4 Resepi Nasi Ayam Hainan Simple (Chinese Style)

Antara menu kegemaran makanan tengah hari ialah nasi ayam hainan. Selain nasinya yang sedap, ayamnya juga berkhasiat dengan cara masakan rebusan. Kami kongsikan resepi nasi ayam hainan untuk anda cuba sendiri.

Jom lihat perkongsian kami.

1. Resepi Nasi Ayam Hainan

Bahan-bahan nasi ayam

  • 2 1/2 cawan beras wangi
  • 1/2 cawan beras pulut
  • 2 sudu besar butter
  • 5 ulas bawang putih
  • 3cm halia
  • Daun pandan
  • 1 sudu besar minyak bijan
  • 4 cawan air sup ayam
  • Garam

Cara buat nasi ayam hainan

  1. Cincang halus bawang putih dan hiris nipis halia.
  2. Di dalam periuk nasi cairkan butter, tumis bawang putih dan halia sehingga wangi.
  3. Masukkan daun beras dan daun pandan. Goreng sekejap.
  4. Masukkan sup ayam, minyak bijan dan garam. Masak seperti biasa.

Bahan-bahan sup ayam hainan

  • 1 ekor ayam (potong empat)
  • 1 biji bawang holland
  • 1/2 labu bawang putih
  • 5 ruas jari halia
  • Daun pandan
  • Garam

Cara buat sup ayam hainan

  1. Potong empat bawang holland, hiris nipis bawang putih dan halia.
  2. Masukkan ayam ke dalam periuk dengan air. Masukkan bawang holland, bawang putih dan halia.
  3. Rebuskan ayam sehingga masak. Masukkan daun pandan dan garam.
  4. Bila ayam dah masak, angkat dan rendam dalam ais.

Bahan-bahan sos kicap

  • 15 sudu besar sup ayam
  • 9 sudu besar kicap masin
  • 1 sudu besar gula
  • 1 sudu besar minyak bijan

Cara buat sos kicap

  • Campur semua bahan dan hangatkan atas dapur sehingga mendidih.

Bahan-bahan cili sambal

  • 3 batang cili merah
  • 5 batang cili padi merah
  • 1 ruas jari halia
  • 1 sudu besar gula
  • 1/2 sudu besar garam
  • 1 sudu besar cuka makan
  • Sedikit sup

Cara buat cili sambal

  1. Kisar semua bahan, hangatkan atas api sampai mendidih.
  2. Jika mahu sos pekat, tambahkan bancuhan tepung jagung dengan sedikit air.

Sumber: Makcik Ratu dari Berkongsi Ilmu Kuih Muih & Masakan

 

2. Resepi Nasi Ayam Hainan Mudah

Bahan-bahan sup ayam

  • 1 ekor ayam
  • 1 inci halia
  • 1 cekak daun bawang
  • Air (Pastikan air menutupi 2/3 tinggi ayam untuk proses separa kukus/rebus nanti)
  • 1 sudu makan garam
  • 1 sudu makan minyak bijan

Bahan-bahan nasi ayam

  • 4 cawan beras (rendam 10 minit dan bilas)
  • 3 ulas bawang putih
  • 1/2 inci halia
  • 5 cawan air rebusan ayam
  • 1 sudu kecil garam
  • 1/2 sudu kecil minyak bijan
  • 2 sudu makan marjerin

Bahan-bahan sos kicap

  • 1 sudu besar minyak
  • 1 sudu besar minyak bijan
  • 3 sudu besar kicap cair
  • 2 sudu besar air rebusan ayam
  • 1 sudu kecil gula

Bahan-bahan sos cili

  • 2 biji cili merah
  • 2 biji cili api
  • 2 ulas bawang putih
  • 1/2 inci halia
  • 2 sudu besar air rebusan ayam
  • Sedikit garam

Cara buat nasi ayam Hainan

  1. Rebus ayam bersama garam, minyak bijan, daun bawang dan halia. Rebus selama 25 minit atau sehingga ayam masak sepenuhnya.
  2. Angkat ayam, rendam di dalam air sejuk selama 5-10 minit.
  3. Untuk membuat sos kicap, campurkan bahan sos kicap. Keluarkan ayam dari air sejuk dan salut ayam dengan sos kicap.
  4. Untuk membuat nasi ayam, tumis bawang putih dan halia yang ditumbuk bersama marjerin.
  5. Masukkan beras yang telah dibasuh dan kacau hingga sebati.
  6. Masukkan air rebusan ayam, minyak bijan dan garam. Masak nasi seperti biasa.
  7. Untuk sos cili, kisar semua bahan dan gaulkan.

