6 Resepi Nasi Ayam (Sedap, Cara Buat & Masak Simple)

Nasi ayam memang mempunyai pelbagai jenis resepi. Ada nasi ayam Hainan, panggang, roasted dan macam-macam lagi. Jadi, kami kongsikan beberapa resepi nasi ayam untuk dijadikan panduan. Anda boleh pilih mengikut citarasa anda.

Jom kita try!

1. Resepi Nasi Ayam bersama Ayam Panggang

Resepi nasi ayam panggang

Bahan-bahan stok ayam & ayam panggang

  • 2 inci halia
  • 6 ulas bawang putih
  • 5 batang daun bawang (bahagian putih)
  • 1/2 kiub pati ayam
  • 1/2 ekor ayam
  • Sedikit kicap pekat & kicap cair

 

Cara buat stok ayam & ayam panggang

  1. Masukkan halia, bawang putih, daun bawang dan kiub pati ayam ke dalam periuk yang mengandungi ayam & air yang melitupi seluruh ayam.
  2. Didihkan sehingga ayam lembut dalam 30-40 minit.
  3. Keluarkan ayam dari sup dan masukkan segerake dalam air sejuk selama 1-2 minit untuk menghentikan proses ayam masak.
  4. Keluarkan ayam dari air sejuk dan lumurkan dengan sedikit sahaja kicap pekat dan kicap cair. Perap selama 15 minit.
  5. Selepas ayam diperap, masukkan ke dalam air fryer dan goreng suhu 160 selama 10-15 minit. Boleh juga dimasukkan ke dalam oven.

 

Bahan-bahan nasi ayam

  • Lemak ayam yang berlebihan
  • Sebiji bawang holland (dihiris)
  • 7 ulas bawang putih (dihiris)
  • 2 inci halia (dihiris)
  • Beras
  • Minyak bijan
  • Garam

 

Cara buat nasi ayam

  1. Goreng lemak ayam sehingga keluar minyak yang banyak.
  2. Tumis bawang putih, bawang holland dan halia ke dalam minyak ayam.
  3. Setelah garing, masukkan hasil tumisan ke dalam beras yang telah dicuci bersih.
  4. Masukkan stok ayam mengikut sukatan beras. 1 cawan nasi, 1 cawan stok ayam (untuk Pressure Cooker)
  5. Perasakan dengan garam secukup rasa. Titiskan sedikit minyak bijan.
  6. Masak nasi seperti biasa.

 

Bahan-bahan sos

  • 8 ulas bawang putih
  • 2 inci halia
  • Sebatang serai
  • 8 biji lada merah
  • Akar daun ketumbar
  • Gula merah
  • Garam
  • 1/2 cawan stok ayam

 

Cara buat sos

Kisar semua bahan, dan siap.

 

Bahan-bahan kicap

  • 1/2 sudu kicap pekat
  • 1 sudu kicap cair
  • 1/2 minyak bijan
  • 2 sudu stok ayam

 

Cara buat kicap

Campurkan semua bahan, dan siap.

 

Bahan-bahan sup

  • Fishball
  • Bawang goreng
  • Daun bawang

 

Cara buat sup

Gunakan stok ayam yang telah disediakan. Hanya tambah fishball, bawang goreng dan daun bawang.
Sumber: Noraini Noor Mohamed dari Masak Apa Hari Ni

2. Resepi Nasi Ayam Roasted

Resepi nasi ayam roasted

Resepi ini untuk 5-6 orang makan.

Bahan-bahan sup ayam

  • 2 liter air
  • 1 kiub ayam Maggi
  • Serbuk lada sulah
  • Garam
  • 1 keping halia
  • 1 ekor ayam
  • Bebola ikan

 

Cara buat sup ayam

  1. Panaskan air dalan periuk. Masukkan kiub pati ayam.
  2. Perasakan dengan serbuk lada sulah, garam dan halia.
  3. Selepas sup mendidih, masukkan ayam.
  4. Angkat selepas ayam separa masak dalam 10-15 minit. Toskan ayam.
  5. Sambung reneh sup dalam api perlahan.
  6. Masukkan bebola ikan.
  7. Sewaktu dihidangkan, boleh taburkan daun bawang dan bawang goreng.

