3 Resepi Kerepek Pisang Rangup (Pisang Tanduk & Nipah)

Kudapan yang seringkali kita makan ketika duduk depan TV, berkelah atau sebagainya tak lain tak bukan adalah kerepek pisang. Bila dah dapat kerepek pisang memang tak pandang kiri kanan dah, tak sampai beberapa minit boleh habis sebungkus kerepek pisang. Kali ini kami ingin kongsikan dengan anda beberapa resepi kerepek pisang yang rangup.

Jom kita try!

1. Resepi Kerepek Pisang Tanduk

Bahan-bahan

  • Pisang tanduk (nak guna pisang lain pun boleh)
  • Bawang putih
  • Majerin
  • Air garam (buat dalam semangkuk sekali goreng guna dalam sesudu sahaja)

 

Cara buat kerepek pisang tanduk

  1. Pisang tanduk yang sudah siap dibuang kulitnya.
  2. Lepas dah siang pisang sediakan minyak nak bersihkan getah dari tangan.
  3. Panaskan minyak dan, masukkan majerin lebih kurang dalam 1 cawan tunggu sehingga majerin betul-betul cair bersama minyak.
  4. Boleh mula sagat pisang ke dalam minyak panas tadi, pandai-pandai la adjust sagat tu, nipis-nipis baru rase rangup betul.
  5.  Lepas dah habis sagat dalam sebatang atau 2 batang bagi penuh sekuali tu.
  6. Gaul-gaul sikit kerepek lepas tu curah air garam dalam 1 sudu.
  7. Selepas dah masuk air garam tadi masukkan bawang putih yang dah siap dihiris nipis tdi dalam 2,3 ulas tak perlu banyak nanti hilang kemanisan pisang tapi bawang putih ni la yang jadi sedap rasa dia.
  8. Balik balikkan keerepek sampai ianya dah kekuningan dan nampak rangup atau garing.
  9. Angkat dan toskan minyaknya.
  10.  Okay dah siap.

Sumber: Rozita Mohd dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

2. Resepi Kerepek Pisang Manis

Bahan-bahan

  • Pisang nipah
  • Air gula
  • Minyak

 

Cara buat kerepek pisang manis

  1. Gula dimasak hingga larut.
  2. Sejukkan dulu.
  3. Pisang dikupas dan disagat.
  4. Masukkan pisang yang disagat kedalam air gula.
  5. Selepas itu goreng. Dan siap.

Sumber: Huda Mokhtar dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

3. Resepi Kerepek Pisang Abu Nipah

Bahan-bahan

  • Pisang muda
  • Serbuk kunyit
  • Garam
  • Marjerin

 

Cara buat kerepek pisang abu nipah

  1. Satu sikat pisang muda.
  2. Kupas kulit, bersihkn dan tos.
  3. Gaul serbuk kunyit, garam, majerin (majerin untuk bagi kerepek lagi rangup).
  4. Gaul sebati, panaskan minyak masak,  sagat, dan masak sehingga garing keemasan

Sumber: Bunga Mekar IR dari Berkongsi Ilmu Kuih Muih & Masakan (BIKMM)

 

Akhir kata

Sekian perkongsian resepi kerepek pisang beserta tips untuk mendapatkan kerepek pisang yang rangup dan tahan lama.

Anda mencari resepi goreng pisang yang rangup? Jom baca kami sediakan resepi goreng pisang untuk anda.

Selamat mencuba!

Leave a Comment