4 Resepi Dorayaki (Lembut & Gebu, Ikut Sukatan Cawan)

Dorayaki sangat sinonim dengan anime kegemaran rakyat Malaysia iaitu Doraemon. Selalu kita tengok Doraemon sahaja yang makan, kan? Kali ini jom kita makan pula. Kami kongsikan resepi dorayaki yang mudah sahaja untuk anda cuba.

1. Resepi Dorayaki

Bahan-bahan

  • 3 biji telur
  • 1/4 cawan gula
  • 2 sudu susu pekat manis
  • 2 sudu minyak masak
  • 1/2 cawan air
  • 2 cawan tepung gandum + 1 sudu kecil baking powder @ 2 cawan tepung kek
  • Esen vanila
  • Inti peanut butter / coklat

Cara buat dorayaki

  1. Pukul telur dan gula sehingga gebu.
  2. Tambahkan susu dan minyak. Pukul lagi.
  3. Tambah esen vanila dan masukkan tepung berselang seli dengan air.
  4. Sesuaikan adunan supaya tidak pekat dan tidak cair.
  5. Panaskan kuali, sendukkan bulat-bulat adunan dan masak sehingga perang.
  6. Sapukan inti dan sedia untuk dihidang.

Sumber: Eija Man dari Masak Apa Hari Ni

 

2. Resepi Dorayaki Mudah

Bahan-bahan

  • 2 biji telur
  • 4 sudu besar gula kastor
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • 5 sudu besar tepung kek
  • 1 sudu besar air

Cara buat dorayaki

  1. Pukul telur, gula kastor dan esen vanilla menggunakan whisk sehingga sebati.
  2. Ayakkan tepung kek.
  3. Campurkan semua bahan dan kacau hingga sebati. Bancuhan memang sedikit pekat.
  4. Panaskan kuali dan masak seperti biasa.

Sumber: Cik Puan Cheryn dari Masak Apa Hari Ni

 

3. Resepi Dorayaki Madu

Bahan-bahan

  • 2 biji telur
  • 4 sudu besar gula halus
  • 1 sudu kecil madu
  • 1 sudu kecil soda bikarbonat (bancuh dengan sedikit air)
  • 1 cawan tepung gandum (diayak)

Cara buat dorayaki

  1. Kacau sekejap telur dan gula halus.
  2. Masukkan madu dan soda bikarbonat. Kacau lagi.
  3. Masukkan tepung gandum yang sudah diayak.
  4. Gaul sebati semua bahan.
  5. Setelah sebati, boleh masak dorayaki di atas kuali.

Sumber: Saya Lieynda dari Masak Apa Hari Ni

 

4. Resepi Dorayaki Kisar

Bahan-bahan

  • 2 biji telur
  • 1/4 cawan gula
  • 1 penutup esen vanila
  • Secubit garam
  • 1 sudu besar madu
  • 2 sudu besar susu pekat
  • 3/4 cawan air
  • 2 cawan tepung
  • 2 sudu besar minyak masak
  • 1 sudu kfc baking powder
  • 1 sudu kfc yis/mauripan

Cara buat dorayaki

  1. Kisar telur, gula, esen vanila dan garam.
  2. Kemudian masukkan madu dan susu pekat. Kisar lagi.
  3. Masukkan pula air, tepung, minyak masak, baking powder dan yis. Kisar kesemuanya.
  4. Tuangkan ke dalam bekas dan biarkan selama 5-10 minit.
  5. Panaskan kuali pada api paling kecil.
  6. Masak seperti biasa. Boleh letakkan inti kegemaran anda.

Sumber: Norhayati Samsudin Azin dari Masak Apa Hari Ni

 

Akhir kata

Mudah sahaja resepi dorayaki ini. Anda boleh cuba di hujung minggu bersama keluarga tersayang.

Boleh juga tengok beberapa resepi Cornflakes madu.

Selamat mencuba!

Leave a Comment