan juga sup telur.

Selamat mencuba!

Leave a Comment