3 Resepi Ayam Blackpepper (Ada Bakar, Kukus dan Masak Cendawan)

Ayam blackpepper ini pelbagai versi ada. Anda nak panggang, masak simple atau bakar semua boleh dibuat dengan blackpepper. Kali ini kami nak kongsikan beberapa resepi ayam blackpepper untuk anda.

Jom baca!

1. Resepi Ayam Bakar Blackpepper

Ayam seekor

Bahan-bahan

Bahan A

  • biji bawang besar
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1 kiub ayam knorr
  • 2 sudu serbuk lada hitam
  • 1 senduk kecil sos black pepper (dalam botol)
  • 1 sudu teh garam
  • 1 sudu makan gula
  • 100ml air

Bahan B

  • sudu madu
  • 3 sudu butter
  • 2 sudu besar mixed herbs @ daun oregano

Cara buat ayam bakar blackpepper

  1. Semua bahan A di atas kita kisarkan dia
  2. Perap sejam bersama bahan B atau lebih. Kemudian bakar suhu 200 selama sejam.

Sumber: Nurul Aini Mohamed Ali dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

2. Resepi Ayam Masak Blackpepper Cendawan

Bahan-bahan

  • Ayam separuh – dipotong
  • 1/2 pack cendawan segar – potong
  • 4 batang celeri – potong serong (optional)
  • Sayur pilihan
  • 1 inci halia – dihiris nipis
  • 2 biji bawang besar – potong empat
  • 5 ulas bawang putih – hiris nipis
  • 1 sudu teh serbuk lada hitam
  • 1 sudu kecil minyak bijan
  • 2 sudu kecil kicap manis
  • 2 sudu kecil sos tiram
  • 4 sudu besar minyak masak
  • Tepung jagung secukupnya sebab nak bagi pekat – bancuh dengan air sampai jadi pes
  • Garam dan gula secukup rasa

Cara buat ayam blackpepper cendawan

  1. Gaulkan ayam dengan garam, sos tiram dan goreng sampai separuh masak. Kemudian angkat dan ketepikan.
  2. Tumiskan bawang putih dan halia sehingga naik bau dengan menggunakan minyak ayam tadi, kemudian masukkan serbuk lada hitam dan kacau sehingga sebati.
  3. Kemudian masukkan ayam dan kacau seketika.
  4. Selepas itu, masukkan pula cendawan, celeri, sayur, minyak bijan, sos tiram dan kicap manis kemudian kacau sehingga cendawan menjadi sedikit layu.
  5. Tuang sedikit air, agak-agak je, kemudian masukkan sedikit pes tepung jagung supaya kuah menjadi pekat.
  6. Akhir sekali, perasakan dengan gula dan garam secukupnya.

Sumber: Watie Muhtar dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

3. Resepi Ayam Kukus Blackpepper

Bahan-bahan

  • 1 ekor ayam dipotong ikut suka
  • 2 inci halia dihiris nipis
  • 5 batang daun bawang daun sup dipotong ikut suka

Bahan perapan

  • 3 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu besar minyak bijan
  • 2 sudu lada hitam(ditumbuk)
  • 5biji bawang putih (diketuk)
  • 5biji bawang kecik (ditumbuk)
  • Garam gula secukup rasa

Cara buat ayam kukus blackpepper

  1. Gaul semua bahan dan lumur pada ayam perap lebih kurang 30minit.
  2. Panaskan kukusan pada api besar. Susun ayam atas pinggan kukusan.
  3. Taburkan halia dan daun bawang. Kukus sehingga empuk dan masak.

Sumber: Pura Latif dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

Akhir kata

Mudah sahaja resepi ayam blackpepper ini. Pelbagai versi ada, tinggal pilih nak cuba yang mana satu saja.

Jom baca resepi ayam bakar yang kami sediakan untuk anda ini.

Selamat mencuba!

Leave a Comment