4 Resepi Xiao Long Bao (Sup Dumpling Chinese Style)

Sebaik sahaja anda melihat nama resepi mesti anda sedikit pelik kan? Baiklah izinkan kami memberi sedikit pengenalan mengenai resepi xiao long bao ini. Resepi ini merupakan makanan tradisi masyarakat Cina. Xiao long bao merujuk kepada dumpling atau ladu yang dikukus pada bakul tradisi mereka. Kali ini kami kongsikan resepi xiao long bao atau juga sup dumpling chinese style untuk anda.

Jom kita try!

1. Resepi Sup Dumpling Ayam

Bahan-bahan

Inti dumpling

  • 2 cwn isi ayam
  • Bawang putih
  • Mix vege frozen
  • Daun bawang
  • Blackpepper
  • Garam

Resepi Sup

  • 1 genggam ikan bilis – rebus tapis, ambil air
  • 5 ulas bawang putih – tumbuk
  • 2 inci halia – tumbuk
  • 2 sb minyak untuk menumis
  • Garam

Cara buat Sup Dumpling Ayam

Inti dumpling

  • Mix  semua dalam processor. Kalau tiada tumbuk sikit bagi hancur.
  • Kulit dumpling boleh beli frozen.

Resepi Sup

  1. **Tumis bawang putih & halia. Masuk air rebusan ikan bilis tadi, tambah air kalau tak cukup.
  2. Dah mendidih masuk dumpling. Sampai dia timbul. Boleh masuk sawi sekali kalau suka.
  3. Last sekali masuk garam ikut tekak masing-masing. Siap.

Sumber: Sharinaz Redwan dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

2. Resepi Dumpling Sup

Bahan-bahan

Kulit dumpling

  • Tepung jagung
  • Tepung gandum (sukatan dua kali ganda tepung jagung)
  • Sedikit minyak zaitun atau minyak masak
  • Air panas + garam sikit

Inti dumpling

  • Daging/ayam /udang cincang (ikut suka)
  • Sos tiram
  • Garam sedikit sebab sos tiram dah masin
  • Sedikit serbuk lada sulah
  • Daun bawang daun sup / daun ketumbar /daun kucai (ikut suka)
  • Carrot / cendawan butang atau shitake / kubis

Resepi sup ringkas

  • Air panas mendidih
  • 1 kiub pati ayam
  • Tumisan bawang putih yang saya masukkan sekali dengan minyaknya ke dalam air panas
  • Minyak bijan
  • Garam

Cara buat Dumpling Sup

Kulit dumpling

  1. Wajib tapis tepung campur dalam satu bekas.
  2. Masukkan air panas yang dah dicampurkan dengan sedikit garam sambil masukkan sikit-sikit air panas sambil gaul, kena pandai agak adunan tak boleh terlembik nanti kulit dumpling pecah.
  3. Masukkan minyak, gaul uli dan bulatkan doh. Tutup dengan kain lembab biarkan setengah jam.
  4. Selepas setengah jam uli dengan tangan keluarkan udara selama 5-8 minit. Boleh potong bahagikan doh kepada bulatan kecil. Canai sampai nipis.
  5. Saiz ikutlah kemahuan sendiri masing-masing.

Inti dumpling

  1. Semua bahan cincang dan digaul sekali, perap sekejap dalam peti ais.
  2. Pastikan lebihan air di buang sebab kalau berair sangat nanti kulit dumpling pecah.

Resepi sup ringkas

  1. Masukkan kesemua bahan dalam air mendidih.
  2. Perasakan dengan garam dan minyak bijan dan kiub pati ayam.

Dumpling boleh direbus, stim atau digoreng

Sumber: Hidayah Syibly dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

3. Resepi Dumpling

Bahan-bahan

  • Ayam cincang
  • 2 biji Bawang holland (potong dadu dan goreng)
  • 2 batang Carrot (di sagat)
  • Daun sup
  • Serbuk lada putih
  • Tepung jagung (1 sudu besar, fungsi untuk bagi lekat bahan-bahan diantara satu sama lain)
  • Minyak bijan (1 sudu besar)
  • Serbuk pasti sedap

Cara buat Dumpling

  1. Bahan di atas gaul kesemuanya, selepas itu buat macam karipap kulit wantan beli di Econsave, Tesco, Giant pun ada jual.
  2. Dah siap jadi macam ala-ala karipap anda kena steam dulu dumpling, dah siap stim boleh nak goreng atau nak buat sup.
  3. Kalau buat sup jangan lupa letak minyak bijan, baru sedap dalam inti pun letak sahaja minyak bijan baru aroma dia best.

Sumber: Fara Idlan Farlan dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

4. Resepi Dumpling dan Clear Sup

Bahan-bahan

Inti dumpling

  • Isi ayam*
  • Udang*
  • Bwng holland*
  • Carrot*
  • Daun bawang
  • Perasa ayam
  • Lada sulah

Soup

  • Masukkan 1/2 ekor ayam
  • Carrot
  • Daun bawang
  • Bawang holland
  • Batang selery
  • Stok ayam
  • Garam
  • Air

Cara buat Dumpling

  1. Blend kering bahan yang bertanda dan gaulkan dengan perasa ayam, lada sulah dan daun bawang.
  2. Ambil kulit wantan isi inti dan sapu tepi kulit wantan dengan sikit air untuk jadikan gam dan lipat.

Soup

  1. Masak biarkan mendidih lama-lama, letak perasa ayam dan garam dan tapis, masukkan sup dalam periuk lain dan tunggu mendidih lagi baru masukkan dumpling.
  2. Dah masak boleh mkn dengan cili kicap dan minyak bawang putih.

Sumber: Elly Mahat dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

Akhir kata

Semoga perkongsian resepi xiao long bao ini akan membuatkan anda rasa teruja untuk mencuba masakan Cina yang halal.

Inginkan makanan Chinese lagi? Jom baca resepi nasi ayam hainan pula.

Selamat mencuba!

Leave a Comment