4 Resepi Telur Bungkus (Simple Tapi Mengenyangkan)

Resepi telur bungkus ini nampak je simple, tapi bila dah makan boleh bertambah nasi. Bahaya juga sebenarnya resepi yang simple seperti ini kan? Kali ini kami kongsikan dengan anda resepi telur bungkus yang mudah nak buat. Jom kita try!

1. Resepi Telur Bungkus Ayam

Bahan-bahan

  • Isi ayam cincang
  • Sayur campur
  • Bawang holland
  • Bawang putih.
  • Cili kisar sedikit
  • Sos cili
  • Sos tiram

Cara buat Telur Bungkus Ayam

  1. Caranya panaskan minyak. Tumis bawang putih bila dah naik bau masukkan cili kisar, tumis cili hingga agak garing.
  2. Masukkan sos cili dan sos tiram. Kacau sekejap. Masukkan isi ayam. Selepas itu masukkan sedikit air untuk masak ayam.
  3. Masukkan sayur campur dan bawang holland.
  4. Masak hingga kuah agak kering dan masukkn garam dan perasa, dah cukup rasa tutup api dan siap.

Cara untuk bungkus

  1. Panaskn kuali. Pukul telur guna 2 biji telur.
  2. Bila kuali dah betul panas. Masukkan sedikit minyak.
  3. Golek kan kuali biar minyak rata sepenuhnya pada kuali.
  4. Selepas itu boleh  slow kan api paling kecil, curahkan telur dan golek telur bagi penuh kuali.
  5. Bila nampak telur agak separuh masak ditengah masukkan ayam tadi. Tunggu hingga telur dah masak. Lipat kiri kanan telur tu.
  6. Ambil pinggan letak atas telur tu dan terbalikkan kuali pada pinggan. Siap.

Sumber: Eriyka Syhka dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

2. Resepi Telur Bungkus Simple

Bahan-bahan

  • Sebj bawang holand
  • Sebj tomato
  • Sedikit caret
  • 3 ulas bawang putih
  • Semuanya di potong dadu
  • Sdkit isi ayam di cincang
  • Sdkit daun bawang di hiris
  • Perasa gula dan garam
  • Sdkit sos ikan, sos cili, sos tiram dan cili kisar.
  • 3bj telur di pukul sdkit dengan garfu

Cara buat Telur Bungkus Simple

  1. Panaskan sedikit minyak dan tumiskn bawang putih.
  2. Masukkan isi ayam, kacau. Kemudian masukkan cili kisar, sos cili, sos ikan dan sos cili.
  3. Masak sampai agak kering sikit, kemudian masukkn lobak, masak sampai lobak agak lembut, diikuti bawang holland dan tomato.
  4. Masukkan gula dan garam secukup rasa. Tutup api, last sekali masukkan daun bawang.
  5. Untuk  telurnya panaskn kuali masak telur dadar, kemudian letakkan inti dan bungkus.
  6.  Siap.

Sumber: Roslina Omar dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

3. Resepi Telur Bungkus Thai Ala Warigh

Bahan-bahan

  • Dada ayam potong-potong

Bahan tumis

  • Bawang besar setengah biji
  • Bawang putih 2 ulas
  • Cili api 5-8 biji
  • Lada banggala sikit
  • *Black papper
  • *Lada sulah
  • *Tomato
  • *Lobak
  • *Sos tiram
  • *Sos Ikan
  • *Sos cili
  • *Daun bawang

Cara buat Telur Bungkus Thai

  1. Korang tumiskan dulu bahan tadi, dah pecah minyak baru masukan ayam.
  2. Lepas tu masukkan bahan yang bertanda *
  3. Semua ni agak-agak. Jangan banyak sangat bahan sebab nanti koyak telur.

Sumber: Syafiq Ramli II dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

4. Resepi Telur Bungkus

Bahan-bahan

  • Isi ayam – di potong kecil,
  • 1/2 biji tomato potong dadu
  • 1 biji bawang merah
  • 1 biji bawang putih
  • 1/2 sudu cili kisar
  • 1 sudu besar sos cili
  • 1 sudu kecil sos ikan
  • garam dan gula secukup rasa
  • Sayuran ikut citarasa
  • Carrot, timun, nenas, bunga kobis

Cara buat Telur Bungkus

  1. Goreng ayam menggunakan sikit minyak hingga keperangan.
  2. Masukkan bawang, cili kisar, dan tomato., sos ikan dan sos cili. Kacau hingga masak.
  3. Masukkan garam dan gula. Kacau sikit dan biarkan hingga kuah pekat.
  4. Tutup api dan ketepikan.
  5. Setel lauk ni part telur pulak.
  6. Pecahkan 2 biji telur, campakkan sedikit garam dan kacau dengan garfu.
  7. Tuangkan telur dalam kuali panas dari tepi pusingkan menjadi bulat
  8. Golekkan kuali agar telur nipis dan rata.
  9. Perlahankan api dan masukkan isi ayam.
  10. Lipat penjuru telur dadar hingga menutupi isi telur bungkus.
  11. Hati-hati  masa terbalikkan telur.
  12. Tekapkan pinggan di atas kuali. Terbalikkan kuali hingga telur di atas pinggan.

Sumber: Rina Azmi dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

Akhir kata

Mudahkan resepi ini. Kalau dah kering idea untuk masak, boleh cuba resepi telur bungkus ini.

Jom baca resepi sup telur yang sungguh berkhasiat ini.

 

Leave a Comment