3 Resepi Bubur Kacang Hijau (Sedap Dimakan Semasa Sejuk)


Bubur kacang hijau jika dimakan ketika sejuk boleh terasa sampai ke tekak rasa dia. Bukan itu sahaja bubur kacang hijau juga sesuai dimakan dicicah dengan roti putih memang membangkitkan selera. Selain bubur jagung, kali ini kami nak kongsikan beberapa resepi bubur kacang hijau pula.

1. Resepi Bubur Kacang Hijau Simple

Bahan-bahan

  • 1 paket kacang hijau
  • Santan
  • Gula melaka
  • Garam dan gula

Cara buat bubur kacang hijau

  1. Masukkan 1 paket kacang hijau kedalam periuk dan direbus sampai nampak pecah kacang.
  2. Masukkan santan ke dalam periuk.
  3. Masukkan gula melaka.
  4.  Secubit garam.
  5.  Gula secukup rasa.

Sumber: Sara Qeesyara dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

2. Resepi Bubur Kacang Hijau Marvelousss

Bahan-bahan

  • Kacang hijau setengah kilo
  • Santan rm4
  • Gula 4 senduk
  • Sedikit garam

Cara buat bubur kacang hijau

  1. Goreng kacang tanpa minyak sampai berubah warna. Perlahankan api. Dah berubah warna basuh kacang dan toskan, dan masukkan air kedalam periuk sampai kacang tenggelam.
  2. Rebus sampai kacang pecah, bila kuah kacang dah terlalu pekat, buangkan sedikit dan tambahkan air baru, sukatan agak-agak sampai kacang hancur.
  3. Masukkan sedikit garam, bila kacang dah pecah masukkan gula 4 senduk, dah cukup rasa dan masukkan santan. Kacau biar sebati, biarkan 4 minit. Tutup api, dan siap.

Sumber: Shikin Suzhairi dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

3. Resepi Bubur Kacang Hijau (Hirisan Halia)

Bahan-bahan

  • 1/2 kilo kacang hijau
  • 2sdb beras pulut
  • Hirisan halia
  • 2 cawan air
  • 2sdb sagu biji
  • Daun pandan
  • 1 cawan gula merah
  • 1/2 kotak santan

Cara buat bubur kacang hijau

  1. 1/2kg kacang hijau di rendam semalaman. Toskan.
  2. Rebus kacang hijau ini dengan 2 sdb beras pulut dan hirisan halia sampai kembang.
  3. Bila sudah empuk masukkan 2 cawan air, 2 sdb sagu biji dan daun pandan.
  4. Rebus lagi. Masukkan 1 cawan gula merah. Kalau hendak manis boleh tambah gula putih.
  5. Kacau sehingga gula larut. Masukkan 1/2 kotak santan (100ml) dan garam. Kacau lagi. Kalau pekat boleh tambah air.
  6. Masak lagi dan rasa manis dan masin. Dah siap.

Sumber:Hjh Anie dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

Akhir kata

Senangkan buat bubur kacang hijau ini. Janga lupa cuba resepi mudah ini dirumah.

Nak resepi dessert yang lain, jom baca resepi serawa durian ini pula.

Selamat mencuba!

Leave a Comment