4 Resepi Biskut Mazola (Biskut Wajib Hari Raya Yang Patut Cuba)

Apabila tiba waktu Hari Raya, biskut yang paling kita selalu lihat di setiap rumah sudah semestinya biskut mazola atau biskut kacang. Kali ini kami akan kongsikan dengan anda resepi biskut mazola dengan pelbagai versi untuk anda cuba di rumah.

Jom kita try!

1. Resepi Biskut Mazola Pistachios

Bahan-bahan

Bahan A

  • 300 gm tepung gandum
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 1 sudu kecil soda bicarbonate
  • 1/2 sudu kecil garam halus

Bahan B

  • 125 gm gula kaster
  • 200 ml minyak Mazola
  • 60 gm pistachios cincang halus
  • 1 kuning telur untuk sapuan
  • pistachios cincang

Cara buat biskut mazola pistachios

  1. Satukan bahan A dan ayak ke dalam bekas. Masukkan pistachios dan gula kaster, dan gaul.
  2. Masukkan minyak sedikit demi sedikit dan uli hingga menjadi doh yang lembut.
  3. Bahagikan doh 12gm setiap satu dan bulatkan.
  4. Susun di atas loyang yang di gris, leperkan sedikit doh.
  5. Bakar pada suhu 150C selama 20-25 minit.
  6. Keluarkan dari oven, sapu kuning telur dan tabur pistachios cincang.
  7. Bakar semula selama 5 minit hingga kuning telur kering.
  8. Tujuan meletak pistachios selepas di bakar untuk menggelakkan warnanya jadi kehitaman.

Sumber: Kak Wan dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

2. Resepi Biskut Mazola Simple

Bahan-bahan

  • 2cawan kacang tanah kisar
  • 2cawan tepung gandum(diayak)
  • 1cawan gula castor
  • 1sdk garam
  • Minyak mazola@minyak jagung

Cara buat biskut mazola simple

  1. Gaul semua bahan kering bagi sebati,kemudian masukkan minyak mazola sikit demi sedikit sehingga bahan jadi seperti doh.
  2. Jangan terlalu berminyak ye nanti biskut senang hancur..
  3. Bentukkan ikut kreativiti, sapu kuning telur diatas biskut dan boh kacang yang di sangai tanpa minyak.
  4. Bakar selama 20minit suhu 160° atau ikut oven masing.

Sumber: Chiknah Waitt dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

3. Resepi Biskut Mazola Rangup

Bahan-bahan

  • 125gram butterlite
  • 3/4 cup minyak masak/sayuran
  • 3/4 cup gula halus
  • 1 sb peanut butter
  • 5 sb kacang tanah dipanggang/bakar garing dan diblender hancur.
  • 3 cup tepung gandum
  • 1/2 cup tepung jagung.
  • 1/2 sk serbuk penaik

Cara buat biskut mazola rangup

  1. Pukul sebati butterlite/marjerin/butter, gula halus dan masukkan minyak separuh dulu.
  2. Masukkan peanut butter.
  3. Masukkan sikit tepung gandum dan tepung jagung + 1/2 sk serbuk penaik, kacau hingga sebati. Jangan habiskan semua.
  4. Masukkan serbuk kacang bakar.
  5. Gaulkan sebati.
  6. Semasa sebatikan doh, masukkan baki tepung dan minyak sayur sehingga doh tak melekat di jari dan boleh rasa doh dah cukup elok utk diterap. Kalau doh agak keras, tambahkan lagi minyak sayur.
  7. Rehatkan kejap 20 minit.
  8. Terapkan ikut acuan yg disukai.
  9. Sapukan telur kuning atas biskut dan taburkan kacang tumbuk kasar/chunky.
  10. Bakar selama 25 min api atas bawah. Suhu 160-170C. Bergantung jenis oven juga ye. Bagi garing rata

Sumber: Suriya Sar dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

4. Resepi Biskut Mazola Cair Dalam Mulut

Bahan-bahan

  • 1kg tpg gandum
  •  Kacang tanah bersihkan habuk sangai garing,kena jaga api & kacau selalu,  kemudian blend sampai lumat
  • Minyak mazola 500g
  • 1 cawan setgh gula halus (blend sampai lumat)
  • 1 sudu besar soda bikarbonat (diayak bersama tepung gandum)
  •  Kuning telur + pewarna kuning telor.

Cara buat biskut mazola

  1. Satukn tepung, kacang, gula dan gaul sehingga sebati.
  2. Masukkan sikit demi sedikit minyak mazola gaul sehingga jadi doh.
  3. Kemudian biarkan rehat seketika, canaikn tekap pakai acuan yang korg suka, kemudian sapu permukaan atas dengan kuning telur.
  4. Alaskn loyang dengan kertas minyak bakar pada suhu 170° selama 25 minit.

Sumber: SuiSan Aliezsha dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

Akhir kata

Tak semestinya nak kena tunggu Hari Raya baru nak buat, sekarang pun anda boleh cuba di rumahresepi ini.

Jom cuba Resepi Almond London yang popular ini.

Leave a Comment