3 Resepi Makaroni Goreng (Cara Buat & Masak Macaroni Simple)

Bila dah jemu makan nasi, apakata anda cuba resepi makaroni goreng di rumah. Pasti anak-anak akan suka dengan resepi ini. Pelbagai versi makaroni goreng yang anda boleh buat sebenarnya. Jika dah tekak melayu mesti wajib bergoreng kan?

Jom baca sampai habis resepi makaroni goreng yang kami kongsikan untuk anda.

1. Resepi Makaroni Goreng Kesukaan Anak-Anak

Bahan-bahan

  • 400g makaroni – rebus
  • 10 sb cili kisar
  • 5 ulas bwg putih – kisar
  • 1 labu bwg besar – kisar
  • 3 sb tomato puree
  • 6 sb sos tomato
  • 3 bj telur
  • 200 g daging kisar
  • 1 mangkuk udang/fishball/fishcake
  • 1 sb garam
  • Daun sup
  • Bawang goreng

 

Cara buat makaroni goreng

  1. Tumis bawang, cili kisar, tomato puree dan sos tomato sampai naik minyak.
  2. Masukkan daging kisar, udang, garam. Kacau sebentar. Masukkan telur, kacau sebentar.
  3. Masukkan makaroni, gaul rata. Tutup api, tabur daun sup dan bawang goreng.

Sumber: Zarinah Abu Yazid dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

2. Resepi Makaroni Goreng Pedas

Bahan-bahan

  • 200 gm makaroni (rebus-letakkan sedikit garam dan minyak semasa merebus)
  • 1 mangkuk kecik udang
  • 1 labu bawang besar holland *
  • 3 ulas bawang putih *
  • 2 sdb sos tiram
  • 3 sdb kicap manis
  • 3 sdb cili sos
  • 1 kiub ayam knorr
  • 2 sdb cili kisar
  • Brocolli potong kecil
  • Carrot potong mancis
  • Kobis
  • Cili flakes, daun sup daun bawang hiris
  • Garam
  • Gula

 

Cara buat makaroni goreng pedas

  1. Panaskan sedikit minyak. Tumis bahan bertanda** dan cili kisar hingga naik bau.
  2. Masukkan isi ayam/daging/udang. Tambahkan sedikit air. Tunggu sehingga ayam/daging/udang masak.
  3. Masukkan semua sos, garam, gula dan kiub ayam. Gaul sekata.
  4. Masukkan sayur. Biarkan sekejap untuk melembutkan sayur.
  5. Akhir sekali boleh masukkan makaroni, daun kucai dan gaul rata. Tabur cili flakes, bawang goreng dan daun sup hiris utk hiasan.

Sumber: Rozmaliza Omar dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

3. Resepi Macaroni Goreng Simple

Bahan-bahan

  • 1 paket makaroni kimball
  • 1 labu bawang holland dicincang
  • 2labu bawang putih dicincang
  • 1paket sosej
  • 1paket bebola ikan
  • 1paket burger ayam ramly dicincang dadu
  • 1 tin sos kimball tradisional
  • 4 sudu makan sos cili
  • 4sudu makan sos tomato
  • 4sudu makan sos tiram
  • 4sudu makan serbuk cili
  • 4 sudu makan rempah kari
  • 4 sudu makan lada hitam
  • 4sudu makan oregano
  • 4 sudu makan kicap lemak manis jalen
  • 1 paket cendawan
  • 1paket sayur campur kecik
  • 1 tangkai daun ketumbar
  • 4sudu makan gula
  • 1 sudu kecil garam
  • 2 sudu makan cukup rasa
  • 1 kuib ayam

Hiasan

  • Daun pasley
  • cheese pamersan

 

Cara masak macaroni goreng simple

  1. Sosej, burger ayam ramly, bebola ikan digoreng dahulu kemudian ketepikan.
  2. Dalam minyak yang sama masukkan bawang besar tumis sehingga kuning, masukkan bawang putih dah kuning masukkan pula serbuk cili dan serbuk kari.
  3. Masukkan air rebusan makaroni sedikit jangan banyak boleh agak-agak,  kemudian masukkan sos kimball, sos tomato, sos cili,dan sos tiram.
  4. Kemudian dah mendidih masukkan sosej, burger ramly dan bebola ikan. Perasakan dengan gula, garam, cukup rasa serta kuib ayam selepas itu masukkan sayur campur dan cendawan.
  5. Akhir sekali masukkan makaroni kacau dan siap. Taburkan daun ketumbar atau daun pasley.

Sumber: Noor Khadijah dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

Akhir kata

Mudahkan nak masak makaroni goreng ini? Jangan lupa cuba di rumah untuk keluarga dan anak-anak.

Kalau teringin resepi western yang lain, boleh cuba spageti karbonara juga yang dimasak menggunakan Prego.

Nak resepi mee goreng ala mamak? Jemput baca resepi mee goreng mamak yang kami kongsikan ini.

Selamat mencuba!

Leave a Comment