4 Resepi Dimsum Halal (Resipi Beserta Sos)

Sejak dua menjak ini, semakin popular masakan tradisional kaum Cina ini. Ada juga yang mencari resepi dimsum halal untuk dibuat dan dijual. Di sini kami kongsikan resepi ini untuk anda.

1. Resepi Dimsum Halal Homemade Beserta Sos

Bahan-bahan inti

  • 6 ketul isi ayam
  • Isi udang
  • Lobak merah (dicincang)
  • 1 labu bawang holland (dicincang)
  • Daun sup
  • Lada hitam
  • Sos ikan
  • 1/2 cawan tepung jagung
  • Perasa (optional)
  • Sengkuang/kobis

Bahan-bahan kulit

  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 cawan tepung ubi
  • Garam
  • 1 sudu minyak

Bahan-bahan sos

  • 1 labu bawang putih
  • Cili besar merah
  • Cuka makan
  • Tepung jagung

Cara buat dimsum

  1. Untuk inti, gaulkan kesemuanya.
  2. Untuk kulit, gaulkan kesemuanya juga dan bahagikan kepada dua bahagian untuk warna kuning dan hijau.
  3. Letakkan perwarna kepada doh dan buatkan lubang. Masukkan inti ke dalamnya.
  4. Kukus sehingga masak.
  5. Untuk sos, kisar semua bahan dan masak seketika. Masukkan tepung jagung untuk pekatkan kuah.

Sumber: Murizah Mahmad dari Masak Apa Hari Ni

 

2. Resepi Dimsum Halal

Bahan-bahan kulit dimsum/wantan/siumai/dumpling

  • 250g wheat starch/tepung tang mein/tepung gandum
  • 80g tepung ubi
  • 200-220ml air panas mendidih
  • Sedikit garam
  • 1 1/2 sudu besar minyak masak

Cara buat kulit dimsum

  1. Dalam bekas, satukan wheat starch dan tepung ubi.
  2. Kemudian, masukkan air panas, garam dan minyak yang dicampur sekali sedikit demi sedikit sehingga adunan tidak melekat di tangan.
  3. Uli hingga sebati dan biarkan sebentar selama 20 minit di dalam bekas bertutup.

Bahan-bahan inti

  • 2 keping dada ayam
  • 12 ekor udang (dibuang kulit)
  • 2 sudu besar tepung jagung
  • 1 sudu besar kicap cair
  • 1 biji lobak (dipotong dadu kecil)
  • Sedikit daun bawang (dipotong halus)
  • 2 ulas bawang putih (dicincang/tumbuk)
  • Garam dan gula
  • 1 biji bawang merah (dipotong dadu)
  • 2 sudu kecil minyak bijan
  • 1 sudu kecil sos tiram
  • Sedikit lada sulah/lada hitam
  • Lada besar (dipotong kecil)
  • 1 biji telur ayam (dipukul dahulu)

Cara buat inti

  1. Kisar ayam dan udang sehingga hancur. Masukkan garam dan gula.
  2. Masukkan telur, lada sulah, minyak bijan, sos tiram dan semua sayur. Kacau sebati pakai senduk.
  3. Kukus kulit dimsum dan sediakan penggelek doh, acuan bulat dan inti.
  4. Ambil sedikit doh, bulatkan dan lenyekkan. Kemudian, tekan dengan acuan bulat.
  5. Letak sedikit inti dan mula melipat.
  6. Lapikkan dengan plastik di dalam pengukus dan kukus selama 5-7 minit, boleh juga digoreng.

Sumber: Tahrunnisah Jali dari Masak Apa Hari Ni

 

3. Resepi Dimsum Halal Simple

Bahan-bahan

  • Kulit dimsum readymade 
  • Ayam kisar Ramly
  • Serbuk lada hitam
  • Lobak (dicincang)
  • Garam
  • Tepung jagung
  • Udang cincang / isi ketam

Cara buat dimsum halal

  1. Gaulkan semua bahan inti.
  2. Potong kulit dimsum kepada dua bahagian dan masukkan inti. Lipatkan kulit dan letak air untuk menyaluti keseluruhan permukaan kulit.
  3. Kukus selama 15-20 minit. Sedia untuk dihidang bersama sos cili Thai.

Sumber: Nur Adiba Amira dari Masak Apa Hari Ni

 

4. Resepi Dimsum Halal Mudah

Bahan-bahan inti

  • Isi ayam
  • 1 batang lobak
  • 1/2 biji bawang Holland
  • 2 ulas bawang putih
  • Garam
  • Daun bawang
  • Daun sup
  • Cendawan shiitake
  • 3 sudu tepung jagung

Cara buat inti

  1. Kisar isi ayam, lobak, bawang Holland, bawang putih dan garam.
  2. Cincang halus daung bawang, daun sup dan cendawan.
  3. Campurkan bahan kisar dan bahan cincang. Gaulkan. Masukkan 5 sudu air dan tepung jagung.
  4. Perasakan dengan garam dan serbuk lada sulah.

Bahan-bahan kulit dimsum

  • 1 cawan tepung jagung
  • 1 cawan tepung gandum
  • 2 sudu minyak
  • Sedikit garam
  • 1 1/2 cawan air panas mendidih
  • Perwarna

Cara buat kulit dimsum

  1. Satukan semua bahan dan masukkan air. Kacau menggunakan sudu dan tunggu sehingga sejuk.
  2. Ulikan tepung sehingga cantik.

Sumber: Ajwa Abu Hasan dari Masak Apa Hari Ni

 

Akhir kata

Sekian perkongsian resepi dimsum halal dari kami. Selepas ini, anda boleh cuba untuk buat sendiri resepi ini.

Selamat mencuba!

Leave a Comment