4 Resepi Cucur Manis (Guna Sukatan Cawan, Confirm Jadi)

Cucur manis merupakan makanan yang enak dihidang waktu pagi dan petang. Tambah lagi jika dihirup dengan teh panas. Adakan antara orang yang tercari-cari resepi cucur manis yang mudah dan confirm jadi? Kadang-kadang bila buat tak jadi juga, adunan lembik, atau keras dan juga liat. Resepi cucur manis simple yang kami kongsikan ini memang sangat mudah dan senang untuk dibuat.

Jom kita tengok.

1. Resepi Cucur Manis

Bahan-bahan

  • 2 cawan tepung gandum
  • 5 sudu makan gula
  • 1 sudu kecil garam
  • 2 cawan air panas
  • 1 sudu kecil soda bikarbonat

Cara buat cucur manis

  1. Gaul semua bahan hingga sebati.
  2. Tunggu sehingga adunan suam dan boleh buat bentuk bulat. Basahkan tangan supaya adunan tidak melekat.
  3. Goreng dalam minyak yang panas dengan api sederhana.

Sumber: Reha Rahma dari Masak Apa Hari Ni

 

2. Resepi Cucur Manis Kembung

Bahan-bahan

  • 1 cawan tepung gandum
  • 2 sudu besar minyak masak
  • 3 sudu besar gula
  • 1 cawan air

Cara buat cucur manis

  1. Masukkan minyak masak, gula dan air sehingga mendidih. Tutup api.
  2. Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan kacau dengan sudu. Biarkan sejuk.
  3. Uli sedikit dan bulatkan seperti onde-onde. Rehatkan doh selama 10 minit.
  4. Goreng dengan minyak penuh pada api sederhana.

Sumber: Ju Ismail dari Masak Apa Hari Ni

 

3. Resepi Cucur Manis Bersusu

Bahan-bahan

  • 3 cawan tepung gandum
  • 1 cubit garam
  • 1/2 cawan susu pekat manis
  • 3 cawan air mendidih
  • Minyak

Cara buat cucur manis

  1. Ayak tepung gandum. Masukkan garam dan gaul sebati.
  2. Tuangkan susu pekat manis dan air panas. Kacau sehingga adunan menjadi kental.
  3. Biarkan adunan suam. Sapu sedikit minyak pada tapak tangan dan bulatkan.
  4. Susun dalam loyang dan buat sehingga adunan habis.
  5. Panaskan minyak sehingga betul-betul panas dan masukkan cucur. Bila cucur dah mula masak, perlahankan api sedikit dan balikkan selalu hingga cucur terapung dan masak.

Sumber: Jalilah JJ Homemade dari Masak Apa Hari Ni

 

4. Resepi Cucur Manis Stick

Bahan-bahan

  • 2 cawan tepung gandum cap Bunga Ros Merah
  • 2 cawan air
  • 3 sudu gula
  • 1 sudu minyak masak
  • 1 sudu kecil garam

Cara buat cucur manis

  1. Didihkan air bersama gula, minyak dan garam.
  2. Masukkan ke dalam tepung gandum dan gaul sebati. Biarkan sejuk seketika.
  3. Gulung dalam bentuk panjang dan potong.
  4. Goreng dengan api sederhana hingga garing. Siap.

Sumber: Fee Sha Taa Hir dari Masak Apa Hari Ni

 

Akhir kata

Mudah sahaja kan buat cucur manis ini? Bagi yang minat berniaga tepi jalan, boleh jadikan panduan untuk berniaga juga jika mahu.

Kalau tidak, selain goreng pisang atau cekodok pisang, boleh makan-makan cucur manis di beranda rumah sambil hirup kopi panas pada waktu petang mahupun semasa sarapan pagi.

Semoga resepi cucur manis yang kami kongsikan ini bermanfaat untuk anda.

Leave a Comment