Sumber: Siti Safiah dari Berkongsi Ilmu Kuih Muih & Masakan

 

3. Resepi Nasi Ayam Hainan Ayam Bakar

Bahan-bahan nasi ayam

  • Beras
  • Air mengikut sukatan beras
  • Akar daun sup
  • Ayam yang dipotong
  • Daun pandan
  • Halia (dihiris)
  • 1 biji bawang merah (dihiris)
  • 4 biji bawang purih (dihiris)
  • Beberapa titis minyak bijan
  • Marjerin / butter
  • 4 sudu besar minyak masak
  • Garam
  • Serbuk pati ayam

Bahan-bahan perapan ayam

  • Kicap karamel
  • Madu
  • Gula perang
  • Sos cili
  • Minyak bijan
  • Sos tiram
  • 1 sudu serbuk pati ayam

Bahan-bahan kuah cili

  • Cili kisar (ditapis biji)
  • Cuka
  • Gula melaka
  • Sos cili

Bahan-bahan kuah kicap

  • Kicap karamel
  • Kicap manis
  • Kicap cair

Cara buat nasi ayam hainan

  1. Masukkan semua bahan nasi ayam ke dalam periuk nasi dan masak seperti biasa.
  2. Keluarkan ayam dan perap dengan bahan-bahan perapan. Bakar di dalam oven.
  3. Untuk kuah cili dan kuah kicap, hanya campurkan bahan-bahannya dan sedia untuk dihidang.

Sumber: Nor Seri Azlina Bustani dari Masak Apa Hari Ni

 

4. Resepi Nasi Ayam Hainan Simple

Bahan-bahan nasi ayam

  • Beras
  • Pes hainan
  • Garam
  • Bawang putih
  • Halia
  • Daun pandan

Cara buat nasi ayam Hainan

  1. Hiris bawang putih dan halia.
  2. Masukkan semua bahan dan masak nasi seperti biasa.

Bahan-bahan ayam hainan

  • Daun bawang
  • Batang ketumbar
  • Halia
  • Bawang putih
  • Bawng besar
  • Garam dan perasa

Cara buat ayam hainan Hainan

  1. Hiris batang ketumbar, halia, bawang putih dan bawang besar.
  2. Campurkan kesemua bahan dan rebus sehingga ayam boleh tanggal dari tulang.
  3. Bila ayam sudah masak, asingkan tulang dan potong-potong. Tuangkan sos kicap dan susun bersama timun dan tomato.
  4. Baki rebusan ayam boleh dijadikan sup.

Bahan-bahan sos kicap

  • Sedikit air rebusan ayam
  • Minyak bijan
  • Kicap masin
  • Daun bawang (dihiris)

Cara buat sos kicap

  • Campurkan semua bahan dan kacau hingga sebati.

Bahan-bahan sos halia

  • Lada kering
  • Lada padi
  • Halia
  • Bawang putih
  • Cuka
  • Gula
  • Garam
  • Maggie cukup rasa

Cara buat sos halia

  1. Rebus lada kering dan kisar.
  2. Hiris bawang putih, lada padi dan halia.
  3. Campurkan semua bahan dan gaul rata.

Sumber: Nfo Onna dari Masak Apa Hari Ni

 

Akhir kata

Sekarang anda dah boleh mula cuba membuat nasi ayam hainan sendiri di rumah. Semoga resepi nasi ayam hainan yang kami kongsikan ini dapat membantu anda.

Terdapat juga resepi nasi ayam lain yang anda boleh tengok di sini.

Leave a Comment