 

Bahan-bahan nasi ayam

  • 1 senduk marjerin
  • 2 keping halia
  • 2 helai daun pandan (disimpul)
  • 1 barang serai (diketuk)
  • 1 sudu gula
  • Lemak ayam (kalau ada)
  • 3 cawan beras
  • 1 cubit kunyit

 

Cara buat nasi ayam

  1. Panaskan marjerin dalam kuali.
  2. Masukkan halia, daun pandan, serai, gula dan lemak ayam.
  3. Masukkan beras yang sudah dibersihkan.
  4. Goreng seketika sebelum dimasukkan kesemuanya ke dalam periuk nasi.
  5. Tambahkan air sup secukupnya dan masukkan serbuk kunyit.
  6. Masak nasi seperti biasa. Semasa nasi hampir masak, masukkan lagi sedikit marjerin untuk rasanasi yang berlemak dan wangi.

 

Bahan-bahan ayam panggang

  • 1 ekor ayam tadi
  • 2 sb kicap pekat
  • 1 sb kicap cair
  • 2 sb sos blackpepper
  • 2 sb sos tiram
  • 1 sb minyak bijan

 

Cara buat ayam panggang

  1. Campurkan semua bahan tadi dan lumurkan ayam yang sudah ditoskan.
  2. Bakar ayam sehingga masak.
  3. Potong ayam kepada bahagian kecil sebelum dihidangkan.

Tips: Untuk kulit ayam yang rangup, sebelum memasak ayam, jemurkan ayam yang sudah dilumurkan selama setengah jam di bawah cahaya matahari.

 

Bahan sambal cili

  • 5 batang cili merah
  • 2 batang cili padi merah
  • Sekeping halia
  • 1 labu bawang putih jeruk (dibuang kulit dan tangkai)
  • 2 senduk air jeruk bawang putih
  • 2 sb sos cili Thai

 

Cara buat sambal cili

1. Kisar semua bahan-bahan kecuali sos di atas sehingga sedikit halus.
2. Tuang ke dalam periuk kecil.
3. Masukkan sos cili Thai, masak seketika. Siap.

Bahan-bahan sambal kicap

  • 1 senduk kicap cair
  • 1/2 sk minyak bijan
  • 1 sb kicap biasa
  • 1/2 sk sos tiram

 

Cara buat sambal kicap

  1. Campurkan kesemuanya dalam periuk. Panaskan seketika.
  2. Tambahkan dengan sedikit sup tadi.
  3. Kacau rata dan sedia dihidangkan.

Sumber: Afy Al Habibi dari Masak Apa Hari Ni

 

3. Resepi Nasi Ayam Paling Simple & Mudah

Resepi nasi ayam simple

Resepi ini adalah anggaran untuk 8 orang makan.

Bahan-bahan sup dan ayam panggang

  • 1 ekor ayam dibelah 4
  • 1cm halia
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 ketul kiub pati ayam
  • 1/2 cawan sos tiram
  • 1/3 cawan kicap lemak manis
  • 1 sudu minyak bijan
  • 2 sudu madu

 

Cara buat sup dan ayam

  1. Rebus ayam dalam air panas mendidih selama 7-8 minit.
  2. Masukkan sup bunjut, bawang putih, halia dan kiub pati ayam. Air rebusan jangan dibuang.
  3. Angkat ayam, toskan dan sapu sos tiram, kicap, minyak bijan dan madu.
  4. Toskan ayam sehingga kering supaya masa menggoreng minyak tak meletup dan kulit ayam cantik berkilat.

 

Bahan-bahan untuk nasi

  • 3 pot beras
  • 1 biji bawang besar (mayang halus)
  • 3 ulas bawang putih (mayang halus)
  • 1 inci halia (mayang halus)
  • 1 kiub stok pati ayam
  • 1 sk garam
  • 2 sudu butter
  • Daun pandan (dihiris)

 

Cara buat nasi ayam

  1. Cairkan butter, tumis bahan yang sudah dimayang dengan daun pandan.
  2. Masukkan kiub ayam dan sedikit serbuk kunyit.
  3. Masukkan beras, kacau sedikit dan biarkan sekejap. Kemudian masukkan air rebusan ayam tadi.
  4. Sukatan air macam masak nasi biasa.

