8 Resepi Cucur Manis Simple (Ada Kembung, Lembut & Rangup)

Cucur manis merupakan kudapan yang paling mudah nak buat, boleh dimakan bila-bila masa sahaja. Resepi cucur manis pun tidaklah sukar mana. Bahan yang nak buat mudah nak dapatkan untuk buat masakan yang dipanggil cekodok dan jemput-jemput ini.

Kali ini kami ingin kongsikan resepi cucur manis untuk anda.

1. Resepi Cucur Manis 3 Bahan

Bahan-bahan

  • 3 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan susu pekat manis
  • 2 cawan air panas

Cara buat Cucur Manis 3 Bahan

  1. Gaulkan semua sekali bulatkan sebesar guli.
  2. kemudian goreng dengan api sederhana.

Sumber: Rozaimi Amy dari Berkongsi Ilmu Kuih Muih & Masakan (BIKMM)

 

2. Resepi Cucur Viral

Bahan-bahan

  • 3 cawan tepung gandum
  • 4 sudu makan gula
  • Sedikit garam
  • 2 1/2 cawan air panas* (cuckoo)

Cara buat Cucur Viral

  1. Kecuali air panas gaul semua bahan hingga serata.
  2. Tuang air panas gaul sebatikan.
  3. Suamkan/sejukkan dulu adunan cucur.
  4. Lumurkan sedikit minyak pada tapak tangan jemput sedikit adunan agak sebesar bola pingpong buat bulat  tapi jangn kemas sangat.
  5. Panaskan minyak masa nak letak doh cucuR perlahankan sedikit api kemudian besarkan sedikit api biar masak seketika.
  6. Kemudian sentiasa balikkan cucur hingga masak keemasan.

Sumber: Zura Zul dari Berkongsi Ilmu Kuih Muih & Masakan (BIKMM)

 

3. Resepi Cucur Manis Rangup

Bahan-bahan

  • Tepung gandum
  • Gula
  • Air panas

Cara buat Cucur Manis Rangup

  1. Bancuh 3 cawan tepung, 1 cawan gula dan air panas secukupnya (nak tambah sedikit garam pun boleh).
  2. Gaul adunan sampai jadi doh, gaul denagn senduk sebab panas.
  3. Biarkan adunan sejuk  buat bulat seperti bebola.
  4. Pastikan tangan basahkan dulu supaya doh tak melekat pada tangan dan bebola nampak licin.
  5. Panaskan minyak dan boleh lah menggoreng.

Sumber: Rosenah Rose dari Berkongsi Ilmu Kuih Muih & Masakan (BIKMM)

 

4. Resepi Cucur Labu Manis

Bahan-bahan

  • 500g labu
  • 2 cawan tepung naik sendiri
  • 1/2 cawan tepung beras
  • 1/2 cawan gula
  • 1/2 sk garam halus
  • 1 cawan air
  • Minyak untuk menggoreng

Cara buat Cucur Labu Manis

  1. Rebuskan labu sehingga empuk.
  2. Angkat dan toskan.
  3. Masukkan tepung, gula dan juga garam.
  4. Kacau sebati.
  5. Masukkan air sedikit demi sedikit.
  6. Adunan mestilah tidak terlalu lembik dan tidak terlalu keras.
  7. Panaskan minyak yang banyak di dalam kuali.
  8. Jemputkan adunan dan goreng sehingga kuning keemasan.
  9. Angkat dan toskan.
  10. Siap dan sedia dihidang.

Sumber: Farisha Sofea

 

5. Resepi Cucur Manis

Bahan-bahan

  • 2 cawan tepung gandum
  • 5 sudu makan gula
  • 1 sudu kecil garam
  • 2 cawan air panas
  • 1 sudu kecil soda bikarbonat

Cara buat cucur manis

  1. Gaul semua bahan hingga sebati.
  2. Tunggu sehingga adunan suam dan boleh buat bentuk bulat. Basahkan tangan supaya adunan tidak melekat.
  3. Goreng dalam minyak yang panas dengan api sederhana.

Sumber: Reha Rahma dari Masak Apa Hari Ni

 

6. Resepi Cucur Manis Kembung

Bahan-bahan

  • 1 cawan tepung gandum
  • 2 sudu besar minyak masak
  • 3 sudu besar gula
  • 1 cawan air

Cara buat cucur manis

  1. Masukkan minyak masak, gula dan air sehingga mendidih. Tutup api.
  2. Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan kacau dengan sudu. Biarkan sejuk.
  3. Uli sedikit dan bulatkan seperti onde-onde. Rehatkan doh selama 10 minit.
  4. Goreng dengan minyak penuh pada api sederhana.

Sumber: Ju Ismail dari Masak Apa Hari Ni

 

7. Resepi Cucur Manis Bersusu

Bahan-bahan

  • 3 cawan tepung gandum
  • 1 cubit garam
  • 1/2 cawan susu pekat manis
  • 3 cawan air mendidih
  • Minyak

Cara buat cucur manis

  1. Ayak tepung gandum. Masukkan garam dan gaul sebati.
  2. Tuangkan susu pekat manis dan air panas. Kacau sehingga adunan menjadi kental.
  3. Biarkan adunan suam. Sapu sedikit minyak pada tapak tangan dan bulatkan.
  4. Susun dalam loyang dan buat sehingga adunan habis.
  5. Panaskan minyak sehingga betul-betul panas dan masukkan cucur. Bila cucur dah mula masak, perlahankan api sedikit dan balikkan selalu hingga cucur terapung dan masak.

Sumber: Jalilah JJ Homemade dari Masak Apa Hari Ni

 

8. Resepi Cucur Manis Stick

Bahan-bahan

  • 2 cawan tepung gandum cap Bunga Ros Merah
  • 2 cawan air
  • 3 sudu gula
  • 1 sudu minyak masak
  • 1 sudu kecil garam

Cara buat cucur manis

  1. Didihkan air bersama gula, minyak dan garam.
  2. Masukkan ke dalam tepung gandum dan gaul sebati. Biarkan sejuk seketika.
  3. Gulung dalam bentuk panjang dan potong.
  4. Goreng dengan api sederhana hingga garing. Siap.

Sumber: Fee Sha Taa Hir dari Masak Apa Hari Ni

 

Akhir kata

Mudahkan nak buat resepi ini, confirm laku bila dihidangkan.

Jom semak resepi cempedak ini pula. Jika suka dengan cucur, boleh juga cuba cucur sayur & cucur bawang juga.

Selamat mencuba!

Leave a Comment