3 Resepi Kuih Sepit (Kuih Kapit, Guna Alat Acuan & Sukatan Cawan)


Dahulunya jika membuat kuih sepit atau dikenali juga sebagai kuih kapit pasti menggunakan alat tradisional dan akan bakar melalui arang serta asap yang tebal. Tetapi pada zaman sekarang, kita boleh terus membeli alat acuan yang tersedia dipasaran. Mudah kan? Jom kami ingin kongsikan beberapa resepi kuih sepit/kuih kapit untuk anda.

1. Resepi Kuih Sepit (Guna Alat Acuan)

Bahan-bahan

  •  1 cawan tepung beras
  •  1¹/² Tepung gandum
  •  2 biji telur ayam
  •  1 Cawan gula
  •  Sedikit essen vanilla
  •  1 sudu teh garam
  •  3 cawan santan

 

Cara buat kuih sepit

  1. Satukan kesemua bahan dan kacau sehingga sebati (elakkan daripada kisaran tepung dan adunan daripada berbuih).
  2. Tapis adunan untuk mendapatkan adunan yang lebih halus.

Sumber: Noorfazlynna Fairus dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

2. Resepi Kuih Sepit/Kuih Kapit

Bahan-bahan

  • Tepung beras 1peket(500g)
  • Gula secawan (manis buah)
  • Telur 3bji
  • Santan

 

Cara buat kuih sepit

  1.  Campurkan bahan-bahan tadi, letak garam secubit santan.
  2.  Kacau sampai tepung takde biji.
  3.  Biji-biji dah tiada, sedia digoreng.
  4.  Panas kan minyak. Minyak dah betul-betul panas baru boleh masuk kan kapit.
  5. Kapit dah panas. Baru boleh goreng tepung.
  6. Dah siap masak.

Sumber: Rosma Hakiki dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

3. Resepi Kuih Sepit Berinti

Bahan-bahan

  •  1 kg tepung gandum
  • 450 gram gula pasir
  •  120 gram margerin Pelangi
  • 400ml santan pekat (kotak)
  • 4 biji telur A
  •  1500 Ml Air
  •  1 Sudu Besar Esen Vanila
  •  1 Sudu besar tepung jagung

 

Cara buat kuih sepit berinti

  1. Campurkan semua bahan. Kacau hingga sebati dengan menggunakan mixer.
  2.  Tapis.
  3.  Air bergantung pada kepekatan santan. Kalau santan terlalu pekat, letak air 1500 ml. Kalau santan cair letak air 1400 ml.
  4. Filling kuih kapit: Coklat filling, nutella, spread kacang atau peanut butter.

Akhir kata

Sekarang anda dah tahu kan buat kuih sepit atau kuih kapit, cukup mudah kalau dah ada mesin acuan.

Nak lagi resepi kuih melayu tradisional? Jom baca resepi kuih karas yang kami sediakan untuk anda.

Selamat mencuba!

Leave a Comment