 

Bahan-bahan kuah cili

  • 10 tangkai cili merah besar
  • 5 tangkai cili kering
  • 1 biji tomato
  • 2 ulas bawang putih
  • Sedikit halia
  • 1 sk cuka
  • 1 sk garam
  • 1 sk gula
  • 1/2 cawan air

 

Cara buat kuah cili

  1. Kisar cili merah, cili kering, tomato, halia dan bawang putih.
  2. Masak di dalam kuali, masukkan gula dan garam.
  3. Tambah sedikit air, masak dengan api kecil sehingga likat.

Untuk kicap ayam, hanya gunakan perapan ayam tadi. Kalau nak pekatkan, tambah sedikit tepung jagung.

Sumber: Zue Zulin dari Masak Apa Hari Ni

 

4. Resepi Nasi Ayam Hainan

Bahan-bahan nasi ayam

  • Beras secukupnya
  • Daun pandan (disimpul)
  • 2-4 ulas bawang putih (dicincang)
  • Halia (dipotong nipis)
  • Garam
  • 2 sb sos tiram/ kiub pati ayam
  • Minyak bijan
  • Butter/ minyak masak

 

Cara buat nasi ayam

  1. Masukkan beras dengan air atau air rebusan ayam secukupnya.
  2. Masukkan semua bahan kecuali butter/ minyak masak.
  3. Sesuaikan rasa mengikut citarasa anda. Masukkan butter/minyak masak dan beberapa titis minyak bijan.
  4. Masak seperti biasa dan kacau-kacau semasa menggelegak.

 

Bahan-bahan ayam hainan

  • Sos tiram/ kicap cair/ kicap manis
  • Garam
  • Minyak bijan
  • Serbuk lima rempah

 

Cara buat ayam hainan

  1. Lumurkan ayam dengan sos tiram atau kicap. Letak sedikit sahaja sebab taknak bagi ayam berwarna hitam.
  2. Tambahkan garam dan minyak bijan.
  3. Taburkan separuh sudu teh rempah untuk seekor ayam, tidak perlu terlalu banyak.
  4. Lumurkan semua bagi rata dan perap selama sejam.
  5. Ayam boleh dibakar atau digoreng.

 

Bahan-bahan sos cili

  • Cili merah
  • Cili api jika mahu pedas
  • Halia muda
  • Garam dan gula
  • Jus limau/ cuka

 

Cara buat sos cili

  1. Kisar semua bahan dengan air masak atau masak sekejap semua bahan. Siap.

 

Bahan-bahan kicap

  • Sos tiram
  • Sup rebusan
  • Kiub ayam
  • Kicap
  • Sedikit minyak bijan
  • Tepung jagung

 

Cara buat kicap

  1. Masukkan semua bahan kecuali tepung jagung dan masak sekejap.
  2. Pekatkan kuah dengan tepung jagung sedikit.

 

Bahan-bahan sup ayam

  • Lebihan ayam/ kaki ayam
  • Daun bawang
  • Daun sup
  • Serbuk lada sulah
  • Garam
  • Serbuk sup jika mahu

 

Cara buat sup ayam

  1. Potong daun sup atau daun bawang kepada 3 bahagian.
  2. Masukkan semua bahan dan rebus semua.

Sumber: Joanna Johan dari Masak Apa Hari Ni

 

5. Resepi Nasi Ayam Penyet

Bahan-bahan sambal penyet

  • 1 genggam cili padi merah & hijau
  • 5 biji cili merah
  • 3 biji tomato
  • 1 biji bawang besar
  • 6 biji bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 2 sudu makan ikan bilis
  • 1 inci belacan

 

Cara buat sambal penyet

  1. Goreng atau tumis semua bahan hingga layu atau naik bau.
  2. Kisar kasar atau tumbuk semua bahan yang sudah digoreng bersama minyak tumisan tadi.
  3. Masak sekali lagi sehingga mendidih atau pecah minyak.
  4. Masukkan sedikit air asam jawa dan perasakan dengan gula dan garam.

