3 Resepi Ayam Masak Kicap (Confirm Sedap dan Sangat Mudah Dibuat)

Selain ayam masak paprik yang selalu kita makan di kedai tomyam, anda juga boleh cuba resepi ayam masak kicap yang mudah dibuat. Bila digandingkan dengan ayam masak rendang, barulah boleh feeling macam Hari Raya Aidilfitri.

Jom kita try!

1. Resepi Ayam Masak Kicap Pedas Pekat

Bahan-bahan ayam masak kicap

  • Ayam
  • 8 sb cili kisar
  • 1 biji ubi kentang (dibelah)
  • 1 batang serai (diketuk)
  • 1 sk rempah sup
  • 1 biji tomato
  • 1 biji bawang merah (dipotong bulat)
  • 1 batang cili hijau (dipotong serong)
  • 1sk air asam jawa + 1 cawan air
  • 1/2 cawan kicap manis
  • Gula
  • 1 kiub ayam (optional)

Cara buat ayam masak kicap

  1. Panaskan minyak, masukkan ubi kentang dan gorengkan sehingga keperangan. Angkat dan ketepikan.
  2. Gorengkan ayam sehingga masak. Angkat dan ketepikan.
  3. Keluarkan sedikit minyak, dan gunakan minyak yang sama untuk menumis. Masukkan serai dan masak sehingga naik bau.
  4. Masukkan cili kisar dan masak sehingga pecah minyak.
  5. Masukkan ayam dan ubi kentang yang telah digoreng tadi. Masukkan juga bawang merah, cili merah, cili hijau dan tomato. Gaul semua hingga sebati.
  6. Angkat dan siap dihidang.

 

Sumber: Nurul Ateekah dari Masak Apa Hari Ni

 

2. Resepi Ayam Masak Kicap Bersos

Bahan-bahan ayam masak kicap

  • Ayam
  • Bawang putih
  • Halia
  • Garam
  • Serbuk kunyit
  • Bawang merah
  • Bawang besar
  • 4sb sos cili
  • Kicap manis + kicap masin
  • 3 sb sos tiram
  • Cili hijau
  • Tomato

Cara buat ayam masak kicap

  1. Lumurkan ayam dengan serbuk kunyit dan garam. Perap sekejap.
  2. Tumbuk bawang putih dan halia. Potong bulat bawang merah dan bawang besar.
  3. Gorengkan ayam. Angkat dan ketepikan.
  4. Dalam minyak yang sama, tumiskan bawang putih, halia, bawang merah dan bawang besar.
  5. Masukkan sos cili, sos tiram dan kicap. Gaulkan.
  6. Masukkan cili hijau dan tomato, kemudian masukkan ayam. Gaulkan dan boleh dihidang.

 

Sumber: Atikah Hashim dari Masak Apa Hari Ni

 

3. Resepi Ayam Masak Kicap Pedas

Bahan-bahan ayam masak kicap

  • 1 ekor ayam
  • Minyak
  • Kunyit
  • Garam
  • Serbuk cili / cili kisar
  • Kicap manis
  • Kicap pekat
  • 3-4 sb sos tiram
  • 2-3 biji bawang besar
  • 5-6 ulas bawang putih
  • 2 1/2 inci halia

Bahan hiasan

  • Bawang besar
  • Cili merah
  • Daun sup

Cara buat ayam masak kicap

  1. Kisar halus bawang besar, bawang putih dan halia.
  2. Gaul ayam dengan kunyit dan garam. Goreng jangan terlalu garing, angkat dan ketepikan.
  3. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar tadi sehingga wangi.
  4. Masukkan serbuk cili, masak hingga pecah minyak dengan api perlahan.
  5. Masukkan ayam yang sudah digoreng diikuti dengan sos tiram dan kicap.
  6. Gaul sekata dan masukkan bahan hiasan.

 

Sumber: Mieza Famiza dari Masak Apa Hari Ni

 

Akhir kata 

Mudah sahaja resepi ayam masak kicap yang kami kongsikan ini. Semoga perkongsian kami ini membantu memudahkan anda memasak.

Kami juga ada kongsikan resepi ayam masak merah untuk anda yang ingin mencuba.

Leave a Comment