3 Resepi Roti Titab Kelantan (Sarapan Pagi Ala Kopitiam)

Kalau anda datang ke Kelantan, wajib cuba roti titab. Memang cukup banyak dijual dan sangat popular di sana. Namun, tidak perlu sampai ke sana untuk merasa. Anda sebenarnya boleh buat sendiri di rumah untuk dimakan seisi keluarga terutama sekali ketika sarapan pagi. Bahan yang diperlukan pun mudah nak cari. Jom  kami kongsikan beberapa resepi roti titab ini.

Jom kita try!

1. Resepi Roti Titab

Bahan-bahan

  • Roti
  • 3 biji telur
  • Planta
  • Tin kaya
  • Serbuk lada putih
  • Serbuk lada hitam

 

Cara buat roti titab

  1. Telur (masak air sampai gelegak tutup api).
  2. Roti sapu planta bakar diatas pan (kuali leper).
  3. Sapu kaya.
  4. Pecahkn telur dan tabur dengan sedikit serbuk lada hitam dan serbuk lada putih.

Sumber: Tg Khuzanika dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

2. Resepi Roti Titab Ala Kopitiam

Bahan-bahan

  • Roti
  • Butter/Majerin
  • Telur
  • Kaya

 

Cara buat roti titab ala kopitiam

  1. Bakar roti dan sapu dengan butter/marjerin.
  2. Panaskan air dalam periuk selama 10minit. Matikan api.
  3. Masukkan telur dan biarkan dalam anggaran 5minit.
  4. Pecahkan atas roti.
  5. Letak kaya disetiap penjuru roti.
  6. Siap.

Sumber: Juju Minhad dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

3. Resepi Roti Titab

Bahan-bahan

  • Roti sandwich (saya guna Gardenia, disebabkn nipis jd kena letak 2-3 keping baru sedap)
  • Telur (dimasak separuh)
  • Planta or majerin, apa-apa jenama pun boleh
  • Kaya secukupnya

 

Cara buat roti titab

  1. Sapukan planta/majerin pada kedua-dua belah permukaan roti, kemudian bakar sehingga garing mengikut citarasa masing-masing.
  2. Siap bakar, letak atas pinggan, kemudian letak kaya ke setiap penjuru roti yang dibakar tadi.
  3. Pecahkan telur yangg dimasak separuh masak tadi di tengah roti tersebut dan siap.

Sumber: Emi Sabrina dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

Akhir kata

Mudahkan nak buat roti titab ini? Jangan lupa cuba di rumahya. Pasti berbaloi kerana tidak perlu keluarkan belanja yang besar. Ditambah pula dengan teh O mahupun kopi O, rasanya mesti macam di kopitiam.

Sekiranya anda peminat roti canai pula, kami ada kongsikan juga resepi roti canai untuk anda.

Selamat mencuba!

Leave a Comment