 

Bahan-bahan ayam penyet

  • 1 ekor ayam (dipotong 4, cucuk pakai garfu)
  • 5 biji bawang merah
  • 5 ulas bawang putih
  • 2 inci halia
  • 1 inci lengkuas
  • 1 batang serai
  • 1 inci kunyit hidup
  • 1 sudu ketumbar
  • 1 sudu jintan manis
  • 2 sudu makan tepung beras
  • 2 sudu makan serbuk kari
  • Garam
  • Sedikit gula

 

Cara buat ayam penyet

  1. Kisar bawang merah, bawang putih, halia, serai, lengkuas, kunyit, ketumbar dan jintan.
  2. Satukan semua bahan lain dan perap ayam selama lebih kurang sejam.
  3. Perapkan sekali tempe dan tauhu.
  4. Selepas diperap sejam, panaskan minyak dan goreng sehingga garing.

 

Bahan-bahan sup kosong

  • Kaki ayam
  • Sup bunjut
  • 2 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • Garam
  • Daun sup

Cara buat sup kosong

  1. Tumis bawang merah, bawang putih dan halia.
  2. Masukkan kaki ayam, air  dan sup bunjut.
  3. Rebus sehingga masak dan taburkan daun sup.

Sumber: Raja Amanina dari Masak Apa Hari Ni

 

6. Resepi Nasi Ayam Madu

Bahan-bahan ayam madu

  • Ayam seekor tak potong
  • 1 biji bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 5 sudu sos tiram
  • 2 sudu kicap manis
  • 1 sudu madu
  • 1 sudu minyak bijan

Cara buat ayam madu

  1. Kisar bawang besar, bawang putih dan halia. Lumur pada ayam dan perap selama setengah jam atau lebih.
  2. Rebus ayam di dalam air panas selama 5 – 6 minit. Didihkan air dahulu baru masukkan ayam. Kalau nak kulit ayam cantik, tutup periuk semasa rebus ayam.
  3. Angkat ayam dan sapukan dengan sos tiram, kicap manis, madu dan minyak bijan.
  4. Gantung ayam selama setengah jam.
  5. Jirus ayam dahulu dengan minyak panas, bila kulit dah kering baru masukkan ayam dalam minyak panas.
  6. Dah goreng, sapukan ayam dengan madu untuk bagi berkilat.

 

Bahan-bahan nasi ayam

  • 1 biji bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 2 kiub pati ayam
  • 2 st faram
  • 2 sudu marjerin
  • Daun pandan
  • sedikit serbuk kunyit

 

Cara buat nasi ayam

  1. Kisar bawang besar, bawang putih dan halia.
  2. Cairkan marjerin dan tumis bahan kisar bersama daun pandan.
  3. Masukkan kiub pati ayam, garam dan serbuk kunyit. Tumis sehingga naik bau.
  4. Masukkan air rebusan ayam dan masukkan beras. Sukatan air 2 kali ganda dari masak nasi biasa. Masak nasi seperti biasa.

 

Bahan-bahan sos cili

  • 1/2 senduk cili kering kisar
  • 4 biji cili merah besar kisar
  • 5 ulas bawang putih
  • Gula
  • Garam
  • Cuka
  • Tepung jagung

 

Cara buat sos cili

  1. Masak semua bahan dan tambah air sedikit.
  2. Dah masak, letakkan tepung jagung untuk pekat.

 

Bahan-bahan kicap ayam

  • 5 ulas bawang putih (dicincang)
  • 1/2 cawan sos tiram
  • 1/2 cawan kicap manis
  • Gula

 

Cara buat kicap ayam

  1. Tumis bawang putih dengan minyak sedikit.
  2. Masukkan kicap, sos tiram dan gula.
  3. Tambahkan sedikir air dan pekatkan dengan tepung jagung.

Sumber: Sur Aida dari Masak Apa Hari Ni

 

Akhir kata

Sekian perkongsian resepi nasi ayam dari kami. Untuk lain-lain masakan ayam, anda boleh cuba ayam masak kicap, ayam bakar dan juga ayam masak merah kenduri.

Selamat mencuba!

Leave a Comment