3 Resepi Cheesekut (Cara Buat Biskut Simple, 3 Bahan)

Cheesekut, antara dessert yang sangat mudah dibuat selain daripada kek batik. Tidak perlu kukus atau bakar. Kami kongsikan beberapa resepi cheesekut untuk anda.

Anda boleh pilih mengikut citarasa anda.

1. Resepi Cheesekut Aiskrim

Bahan-bahan cheesekut

    • 250g cream cheese
    • 400g aiskrim vanila (timbang semasa beku)
    • Susu pekat
    • Susu full cream
    • Biskut Marie

Cara buat cheesekut

  1. Sediakan bekas, kemudian masukkan cream cheese, kemudian putar menggunakan mixer sehingga gebu.
  2. Masukkan 2 sb susu pekat, mix lagi. Masukkan aiskrim vanila, mix sehingga cheese tak berketul.
  3. Celup biskut Marie dalam susu full cream sebentar dan masukkan ke dalam bekas lain.
  4. Masukkan adunan cheese tadi.
  5. Kepakkan biskut Marie kepada 2, celup seperti tadi dan letakkan adunan cheese tadi. Kepakkan lagi biskut Marie lain kepada 2, susun bertentangan supaya semua biskut Marie memenuhi ruang.
  6. Ulang sehingga bekas penuh.
  7. Letakkan oreo crunch sebagai topping. Sejukkan ke dalam peti, dan boleh dimakan.

Sumber: Hanis Zainol dari Masak Apa Hari Ni

 

2. Resepi Cheesekut Cantik

Bahan-bahan cheesekut

  • 500g cream cheese
  • Biskut lemak
  • 1 tin susu pekat
  • 1/2 cawan susu full cream
  • Topping (oreo/ nestum)

Cara buat cheesekut

  1. Satukan susu pekat dan cream cheese di dalam bekas.
  2. Putarkan menggunakan mixer/whisk sehingga susu pekat dan cream cheese menjadi sebati.
  3. Masukkan susu full cream sedikit demi sedikit, putar dan ulang sehingga adunan menjadi tidak terlalu pekat atau cair.
  4. Sediakan bekas untuk celup biskut. Tuang susu kedalam bekas yang senang untuk mencelup biskut.
  5. Celup biskut dengan susu, bagi semua permukaan terkena susu. Celup dan terus angkat.
  6. Susun biskut yang telah dicelup tadi ke dalam bekas. Curah cream cheese yang sudah diputar tadi.
  7. Taburkan topping.
  8. Ulang balik untuk lapisan satu lagi. Sejukkan dan siap.

Sumber: Faraain Jamaludin II dari Masak Apa Hari Ni

 

3. Resepi Cheesekut Nestum

Bahan-bahan cheesekut

Bahan A

  • 1 paket biskut lemak
  • 1 paket Nestum
  • 1 kotak susu segar

Bahan B

  • 250g cream cheese
  • 1/2 tin susu pekat
  • 2sb susu segar

Cara buat cheesekut

  1. Masukkan bahan B ke dalam mixer dan adun sebati, tak perlu sehingga kembang.
  2. Sediakan bekas berbentuk segi empat sama atau tepat untuk senang susun biskut.
  3. Celup biskut ke dalam susu segar selama seminit.
  4. Mulakan lapisan pertama dengan biskut yang sudah dicelup, tuang adunan mixer (tuang adunan lebih sikit untuk diserap biskut), tambah topping.
  5. Ulang langkah 4 sehingga penuh biskut.
  6. Lapisan terakhir boleh taburkan serpihan lebihan biskut.
  7. Sejukkan dalam peti sejuk selama 2-3 jam.

Sumber: Ismazura Ismail dari Masak Apa Hari Ni

 

Akhir kata

Sekian dari kami perkongsian resepi cheesekut yang sangat mudah dibuat untuk anda.

Jemput cuba german cookies dan biskut mazola juga.

Selamat mencuba!

Leave a Comment