3 Resepi Agar Agar Kering Tradisional (Warna Warni & Kurang Manis)

Jika dahulu bila tiba Hari Raya sahaja agar agar kering adalah kuih yang wajib ada terhidang diatas meja. Kanak-kanak yang datang pasti teruja melihat agar agar kering yang berwarna-warni itu. Zaman ini jarang dah jarang lihat agar agar kering ini, tak ramai dah yang buat mungkin kerana pembuatan yang agak leceh sedikit. Kami ingin kongsikan beberepa resepi agar agar kering untuk anda.

1. Resepi Agar- Agar Kering Muda

Bahan-bahan

  • 2 paket agar-agar tali (24g)
  • 1/2 kilo gula
  • 1 peket gula batu
  • Air sukat guna plastik agar agar
  • Pewarna

Cara buat agar agar kering mudah

  1. Rebus agar-agar hingga hancur, masukkan gula dan gula batu.
  2. Apabila dah larut masukkan dalam loyang dan letakkan pewarna kegemaran.
  3. Bila dah sejuk dan keras boleh potong kecil-kecil dan jemur.
  4. Jemur 5-7 hari baru jadi bergula.

Sumber: Cikgu Yang Khalida Khalid dari Berkongsi Ilmu Kuih Muih & Masakan (BIKMM)

 

2. Resepi Agar-agar Kering Berperisa

Bahan-bahan

  • 60 gm agar-agar bertali
  • 1300 ml air
  • 150 gm gula batu – diketuk halus
  • 1200 gm gula pasir
  • Pewarna makanan dan perisa yang disukai

 

Cara buat agar-agar kering berperisa

  1. Basuh dahulu agar-agar dan rendam sebentar sehingga lembut. Tapis dan buang airnya.
  2. Masukkan air dalam periuk dan masukkan agar-agar. Masak sehingga agar-agar hancur dan sebati. Pastikan agar-agar benar-benar hancur.
  3. Masukkan gula batu dan gula. Kacau rata. masak sehingga gula batu hancur. Angkat dan bahagikan kepada beberapa bahagian mengikut warna dan perisa pilihan.
  4. Sejuk dan dan biarkan ia keras baru potong ikut bentuk pilihan anda. Anda boleh guna acuan untuk mendapatkan bentuk bentuk yang menarik.
  5. Jemur ditempat yang panas sehingga ia benar-benar kering dan bergula. Balik-balik sentiasa supaya ia kering sekata.

Nota:
ketuk dahulu gula batu bagi ia menjadi ketulan kecil supaya ia cepat hancur baru masukkan dalam periuk.

Sumber: Pae AF dari Berkongsi Ilmu Kuih Muih & Masakan (BIKMM)

 

3. Resepi Agar-Agar Kering

Guna sukatan botol mineral

Bahan-bahan

  • 60gm agar agar tali
  • 1500ml air (nak senang sukat guna botol air mineral besar)
  • 1500gm gula pasir/sekilo setengah
  • 250gm gula batu (sepaket)
  • Pewarna

 

Cara buat agar-agar kering

  1. Basuh agar agar, masukkan dalam periuk dan masak bersama air hingga agar agar cair.
  2. Masukkan gula batu dan gula pasir, tunggu hingga mendidih dan gula cair.
    **gula batu  kalau besar, tumbuk guna lesung batu dulu supaya senang nak cair masa masak nanti.
  3. Masukkan agar agar tadi kedalam loyang dan tambah pewarna, kacau sehingga sebati.
  4. Biarkan agar agar tadi keras dahulu, setelah keras, potong kecil dan jemur sehingga kering.

Sumber: Siti Hajar Hashim dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

Akhir kata

Jika anda ikut resepi yang kami kongsikan diatas, confirm jadi. Semoga perkongsian ini memberi sedikit idea untuk anda.

Anda peminat dessert yang lain? Jemput baca resepi puding karamel yang kami sediakan ini.

Selamat mencuba!

1 thought on “3 Resepi Agar Agar Kering Tradisional (Warna Warni & Kurang Manis)”

Leave a Comment