7 Resepi Mee Goreng Mamak Sedap (Cara Buat Simple & Mudah)

Resepi mee goreng mamak ini cukup simple. Cara buat dan masak mi goreng mamak ini cukup mudah dan sedap. Kalau kena bahan-bahan dan adunannya, rasa macam makan di Penang pula.

Jom kita try!

1. Resepi Mee Goreng Mamak

Resipi mee goreng mamak

Bahan-bahan

  • Ayam/udang/sotong (ikut suka nak letak apa)
  • Tauhu kering
  • Sayur sawi
  • Tomato
  • Kuah kacang/kuah sate
  • Sos tiram
  • Kicap
  • Cili boh
  • Mee kuning
  • Bawang merah
  • Bawang putih

Cara buat Mee Goreng Mamak

  1. Tumis bawang merah dan bawang putih kemudian masukkan ayam/sotong/udang. Masukkan cili boh tumis sampai pecah minyak.
  2. Masukkan tauhu kering, sos tiram dan kuah kacang. Tumis lagi sehingga naik bau.
  3. Masukkan mee kuning, kicap, tomato dan sayur. Bubuh garam gula dan perasa secukupnya.
  4. Siap!

P/s : Kalau malas buat kuah kacang, beli je kuah kacang yang kat dalam tin.

Sumber: Afiafifah Afwan dari Berkongsi Ilmu Kuih Muih & Masakan (BIKMM)

 

2. Resepi Mee Goreng Mamak Basah dan Pedas

Resepi mee goreng mamak basah

Bahan-Bahan

  • 600g Mi kuning
  • 1 Bawang besar
  • 5 Ulas bawang putih dikupas dan dihancurkan
  • 1 Tomato dihiris
  • 3 biji telur saiz besar
  • 2 cili hijau dihiris
  • 2 tauhu dipotong kecil
  • 10 fish ball dipotong separuh
  • Sawi
  • 3 sudu besar sos tiram
  • 3 sudu besar kicap pekat
  • 3 sudu besar bawang goreng
  • 2 sudu besar kacang tanah gorend dan dikisar kasar
  • 2 cawan air (cawan pengukuran)
  • Garam secukup rasa

Bahan untuk dikisar

  • 8 ulas bawang putih
  • 1 bawang saiz kecil
  • 15g ikan bilis
  • 5g udang kering
  • 5 cili kering (sesuaikan mengikut keinginan anda)

Cara buat Mee Goreng Mamak Basah dan Pedas

  1. Dalam kuali masukkan minyak. Sebaik sahaja minyak panas tambah bawang putih yang dihancurkan dan goreng sehingga aromatik.
  2. Kemudian masukkan bawang yang dihiris dan goreng sehingga keperangan.
  3. Masukkan tauhu dan bebola ikan. Anda boleh menambah apa-apa bahan-bahan lain seperti udang, sotong, etc mengikut citarasa sendiri.
  4. Goreng bahan-bahan hingga warna keemasan.
  5. Masukkan bahan-bahan yang dikisar dan tomato. Kacau hingga sebati.
  6. Masak sampai pecah minyak. Sebaik sahaja pecah minyak, tuang 2 cawan air dan biarkan ia mendidih.
  7. Sebaik sahaja ia mula mendidih tambah telur. Biarkan sebentar dan kacau perlahan-lahan.
  8. Kemudian tambah mi, sos tiram, kicap pekat dan garam secukup rasa. Garam biar kurang sikit dari biasa sebab ada udang kering dan ikan bilis dalam bahan-bahan yang dikisar tadi.
  9. Kacau hingga sebati dan biarkan hingga mi masak
  10. Sebaik sahaja mi telah masak dan air sudah berkurangan, masukkan bawang goreng, cili hijau dan kacang tanah yang telah dikisar.
  11. Kacau hingga sebati. Mee Goreng Mamak sedia untuk dihidangkan.

Sumber: Shahmlah JD dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

3. Resepi Pes Mee Goreng Mamak

Resepi pes mee goreng mamak

Bahan-bahan

  • 1 kg kacang dal
  • 1/2 kg kacang tanah
  • 100 gram cili kering
  • 100 gram UDANG GERAGAU

Cara buat Pes Mee Goreng Mamak

  1. Goreng semua bahan dalam minyak yang banyak.
  2. Kemudian kisar semua bahan yang dah digoreng. Tumis bahan yang dikisar hingga naik minyak.
  3. Tambah garam dan gula secukupnya.

Sumber: Adnan Bin Mat Abu dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

4. Resepi Mee Goreng Mamak Mudah & Simple

Resepi mee goreng mamak mudah & simple

Bahan-bahan

  • Tahu goreng
  • Fish cake
  • Bawang putih/bawang merah
  • Cili kisar
  • Mee kicap
  • Sos tiram
  • Serbuk perasa
  • Telur
  • Udang

Cara buat Mee Goreng Mamak Mudah & Simple

  1. Tauhu goreng dulu asingkan, fish cake/fish ball goreng dulu asingkan.
  2. Minyak yang sama goreng udang/sotong asingkan.
  3. Tumis bawang merah/putih guna minyak yang sama.
  4. Dah naik bau masukkan cili blend dalam 2 sudu cili dah garing masukkan air sikit -sikit dalam satu cawan.
  5. Masukkan kicap mee & sos tiram, tidak perlu tambah garam sebab kicap mee dengan sos tiram dah masin.
  6. Dah mendidih terus letak mee dulu.
  7. Kacau sampai mee agak masak pecahkan telur dulu (guna 2biji) dan kacau.
  8. Last sekali bubuh bahan goreng tadi udang, fish cake, dan tauhu.

