3 Resepi Ikan Singgang Kelantan & Terengganu (Sedap & Mudah)

Lauk ikan singgang ini boleh dikategorikan sebagai comfort food jika anda teringin untuk makan lauk yang tidak terlalu berat. Paling menarik resepi ikan singgang juga cukup mudah nak buat dan tidak banyak bahan yang diperlukan. Lauk ini cukup popular di Kelantan.

Kali ini kami kongsikan beberapa resepi ikan singgang atau singgang ikan untuk anda.

1. Resepi Ikan Singgang Kelantan

Bahan-bahan

  • Ikan tongkol/ ayo (ore kelate panggil)
  • Asam keping
  • Bawang putih
  • Bawang merah
  • Lengkuas
  • Cili
  • Bendi
  • Gula melaka
  • Gula pasir sikit

Cara buat ikan singgang Kelantan

  1. Masuk air dalam periuk,
  2. Letak atas dapur gas, buka api
  3. Masuk semua bahan .
  4. Perasakan. Siap

Sumber: Syaa Fikaa dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

2. Resepi Singgang Ikan Aya/Tongkol

Bahan-bahan

  • 5 potong ikan tongkol
  • 1 inci lengkuas – dihiris nipis
  • 1 inci kunyit hidup – dihiris nipis
  • 2 ulas bawang putih – dihiris nipis
  • 2-3 keping asam gelugor
  • 3-4 biji cili padi – diketuk
  • 5 batang bendi
  • 1 inci kunyit hidup
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Perasa (Boleh tambah jika suka)
  • Air secukupnya

Cara buat singgang ikan tongkol

  1. Masukkan air secukupnya ke dalam periuk.
  2. Apabila air mendidih,masukkan bahan-bahan yang telah dihiris nipis dan kunyit.
  3. Kacaukan dan masukkan pula ikan tongkol, asam gelugor, cili padi dan bendi.
  4. Akhir sekali, masukkan garam dan gula secukupnya. Kacau sebati dan boleh tutup api

Sumber: Shai Anne Ahemed dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

3. Resepi Singgang Ikan Terengganu

Bahan-bahan

  • Ikan (apa sahaja -tongkol/tenggiri/kembung)
  • Air
  • 5 ulas bawang putih
  • 7 hirisang lengkuas
  • 7 hirisan kunyit
  • 5 keping asam gelugur
  • Garam/Gula
  • Bendi
  • Lada kecil
  • Tomato

Cara buat singgang ikan Terengganu

  1. Ikan cuci bersih, potong beberapa bahagian.
  2. Masukkan dalam periuk, letak air tinggi sedikit dari paras ikan.
  3. Kemudian masukkan 5 ulas bawang putih (belah dua), 7 hirisan lengkuas, 7 hirisan kunyit.
  4. Masukkan juga 5 keping asam gelugur, garam secukup rasa, gula sikit. Buka api.
  5. Bila dah mendidih letakkan bendi, lada kecik dan hirisan tomato, biarkn seketika kemudian tutup api, dan boleh hidangkan.

Sumber: Naziah Mustaka dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

Akhir kata

Semoga dengan perkongsian resepi kali ini dapat memberi sedikit manfaat untuk anda.

Gemar makan sup? Jemput baca resepi sup ikan merah yang kami sediakan untuk anda.

Selamat mencuba!

Leave a Comment