4 Resepi Cucur Bawang (Cekodok Rangup, Cara Buat Jemput Simple)

Pelbagai jenis resepi yang cucur ada, antaranya cucur manis, cucur ikan bilis dan cucur jagung. Pembuatan cucur ini juga ada teknik yang betul, barulah dapat cucur yang bila dimakan, lembut di dalam dan rangup di luar. Kali ini kami kongsikan resepi cucur bawang yang sedap untuk anda.

Jom baca sampai habis.

1. Resepi Cucur Bawang Udang Geragau

Bahan-bahan

  • 1/2kg tepung gandum
  • 1 biji bawang merah (potong dadu)
  • 1/2 peket udang geragau
  • 1 sudu kecil garam
  • *1 sudu kecil secukup rasa (optional)
  • Air panas mendidih secukupnya

Cara buat Cucur Bawang Udang Geragau

  1. Campurkan semua bahan kecuali air, gaul rata kemudian tuang air panas mendidih perlahan lahan sambil dikacau tepungnya.
  2. Tepung akan sedikit masak lepas kita masukkan air panas.
  3. Masukkan air sehingga tepung boleh buat doh bulat.
  4. Kemudian sapu sedikit minyak masak pada tangan untuk membentuk adunan menjadi bulat.
  5. Goreng dengan api yang sederhana sehingga cucur kekuningan.

Sumber: Tengku Norazlin Tengku Murdzapar dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

2. Resepi Cucur Bawang, Cekodok Fluffy dan Crunchy

Bahan-bahan

  • Tepung Gandum
  • Bwg besar dadu
  • Ikan bilis belah
  • Cili merah
  • Daun kucai
  • Garam
  • Gula skit
  • Serbuk pati ikan bilis
  • Satu sudu kecil baking powder (optional)

Cara buat Cucur Bawang, Cekodok Fluffy dan Crunchy

  1. Gaul semua bahan bersama air panas campur air masak.
  2. Goreng dengan minyak yang banyak dan betul-betul panas.

Sumber: Noor Azura dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

3. Resepi Cucur Bawang / Jemput Bawang Mudah

Bahan-bahan

  • Bawang merah dipotong dadu
  • Tepung gandum
  • Garam
  • Air panas yang baru mendidih.
  • Minyak untuk menggoreng.

Cara buat Cucur Bawang / Jemput Bawang Mudah

  1. Campurkan tepung gandum, garam dan bawang merah.
  2. Selepas itu masukkan air panas, gaul guna senduk sehingga sebati, adunan tidak terlalu keras dan tidak terlalu lembut.
  3. Sapukan sedikit minyak di tapak tangan, ambil sedikit adunan, kemudian bulat-bulatkan.
  4. Panaskan minyak, kemudian goreng adunan hingga keperangan. Siap.

Sumber: June June Meq dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

4. Resepi Cucur Bawang Montel Gebu Gebas

Bahan-bahan

  • 3 cawan tepung gandum
  • 1 sudu tepung beras
  • 1 sudu tepung jagung
  • 2 sudu besar yis
  • 1/2 sudu kecil baking powder
  • 1 biji telur
  • 1 labu bawang merah besar dipotong halus
  • carrot yg dipotong halus
  • Cili merah dipotong halus
  • daun bawang potong halus
  • 1 sudu kecil garam halus.
  • Sedikit pewarna kuning@kunyit.
  • Air untuk adun

Cara buat Cucur Bawang Montel Gebu Gebas

  1. Masukkan semua bahan ke dalam bekas. Masukkan air sedikit demi sedikit, jangan terlalu lembik dan jangan terlalu keras.
  2. Adun sehingga sebati, perap sekejap dalam 20min -30 minit.
  3. Panaskan minyak, pastikan minyak betul panas, masukkan adunan dan goreng sehingga warna keemasan. Angkat dan toskan.
  4. Hidangkan bersama-sama sos cili biasa atau lebih sedap dimakan bersama dengan sos pencicah.

Sumber: Sue Haiza dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

Akhir kata

Ada yang panggil cucur bawang. Ada yang panggil cekodok bawang. Dan ada juga sesetengah yang panggil ini jemput bawang.

Apa-apa pun, kami tahu anda salah seorang peminat resepi cucur bawang dan tak peduli apa nama yang dipanggil.

Selain cucur bawang, anda yang minat manis-manis boleh cuba cucur manis pula.

Selamat mencuba!

Leave a Comment