Sumber: Nisa Adb dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

5. Resepi Mee Goreng Mamak Simple

Resepi mee goreng mamak mudah

Mee goreng mamak mempunyai peminat yang tersendiri terutam sekali di Pulau Pinang atau Penang. Bagi yang tidak tahu, yang membezakan mee goreng mamak dengan mee goreng biasa adalah mee goreng mamak mempunyai lebih banyak sajian sampingan yang terdiri daripada kuih rojak dan telur yang dipecahkan.

Bahan-bahan

  • Mee goreng (untuk paket 1/2kg)
  • Bahan kisar
  • Cili kering
  • 1 biji bwg bsr
  • 3-4 ulas bawang putih
  • 1 sudu besar udang kering (pilihan, tak letak pun tidak mengapa)

Bahan A

  • 2 sudu besar  sos tiram
  • 2 sudu besar sos tomato
  • 3 sudu besar sos cili
  • 2 sudu besar kicap pekat manis
  • Kicap cair manis (letak ikut pada kehitaman mee yang kita nak)
  • Garam
  • 1 sudu besargula (jika pedas boleh letak untuk seimbangkan rasa pedas, jika masak tidak pedas tidak perlu letak)
  • Isi ayam
  • Fish cake

Bahan B

  • 4 – 5 biji telur (jika masak mee 1kg guna 9-10 biji telur, kalau kurang nanti tidak bersalut, kalau guna telur gred A, boleh kurangkan sebiji)
  • Mee
  • Sawi
  • Tauge
  • Hirisan cili merah (guna cili api merah dan belah  tgh)

 

Cara masak mee goreng mamak simple

  1. Tumis bahan kisar smpi pecah minyak.
  2. Masukkan bahan B satu persatu, masak  sampi bahan sebati dan cukup rasa, baru masukkan telur.
  3. Kocak-kocak sekejap terus masukkan mee.
  4. Gaul sampi bersalut dengan bahan-bahan, dan terakhir baru masukkan sayur.

Sumber: Ziera Xiera dari Masak Apa Hari Ni

 

6. Resepi Mee Goreng Mamak Sedap

Resepi mee goreng mamak sedap

Bahan-bahan

  • 1 bungkus mee kuning
  • 1 biji bawang besar (hiris)
  • 4 ulas bawang putih (cincang)
  • 1/2 mangkuk isi ayam
  • 2 sudu besar cili boh
  • 5 tauhu kering
  • 1/2 biji lobak
  • 1/2 mangkuk sayur
  • 5 biji cherry tomato
  • 1 biji telur
  • Garam secukup rasa
  • 3 sudu besar kicap manis
  • 1 sudu besar sos cili
  • 1 sudu besar sos tiram

 

Cara buat mee goreng mamak sedap

  1. Tumis bawang merah dan bawang putih sehingga wangi.
  2. Masukkan cili boh dan masak sehingga pecah minyak.
  3. Masukkan isi ayam, tauhu dan lobak kacau sehingga masak.
  4.  Masukkan semua bahan sos, garam dan sedikit air
  5.  Masukkan mee, sayur dan telur kacau sebati.

Sumber: Hurun’Iin Malik dari Masak Apa Hari Ni

 

7. Resepi Mee Goreng Mamak

Resepi mee goreng mamak simple

Bahan-bahan

  • Mee kuning satu bungkusan

Bahan A

  • Telur 5biji
  • Bawang merah 1 labu dihiris mayang

Bahan B

  • Bahan-bahan kisar
  • Bawang merah sebiji
  • Bawang putih 6ulas
  • Belacan
  • Cili kering

Bahan C

  • Isi ayam
  • Fish cake
  • Cucur mamak
  • Tepung gandum 2 cawan, tepung beras 1 cawan, tepung jagung ¼ cawan, yis ¼, gula 2 sudu besar, garam dan air
  • Perap setengah jam selepas itu  goreng dengan minyak panas

Bahan D

  • Kicap pekat 3 sudu besar
  • Kicap ABC 2 sudu besar
  • Sos tiram 1 sudu besar
  • Sos tomato 1 sudu besae
  • Sos cili 1 sudu besar
  • Pati ayam/perasa atau garam

 

Cara buat mee goreng mamak

  1.  Panaskan minyak pecahkan telur,bila telur dah goreng asingkan.
  2.  Letak minyk 2 sudu besar, masukkan bawang merah. Bila bawang merah dah naik bau,masukkan bahan B.
  3.  Tunggu sampai pecah minyak baru masukkan bahan C.
  4. Apabila bahan C dah masak masukkan pula bahan D.
  5. Tunggu sampai pecah minyak. Bila dah pecah minyak masukan setengah cawan air, biarkan mendidih.
  6. Selepas itu  masukkan mee kuning, masukan telur, cucur mamak, sawi atau kubis.
  7. Terakhir masukkan taugeh dan cili merah.
  8. Siap.

Sumber: Rani Genga dari Masak Apa Hari Ni

 

Akhir kata

Mee goreng mamak memang sedap apabila dimakan panas-panas memang boleh membuka selera. Biar berpeluh, asalkan merasai nikmat mi goreng yang cukup sedap.

Kalau tak mahu pedas, boleh kurangkan cili. Lebih sesuai untuk anak-anak.

Untuk resipi mee yang lain-lain, jemput baca resepi mee goreng basah, Maggi goreng dan juga mee goreng simple.

Selamat mencuba!

Leave a Comment