3 Resepi Sup Ayam Simple (Tanpa Sup Bunjut)

Sup ayam dikatakan sangat sesuai dimakan jika anda rasakan badan anda tidak berapa sihat. Bukan itu sahaja jika dah tak ada idea sangat sup ayam adalah resepi yang paling senang untuk dibuat malah digemari seluruh keluarga anda. Kami ada kongsikan beberapa resepi sup ayam.

Jom kita try!

1. Resepi Sup Ayam Simple Tanpa Sup Bunjut

Bahan-bahan

  • Ayam
  • 4 sekawan*
  • Lada hitam*
  • Halia*
  • Bawang putih*
  • Bawang merah*
  • Carrot
  • Ubi kentang
  • Daun sup
  • Kiub pati ayam
  • Garam
  • Serbuk perasa
  • Kunyit (bagi ada warna)

Cara buat Sup Ayam Tanpa Sup Bunjut

  1. Rebus ayam sekali ubi, dan kiub pati ayam. Lagi lama, lagi sedap. Sampai pecah minyak dalam ayam tu.
  2. Tumbuk halus bahan *. 4 sekawan tumbuk sekali bersama lada hitam sampai jadi serbuk. Tumbuk halia, bawang putih, bawang merah sampai lumat. Letak tepi.
  3. Panaskan kuali kecik, tuang minyak sikit. Tumis 4 sekawan, dan halia, bawang putih, bawang merah tadi.
  4. Dah siap tumis, masukkan dalam periuk yang berisi ayam rebusan tadi.
  5. Kacau dan letak serbuk kunyit, garam dan serbuk perasa.
  6. Letak carrot dan daun sup.

Sumber: Nurul Adira dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

2. Resepi Sup Ayam Mudah & Sedap

Bahan-bahan

  • Ayam stgh ekor saiz sederhana
  • Minyak sedikit utk menumis

Bahan tumisan

  • 2 biji bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • Seinci halia
    (tumbuk/kisar hingga hampir halus)
  • Rempah 3 sekawan
    (kayu manis/bunga lawang/buah pelaga)
  • Air anggaran 2 liter
  • Kentang 2 biji saiz sederhana (potong 6)
  • Cendawan tiram (disiat)
  • batang seleri
  • Tomato 2 biji (belah 4)
  • Garam & serbuk pati ayam (ikut citarasa)
  • Bawang goreng dan daun sup utk ditabur atas sup

Cara buat Sup Ayam Mudah & Sedap

  1. Panaskan minyak, tumis bahan tumisan hingga perang dan naik bau.
  2. Masukkan ayam dan kecutkan sekejap.
  3. Masukkan air dan kentang.
  4. Tunggu hingga kentang empuk.
  5. Masukkan bahan-bahan yang lain dan serbuk perasa.
  6. Matikan api, tuang ke dalam mangkuk dan taburkan bawang goreng serta daun sup.

Sumber: Siti Afzan dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

3. Resepi Sup Ayam Ala Thai (Ada Sup Bunjut)

Bahan-bahan

Bahan tumis

  • 5 biji Bawang putih(ditumbuk)
  • 2 biji Bawang Merah(di tumbuk)
  • 1 biji bawang holland (hiris)
  • 3 inci Halia (diketuk)
  • cili padi(diketuk-kalau nak pedas letak lebih)
  • Daun limau purut
  • 1 sup bunjut Adabi
  • beberapa hirisan lemak ayam
  • 2 pokok akar daun ketumbar
  • 2 batang Serai (di ketuk/dihiris)

Bahan lain

  • 1 ekor ayam
  • Sos ikan thai
  • Celery
  • Carrot
  • Kiub pati ayam 2 biji
  • Dun bawang+daun ketumbar
  • Garam

Cara buat Sup Ayam Ala Thai (Ada Sup Bunjut)

  1. Tumis bawang merah, bawang putih, bawang holland, halia,serai, cili padi, sup bunjut dan daun limau purut hingga naik bau.
  2. Masukkan lemak ayam dan tumis hingga berminyak.
  3. Masukkan serai dan akar ketumbar.
  4. Kemudian masukkan sos ikan hingga naik bau.
  5. Masukkan air apabila air mendidih, masukkan ayam dan kiub ayam biarkan hingga ayam lembut/
  6. Masukkan saderi dan carrot biarkan mendidih.
  7. Masukkan pati limau, dan perasakan dengan garam dan gula.
  8. Akhir sekali masukkan tomato, daun ketumbar dan daun bawang.

Sumber: Sharla Rose dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

Akhir kata

Jangan lupa untuk cuba resepi sup ayam yang mudah ini.

Semoga perkongsian resepi sup kali ini dapat memberi sedikit idea untuk anda.

Jemput tengok resepi sup gearbox, sup xiao long bao dan juga sup tulang merah Singapore.

Selamat mencuba!

Leave a Comment