4 Resepi Maggi Goreng (Simple & Sedap, Macam Kedai Mamak)

Siapa sahaja yang tidak suka dengan maggi, makanan segera yang paling mudah nak buat jika kita lapar di tengah malam atau tiba-tiba lapar. Kalau di kedai mamak maggi goreng merupakan menu popular yang dipesan oleh kita semua kan? Kali ini kami akan kongsikan dengan anda resepi maggi goreng untuk dicuba di rumah.

Jom baca sampai habis.

1. Resepi Maggi Goreng

Bahan-bahan

  • Maggi 3bungkus, rebus separuh masak toskan
  • 1 biji bawang merah saiz besar potong kasar
  • Lobak potong memanjang
  • Daun sup atau daun kucai
  • Cili jika suka
  • 3 sudu makan cili boh atau cili kisar
  • Garam, gula, kicap manis dan kicap masin
  • Udang/sotong jika suka
  • Minyak.
  • Telur sebiji.
  • Perencah maggi guna 1peket

Cara buat Maggi Goreng

  1. Panaskan minyak, masukkan cili kisar, bawang dan lobak.
  2. Bila dah pecah minyak, masukkan kicap bahan perasa, perencah maggi kari/ayam, udang/sotong, dan kacau dalam 3minit.
  3. Masukkan mee tadi, kacau sebati, api slow, dan pecahkan telur.
  4. Tunggu 3minit baru kacau, masukkan daun bawang dan cili. Siap

Sumber: Nana Sabrina Sarsan dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

2. Resepi Maggi Goreng Ala Thai

Bahan-bahan

Bahan tumbuk

  • Bawang merah – 3 biji
  •  Bawang putih – 3 ulas
  • Cili padi – 5 biji

Bahan hiris

  • Daun limau purut – 5 helai
  • Daun kucai – 3 ikat (optional)
  • Daun ketumbar – 3 helai

Bahan lain

  • Maggi – 1 bungkus (dicelur)
  • Telur ayam – 1 biji
  • Kiub pati ikan bilis – 1/2
  • Air limau nipis – 1/2 biji
  • Udang @ sotong
  • Sos ikan – 2 sudu besar
  • Sos tiram – 2 sudu besar
  • Chili flakes – 2 sudu besar
  • Maggi cukup rasa – 1 sudu kecil

Cara buat Maggi Goreng Ala Thai

  1. Panaskan kuali & masukkan minyak masak.
  2.  Masukkan telur & kacau seketika, angkat & asingkan.
  3. Masukkan bahan tumbuk & kacau.
  4. Masukkan sos ikan + sos tiram + daun limau purut + kiub pati ikan bilis + udang @ sotong.
  5. Kacau sebati & masukkan pula jus limau nipis.
  6. Masukkan maggi yang telah dicelur & kacau sebati.
  7. Taburkan pula maggi cukup rasa + daun kucai & telur yang telah digoreng.
  8. Kacau sebati & biarkan seketika.
  9. Masukkan pula hirisan daun ketumbar & chili flakes.
  10. Tutup api & sedia untuk dihidang.

Sumber: Adilah Razak dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

3. Resepi Maggi Goreng Tom Yam

Bahan-bahan

  • Bawang putih tumbuk kasar
  • Bawang Holland belah 4
  • Isi ayam, udang
  • Daun limau purut
  • 3kiub tomyam
  • Minyak utk menumis.

Cara buat Maggi Goreng Tom Yam

  1. Masukkan air 3cwn (agak-agak) jangan banyak sangat takut kembang maggi.
  2. 4 keping maggi kering.
  3. Slowkan api.. Masak sampai maggi tu lembut, sementara itu boleh letak sayur (sentiasa gaul takut air kering).

Sumber: Wafiza Amir dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

4. Resepi Maggi Goreng Cili Padi

Bahan-bahan

  • 3 ulas Bawang putih*
  • 4 ulasbawang kecik merah*
  • 1 biji bawang Holland dadu
  • 6 batang cili padi merah*
  • 2 paket Maggi di rendam air paip hingga kembang dan tos airnya
  • 2 biji tomato hiris
  • 6batang crab stik potong 5
  • 8 biji meatball potong 4
  • 2sudu makan sos tiram
  • 1sudu makan kicap pekat karamel
  • Garam secukup rasa jika perlu
  • Sedikit minyak untuk menumis

Cara buat Maggi Goreng Cili Padi

  1. Bahan bertanda * ditumbuk halus dan tumis hingga wangi dan garing.
  2. Kemudian masukkan meatball, sos tiram, kicap pekat karamel dan sedikit air hingga meatball masak.
  3. Kemudian baru masukkan crabstik dan tomato hiris, kacau rata kalau nak masukkan sawi pun boleh.
  4. Masukkan Maggi tadi aduk rata dah siap.

Sumber: Ropiah Sedek dari Berkongsi Ilmu Kuih Muih & Masakan (BIKMM)

 

Akhir kata

Mudah kan nak buat resepi ini. Bila dah tahu step tak perlu lagi dah nak order dekat kedai mamak. Buat sendiri lagi jimat.

Untuk resepi mee yang lain, jom baca resepi mee goreng mamak.

Selamat mencuba!

Leave a Comment