4 Resepi Murtabak (Rangup dan Inti Yang Tebal)

Kalau pergi pasar malam mesti murtabak menjadi pilihan kan? Selain tebal ia juga mengenyangkan. Tapi tahukah anda, sebenarnya banyak resepi murtabak yang boleh kita olahkan ikut kreativiti. Jom baca kami kongsikan resepi murtabak untuk anda.

1. Resepi Murtabak Maggi

Bahan-bahan

  • 1 bungkus maggie
  • Setengag labu bawang
  • Perencah maggie
  • Daun sup
  • Cili besar
  • Serbuk kari
  • Ayam
  • Telur 2 biji

Cara buat Murtabak Maggi

  1. Rebus dulu macam biasa.
  2. Setengah labu bawang potong.
  3. Letak perencah apa yang nak, kalau beli megi kari lagi sedap.
  4. Daun sup jika ada, cili besar, sedikit serbuk cili, serbuk kari, separuh je perencah kari meggi tu. Tak perlu letak garam kerana serbuk perencah dah masin..
  5. Telur 2 biji dan kacau.
  6. Gunakan pan non stick, minyak letak sikit je dan ratakan bahan semua dalam pan. Masukkan maggi bersama adunan tadi.
  7. Api sederhana je ye, nak bagi  masak dalam betul dan tak hangit luar, api kecik pun elok.
  8. Terbalikkan sama juga biar sekejap atas api. Hati-hati time terbalik takut terpatah bila bahan tadi tu berat. Nak selamat ambik pinggan dan tekup.
  9. Siap.

Sumber: Tengku Yana dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

2. Resepi Inti Murtabak dan Kuah Bawang Merah

Bahan-bahan

Kuah Bawang Merah

  • 1 biji bawang besar
  • 1 sudu besar cuka
  • beberapa titik pewarna merah ( sirap)
  • sedikit gula dan garam

Inti Murtabak

  • 2 keping daging burger atau 200 gm daging kisar
  • 2 bawang besar-potong dadu
  • 3 bawang putih-di ketuk
  • 2 sd rempah kari daging/ayam
  • 2 sdb rempah kurma
  • 1 sd serbuk kunyit
  • garam+gula secukup rasa
  • **1 bawang-potong nipis2
  • ** 1 biji kentang di potong dadu
  • **3 biji telur-atau secukupnya

Cara buat Inti Murtabak dan Kuah Bawang Merah

Kuah Bawang Merah

  1. Hiris nipis bawang besar, kemudian campur dengan cuka, sirap, gula dan garam.
  2. Simpan di dalam bekas dan letak di dalam peti ais beberapa jam.

Inti Murtabak

  1. Tumis rempah kari + kurma dan masukan kentang.
  2. Selepas 5 minit masukan bawang besar, bawang putih yang di dadu. Masukkan garam dan gula, masak hingga kering. Setelah siap, matikan api dan sejukkan.
  3. Bila daging sudah suam, campurkan bahan **. kacau hingga sebati.
  4. Kibarkan doh roti (sapu minyak sedikit) atau tarik nipis, masukkan sedikit inti, lipat dan tutup balik.
  5. Goreng dengan api perlahan hingga masak.
  6. Setelah siap, bolehlah di hidangkan bersama kuah bawang merah.

Sumber: Azahari Abdullah dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

3. Resepi Murtabak Ayam Besar Gedabak

Bahan-bahan

Inti

  • 2biji bwg besar (potong dadu)
  • 3ulas bwg putih (blender skali lada kering)
  • 2ketol dada ayam (potong dadu)
  • 3sb rempah kari (blender dgn 10tangkai lada kering)
  • 4biji kentang (potong dadu + rebus )
  • 3biji telor
  • daun sop potong halus (suka hati nk byk mane)
  • perase garam, ajinomoto /gula
  • minyak utk menumis
  • kulit popia

Cara buat Murtabak Ayam Besar Gedabak

  1. Tumis bawang besar sampi naik bau.
  2. Masukkkan bahan blender tadi, tumis sampai naik minyak, masukkan dada ayam tumis sampai masak dan baru masukkan kentang.
  3. Last sekali letak daun sup dan perasa garam, ajinomoto /gula, dah siap inti tersebut sejukkan dahulu.

Sumber: Masz Rita dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

4. Resepi Murtabak Ala Bazar Ramadan

Bahan-bahan

Resepi kulit murtabak (macam doh roti canai)

  • 3cawan tepung gandum
  • 2sudu besar susu pekat
  • 1/2 cawan air sejuk peti
  • 1 biji telur
  • 1 sudu besar marjerin
  • 2sudu besar minyak
  • 1sudu kecil gula
  • Secubit garam

Resepi inti

  • 2 labu bawang besar (potong dadu)
  • 2 biji kentang (potong dadu)
  • 3 keping daging beger ramly (hancurkan)
  • 2 biji telur
  • Sedikit rempah kari

Cara buat Murtabak Ala Bazar Ramadan

Resepi kulit murtabak (macam doh roti canai)

  1. Uli doh guna mesin atau manual sampai doh licin dan kental (kalau doh lembik sangat, tambah sikit lagi tepung gandum)
  2. Rehatkan doh 2-3 jam.

Resepi inti

  1. Tumis bawang sampai naik bau, masukkan daging beger yang dihancurkan, kacau sampai sedikit masak. Masukkan rempah kari. Kacau hingga pecah minyak. Boleh tambah air sikit.
  2. Masukkan kentang, tambah air untuk bagi kentang masak. Kacau hingga kering.
  3. Boleh masukkan daun sup bagi aroma.
  4. Telur tu kacau dengan inti yang dah dimasak.
  5. Tebarkan doh kulit murtabak.
  6. Kalau tak pandai tebar boleh buat teknik tarik doh atas dulang.
  7. Tuang inti yang dicampur telur atas doh, balut dengan cermat supaya kulit tak koyak. Terus masak atas kuali nonstick.
    (Atau cara lain, boleh masak separuh masak inti bertelur tu, lepas tu letak atas kulit murtabak, baru balut dan masak atas kuali)*cara ni tak risau kalau terburai inti dari kulit*

Sumber: Reena Tazril dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

Akhir kata

Mudah kan nak buat resepi ini, jimat pun jimat.

Jom baca pula resepi lempeng yang gebu ini.

Leave a Comment